PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Sunday, February 8, 2009

mayang sari resort port dickson feb09



Friday baru ni kami sekeluarga plus adam and hani ke port dickson sekali lagi. kali ni hubby ada taklimat utk skt dan juga family day utk dept dia. nginap kat mayang sari resort. emm excited skali anak2 kecil yg 2 orang tu. almaklumlah dah quite some time derang tak lepak ngan kami sekeluarga.

terlena seme anak2 masa dlm perjalanan. kami sampai sana agak lewat dah nearly 7 pm pun. tp irfan...nak gak mandi kat pool...dah tak boleh tunggu esok hari. cepat2 amik kunci, nek bilik dan tukar baju. as usual ku le kena jadi tukang tunggu. at that time cuma derang 3 orang je kat pool. ye lah dah nak maghrib, mana le ada org nak main air lagik... 7.30 seme naik bilik, tukar baju, gi dinner kat bawah. malam tu hubby dah start program. so tinggal le ku dgn anak2 kat bilik..byk le plak nyamuk. tak leh jadi, ajak anak2 kuar gi cari kedai...nasib kedai masih buka lagi. balik dari kedai...lepak kat bawah bior derang main2 jap.

kol 11 kami seme nek. ready2 nak tido...emmm tup tup..ada sorang tu..cam monyok je. sapa lagi hani le. ingatkan nak tido ngan kakak syairah...rupanya nak tido ngan mak rose. so ku ajak le tido...elok nek je katil terus tersedu sedan nangis...alamak...ni mesti kes ingat mama le nih. tadi main sonok...tak ingat apa...nak tido baru ingat mama. almaklumlah hani ni memang selama ku jaga pun tak penah tido ngan ku....kecuali tertido. so ini le 1st time sejak dia dah beso...tido ngan ku...cian dia...lama gak ku dok tepuk dan peluk dia...baru tertido. malam ke 2, fiza, mama derang dtg, so hani ikut le mama dia balik, tinggal adam dgn kami. adam pula...memang dah biasa tido kat umah ku...so no hal le. janji ada abg irfan..ok le tu... kami panggil irfan, mr babysitter adam hahaha.



layan le gambar anak2 ni mandi kat pool dan kat pantai selama 2 malam 3 hari kat sana. macam2 aksi derang dlm pool. enjoying themselves.








hari kedua, ari sabtu petang ada aktiviti utk staff dan keluarga. kami seme turun pantai le, join sekaki. cuma syairah je tak nak join. adam dan irfan amik part dlm 2-3 games juga. hani amik part dlm games kutip gula2. tak menang pun, tak apalah just for fun.


ku dan hubby amik part on few games gak. ku dan hubby berpasangan dlm 2 games, bowling kelapa ngan baling belon. menang bowling kelapa tapi kalah utk baling belon. team hubby menang utk games buat line paling panjang dan 2nd place utk volleyball. irfan plak menang utk game masukkan air dlm botol guna sponge. dan masa dinner malam tu...hubby ku memang luckly le malam tu utk cabutan no. bertuah coz he won grand prize. (jarang skali lucky utk this kind of thing).

taraaaaaaa...dpt oven for lucky draw and vacuum flasks, mugs and towels for beach activities.

1 comment:

  1. syoknye dapat cabutan bertuah tu...seronok budak2 jumpe air kan...

    ReplyDelete