PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Friday, February 20, 2009

vadai

petang khamis ku buat vadai utk minum petang. mula tu blur nak buat apa utk minum ptg...nampak kacang dal so terus rendam. tapi tu lah...kali ni ntah kenapa...tak laku plak vadai ni...seme pakat makan sorang seketui je. sampai malam pun tak ada sapa nak ulang. sayang je. selalu laku gak kuih ni...kali ni tak plak. walhal dah lama tak buat. tapi lately ni...kuih2 minum petang dh tak laku. anak2 dah jarang minum petang. hubby plak tgk menu dulu. ni le buat ku lagi malas nak buat kuih muih ni.

resipi nya senang je...

4 oz kacang dal - direndam dgn air suam selama 4 jam
1 biji cili ijo atau merah
1 tangkai daun kari
1/2 biji bawang besar
1 cmt jintan manis
1/2 cmt garam atau secukup rasa
skit hirisan halia
  1. tapis kacang dal yg direndam.
  2. tumbuk 3/4 bhg kacang dal hingga lumat dan bakinya agak kasar
  3. dadu halus2 cili dan bawang besar
  4. mayang daun kari (tak potong pun tak apa)
  5. campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
  6. panaskan minyak dlm kuali utk menggoreng
  7. bentukkan adunan leper2 dgn tapak tangan atau lapik dgn daun pisang yg berminyak.
  8. goreng hingga keemasan.
ni kek tempahan ellina, customer baru ku. las menet dia ode coklat kek utk hubby. lepass subuh pagi tadi ku gi anto kat umah dia di semenyih nun. terpaksa kuar awal, coz hubby ku ada hal lain hari ni. ku gi umah dia asalnya nak survey jalan utk anto ode dia utk kek hantaran wedding adik dia next friday. ellina kata, dah alang2 nak survey, baik la deliver kek sama . tq ellina.
muffin bluberry dan stroberi, tempahan pertama dari aishah, student ukm. lepas blk dari umah ellina terus pasang mesin beat muffin 50 biji. nasib bahan2 seme dah sukat dan masuk bowl sesiap. sambil buat air utk hubby bekpas...mesin pun dok godek butter ngan gula. janji dgn aishah kol 9 dia dtg amik. kol 9.20 baru ku kuar umah gi anto ke ukm, aishah tak jadi dtg amik coz ada problem transportation. panas2 lagi anto muffin ni kat aishah. kalau sedap ode le lagik yek...tq aishah.

1 comment: