PENGUMUMAN

JAMU SOLD OUT, WILL UPDATE ONCE I RECEIVE NEW STOCKS.


Monday, November 23, 2009

apa2 aja

some of the orders i've accepted last weeks. though tak le byk but i was so so busy...coz i've accepted things that very tedious and took a lot of time to do...for example karipap. makan kejap je kan..harga pun murah je kalau compared to cupcake...but the time needed to make it...punya le lama...dari nak kupas ubi, potong ubi then masak the inti. dah tu tunggu inti sejuk dulu, baru le boleh uli tepung nya plak...nak kelim karipap tu satu2 pun makan masa...nak2 plak karipap pusing...double masa dia dari karipap biasa. dan sebab tu lah ku tak beriya amik tempahan karipap wpun permintaan amatlah menggalakkan. dan sebab tu juga lah ku tak letak or terima tawaran dari kedai frozen untuk letak kat kedai. for me karipap is a part time from my part time work (zanaz home biz) hehehe faham ke korang apa ku merepek nih???? so pada yg nak karipap make sure ur order is a week earlier yek. i normally make karipap on tuesday or wednesday. jadi ode at least 3-4 days before these tuesday yek. so i can plan my schedule.

this is irfan my 2nd and youngest son/child. we called him abang. with him is eva my cucu sedara. the story is hahahaha....irfan amik upsr tahun ni. and CONGRATULATION to him...he managed to get 4A 1B. though not a straight A's like his sister...but still i'm proud of him. not much hope on him...ni bukan apa...irfan budak yg sgt lasak. ulangkaji...adoiiii memang bergaduh le dgn mama dia nih. tu pun buat sekadar melepas batuk ditangga. pembetulan pun tak mau buat....suruh belajar...byk le songel dia...bukan ku marah dia, tapi dia yg marah ku...haru anak lelaki sorang ku nih..so bila dia dapat result tara ni pun...ku puas ati. the best part is..dia sendiri rasa ralat dgn 1B. ku ingat he never cared. rupanya ada rasa terkilan...emm i take it as a good sign...
the kelakar part...papa dia called tanya pasal result...i asked him to speak to irfan ...sekejap je cakap terus letak. cam weird je...petang bila papa dia balik...he asked again...irfan dpt apa, ku ckp le 4A1B dia cakap patut le sound happy. dia dengar 4B1A kuang kuang kuang. so petang tu gak...papa dia belikan hadiah... pe lagi kalau bukan handphone. so ni le hp nye.


masa lepas exam dia kata dia nak laptop kalau dpt 5As pastu berubah fikiran lak nak hp...tup tup sebelum result kuar, papa dia dpt free laptop so terus le irfan cakap if he gets good result nak hp. tu lah bebudak skarang...very demanding especially my son le hahaha. dinner lak papa dia belanja makan kat restoran saba' makan set lamb and chicken kabsah. irfan suka lamb kabsah. every month mesti nak makan kat situ. ku dah mula jemu dah nih... okay lah...next month ada lagi satu debaran.....pmr plak dub dab dub dab

Friday, November 20, 2009

dinner 20/11

dari petang tadi..ku dok asyik wat kukis tempahan dari sri. malas plak nak masak nasi and lauk2 segala. boring plak nak masak lauk...buntu kepala ku. lunch tadi pn ku beli aja. so dinner ku wat mushroom soup, pan toast garlic bread and oregano potato pastu tabur moza cheese skit. emm berselera kami 3 branak makan hehehe.

ni le rupa oregano potato yg di modified sana sini dari resipi asal. ku pun dah tak ingat camna resipi nya. tapi ku wat lebih krg cengini le
kentang di potong wedges dilumur skit garam
pastu kalau nak leh boh skit serbuk kari dan tpg gandum dan gaul rata. then goreng atau bakar sampai empuk, angkat dan tos.
pastu dadu bawang besar ngan potong cili kering skit.
skit kacang gajus or any kekacang yg suka le. goreng or toast dulu yek.
masukkan butter dlm kuali, dah panas tumis bawang besar, cili kering dan serbuk oregano/pizza seasoning sekejap je...then masukkan garam skit, then masukkan lah gajus dan kentang dan kacau rata, tutup api dan angkat. ni kira dah boleh makan dah ni. tapi nak glamer letak dlm casserole then grated mozarella ke cheddar ke parmesan cheese...mana2 yg korang suka le. then masuk oven bakar bior cis tu cair. then siap dah le...

sup cendawan yg simple. irfan baru je tau betapa senang nye ku wat mushroom soup. hehehe. potong cendawan kasar then masuk lam blender, masuk susu 500 ml then masuk abt 2-3 sdb tpg gandum dan blend. panas kan piyok dgn butter dan tumis bwg besar dadu. dah layu masukkan susu yg diblender tadi then tambah lagi susu atau air lbgkrg 300-500 ml lagik. dah nak menggelegak tambah garam, skit oregano or pizza seasoning dan lada itam. dah didih...leh tutup api dan sedia utk dihirup heehhe.

roti gardenia...ada 3 keping je...cian kat kami...kena le makan sorang sekeping hehehe.

Monday, November 16, 2009

kg kubang semang

ni gambar yg diambil masa ku balik kg hubby baru2 ni. ku ngan anak2 drive balik kg hubby pada 10/11/2009. pepagi selepas subuh dah kuar umah. sampai kg dlm kol. 10.45 am. balik kg coz mak mertua ku meninggal dunia pada 9/11/2009 around kol 4.30 ptg cengitu. tapi tu lah ku tak sempat pun nak tengok arwah coz beliau dikebumikan malam tu juga. nak buat camna tak ada rezeki ku nak jumpa or tengok dia sebelum dikebumikan. ku cuma sempat jumpa dia masa ku balik kg 3 minggu sebelum tu...masa melawat arwah di hospital di alor star. according to my hubby, pengebumian beliau berjalan dengan lancar sekali, syukur alhamdulillah. al fatihah buat arwah. buat yg belum mengetahui, arwah my mil ni sakit sebenarnya. a month ago she was diagnosed with growth in her stomach. growth ni kira cancer le...posisi ketumbuhan ni menolak usus dan menyebabkan arwah tidak boleh makan minum dgn byk coz ia seakan macam ada angin yg menolak. at the same time hati dia pun dah diserang dgn virus cancer tu, paru2 nya pun berkuman kata doktor dan keadaan jantungnya pun tak elok. at the same time dalam hidung arwah pun ada ketumbuhan yg dipanggil polyps dan ketumbuhan ni plak menyebabkan beliau tidak boleh bernafas melalui hidung so dia guna mulut untuk bernafas. she was hospitalised for about 13 days kot...then doktor advice bawa balik je coz nothing they cld do coz her condition tak mengizinkan. so after three weeks kat umah her eldest son...arwah pun menghembus nafasnya yg terakhir.
gambar ni suasana anak2 sedara bila berkumpul...macam2 kerenah. kami berada di kg sampai pagi khamis je. kol 8.30 pagi ku dan anak2 dah drive balik bangi balik manakala hubby ku plak bertolak t/hari dari ofis dia. tak tunggu sampai weekend kat kampung coz hubby ada meeting kat jpm, putrajaya ari jumaat.

Saturday, November 7, 2009

ngomelan ku

ni antara yg ku wat minggu ni. ku rilex dari ahad sampai rabu. coz masa tu hubby pun ada kat umah...kerja2 yg ku patut buat pun ku postponed hehehe. ni lah bila dok berjauhan...ada masa bersama....kena le cuba spend sebaik mungkin...but this kind arrangement dah mula make me feel unhappy. but due to some reasons...kami masih lagi dlm perbincangan...samada nak stay together or to maintain this kind of life untuk sedikit masa lagi. ni lah yg dikatakan idup penuh cabaran dan dugaan kan...

lately ni gak...ku agak kurang ceria dlm mendekorasi kek ...ntah lah napa...tapi bila tanggung jawab telah diberikan oleh para pelanggan yg masih sudi berurusniaga dgn ku...ku usahakan juga.
ni blueberry cheese brownies yg di ode oleh hajar. tak tau le yg ni cam na dalamnya. tapi yg first batch ku wat...agak berat jadinya. ku tak jadi bagi kat hajar yg first batch coz agak hangus atasnya so ku bake another one for hajar. harap2 yg ku buat utk hajar ni jadi elok browniesnya. hajar ni baru je mula tempah ngan ku lepas raya aritu, since then...boleh kata every week she will order something from me. bermula dgn bb cistat, pastu dia lekat dgn karipap frozen le plak hehehe. thank you hajar.

ni kelas wilton yg ku pergi. kelakar...cashier kat yummie tu kehairanan. coz dia dah tau...ku dah lama meniaga kek dan kukis. tapi dia hairan ku baru je nak join kelas wilton kik kik kik. ku pun tak tau le napa ke attend...mungkin sebab ada recognized sijil, lagipun ku tak banyak attend kelas...ada 3 kelas je ku pernah attend kelas deko cake ni so far. jadi knowledge ku dlm dekorasi kek very very limited...dan ku dah mula bosan dgn what i've been decorating selama ni...so need to expand my knowledge and skills. though the class fee is considered expensive...but yg buat ku join coz depan rumah je hehehe...5 minit sebelum kelas pun leh sampai right on time kat kelas kan hehehe. and boleh confirm nak join kelas last minit ...so very very convinient to me. balik dari kelas tadi sempat lagi deko sebiji kek dora utk my fren ita. cuma sori ita, k/ros tak gi tadi party eli...k/ros dah tak larat sangat.
semalam petang bakar blueberi cis bronis utk hajar, pakej kek doll + cuppies, tat shell and 9" cake then gentel karipap and rebus makaroni. dah siap gentel karipap ku terus mula layered doll cake dgn coklat the terus iced and decorated it. dah siap terus continue dgn cuppies and siap kol 1.45 am. kol 2.15 am baru masuk tido. bgn kol 6.30 terus mula godek cis utk cistat, then continue dgn buat bekpas ( goreng karipap je pun hehehe) , then buat gratin...sambil2 tu did the laundry. kol 11 masitah datang amik doll cake, cuppies, kpap frozen dan gratin. then ku bakar bb cistat dan packed it. then ita called that her order for bday cake is confirmed. so i iced it letak dlm fridge. kol 11.50 am ku gi yummie utk attend kelas wilton. came back at 2.00 pm and continued decorating the bday cake dan siap just 15 mins before 4 pm hehehe. dah siap cuci2 seme utensils...pe lagi nek atas...terus landing....
had dinner at wong solo...emm maybe ni le the first and the last time ku gi situ kot. coz makanan tu tak sesuai dgn citarasa anak2 ku. ku gi situ pun coz ku nak terai ayam penyet...tak penah makan...so nak tau le camne rasanya...biasa saja to my taste. anak2 ku ni bukannya pandai makan or pemakan....so payah le skit...paling senang fast food je hehehe.


Wednesday, November 4, 2009

tempahan

antara tempahan2 lepas raya . layan je lah....

Tuesday, November 3, 2009

hani 5th bday

2 biji ni bday cake untuk hani erina. anak adik angkat ku fiza razali. niway hani ni juga anak belaan ku juga hehehe. kat 3 thn gak ku babysit dia. tapi skarang bukan main sombong lagi ngan ku. bday hani ari ahad. nak dua biji kek, satu barbie doll, satu minnie mouse. so ni lah hasilnya. barbie doll guna chocolate moist cake dan minnie mouse plak carrot walnut dgn cream cheese icing. ku deco barbie punya le lama mcam dahsyat sgt...dari kol 10.30 mlm pai kol 2 pagi. walhal hasilnya simple je pun...nampak sgt terheget2 betui ku bila part deko2 kek nih.







my first time tgk kek barbie kena potong hehhe...skirt nya telah dimakan separuh kui kui kui

kek minnie mouse plak ku start deco pagi. dah settle minnie mouse terus ku start bancuh roti jala lak..fiza kata anjang request nak roti jala. alahaiiiii...ku dah lama benor tak buat...mula cam nak mengelat je buat roti jala ni...tapi cian lak kat derang. so buat gak le. nasib kari fiza yg buat sendiri. dah siap bancuh dan jala dlm 10 ketui...alamakkkkkkkk gas habis. dua2 tong kosong. minta delivery kat kedai tak leh wat...yg leh anto nak anto lagi 1 jam. ku dah kesuntukan masa...last2 angkat besen masuk kete gi umah fiza le. so sambung le ku menjala kat umah fiza. nasib le customer adik sendiri kalau tak haru gak hehehe. lewat petang hubby dah balik dari kursus baru le dia gi tukar dua2 tong gas.

lepas siap wat roti jala...mula plan nak balik mandi manda dulu baru nak join parti hani...tapi dah kemalasan...so fiza je gi umah ku amik kek barbie dan juga amik syairah. ku attended parti hani dgn tshirt yg comot dan rupa yg kusut masai...kui kui kui.

ni hani and kawan2...beriya nak kek sampai dua...tapi muka monyok je bila dok depan kek...ni kes malu le nih...hani pemalu orangnya hehehe.

ni pun rupa tak puas ati, coz ku nak amik gambar dia ngan syairah...


Tuesday, October 27, 2009

gambar beraya

as usual ku malas tol kuar kamera bila gi open hse. cuma masa kat umah nani je tingat nak amik gambar. tu pun coz dok tgk loyot amik gambar. sesetengah gambar ni ku amik dari fb loyot je. minta halal yek loyot.


ni kat umah nani...dgn geng2 yg sama2 penah dok jepun. some of them adalah jiran ku. seme wanita2 ni kecuali yg berselendang pink tu, adalah isteri2 kepada kawan2 satu batch ptd hubby ku. kebetulan sama2 gi further study kat jepun. every year...nani (yg baju kurung pink tu) dan agos je lah yg rajin dok wat open hse dan invite kawan yg seangkatan. so dah few years umah dia je lah port kita org bergather2 hehehe. mulanya this year ku pun plan nak wat open hse cum gathering gak...tapi terpaksa dibatalkan coz my mil masuk hospital masa tu. insyaalah di lain masa kalau ada rezeki dpt lah bergather2.
ni irfan, zulfar dan azfar kat luar ...apa derang buat ngan ikan2 pak agos dlm kolam tu pun tak tau le...jgn pening dah le ikan2 tu hehehe.

dari kiri: mazni, faridah, ros, nani dan nik


wah borak sakan pak agos, pak man dan pok cik ni...almaklumlah jarang dpt berbual santai. kalau ketemu masa majlis formal je le kot.

ni kami gi beraya kat umah Md. sorang lagi batch hubby ku yg tiap2 tahun tak pernah miss wat open hse dan tak pernah miss invite kami hehehe. kat gambar tu pak man, pak agos, md selaku tuan umah tgh sambut pok cik yg baru sampai. yg membelakang kamera tu ku tak pasti siapakah gerangannya.

ni kat umah ita norhad. masa tu my hubby tak balik lagi so ku gi dgn nik. ita tinggal setaman dgn ku cuma berlainan jalan je. dr kiri: ita (tuan rumah, nik, zaidah dan ros (nama rasmi ni... hehehe)

Monday, October 26, 2009

irfan jatuh longkang - 13/10

irfan jatuh longkang masa 13/10 ari tu. dia jatuh waktu petang masa dia dok jalan tepi longkang nak petronas seksyen 9 tu. dia balik umah time magrib, terus ke dapur bagitau ku yg dia jatuh longkang and tunjuk luka2 kat tangan dia..mula belek cam skit je. coz tak nampak kesan darah pun. pastu dia kata kepala dia luka. ku kata mana, berdarah tak??? dia kata tadi berdarah...tapi pelik lak tak nmpak skit pun kesan darah kat mana2. skali selak ishh seram gak ku..tak brani belek lelama...terus cakap gi tunjuk kat papa, mesti kena gi klinik.

tepat skali bawa gi klinik...rupanya berlubang. tak besar lubang tu kecil je tapi doktor jahit skit. dan tutup cam gambar kat atas nih...lawak kan gambar ni..cam pakai riben kecit atas kepala hehehe. ari rabu pagi terus ke alor star lawat my mil yg admitted kat putra medical centre.
ni dia selimut kesejukan. dia demam masa kat sana. almost setiap ari demam. ni kat bilik tok dia. coz ku n hubby tido kat sepital almost every night masa 3 mlm kat sana. irfan pun tak nak balik tido umah pak ngah dia but slept with us kat ward tu. ari rabu dahi dia mula bengkak and bengkak tu turun ke bhg mata dan hidung pada ari khamis. and i started to worry about it. doktor kat bangi suruh gi check up after two days...so khamis tu kami terus turun jumpa ent and head specialist kat PMC tu, dr. mohd yusoff namanya. kebetulan doctor tu one of specialist yg check my mil gak. bila dia tgk terus dia tanya itu ini, buka balutan tu...katanya dah bernanah and dia buka kembali jahitan tu. without any painkiller/anestectic (hentam je eja nih) dia mula korek lubang luka irfan tu. katanya wpun kecil je lubang tu tapi agak dalam, dlm dia dok korek2 tu dia jumpa sebutir pasir yg amat kecil yg masih tertinggal kat dalam and dia ckp sebab tu le bernanah dan juga sebab jahitan tu juga pasir tu tak boleh ditolak keluar. emmm so lepas kuarkan pasir tu..dia taruk ubat dan tutup dgn kain besar dan plaster kat rambut. effect nya lebih dramatik dari yg kena jahitan tu coz kain tu agak besar. katanya perlu di cuci for few days, then it will be ok.
ni gambar yg ku amik masa ari sabtu 18/10 as requested by irfan. he really wanted to see the lubang.

ni plak on 20th. skarang pun luka tu masih belum betui2 baik. masih dok taruk ubat. tapi dah kembali cergas main futsal lah, bowling lah. emmm this boy kan tak reti dok diam tauuu. don't ask me macamana dia jatuh coz ku tak tau, dia kata tak ingat. sebelum ni ku heran napa tak berdarah teruk kepalanya wpun berlubang....rupa2nya lepas kena tu...dia terus balik ke umah gud fren dia hilmi dulu dan hilmi ngan dia le dok lap darah tu sampai berenti bleeding. dah renti berdarah tu baru balik umah tunjuk kat ku. ni le anak lelaki sorang ku nih...asyik cedera aja kepalanya. masa umur 2 years dia jatuh tangga ..terbelah dahinya. kena 13 stitches... nanti ku cari gambar tu yek hehehe.

Friday, October 23, 2009

menu jamu kwn syairah

ni le juadah yg ku jamu syairah dan kawan2nya sempena abis PMR dan juga bday syairah.


tiramisu using mascarpone cheese sebagai dessert dan bday cake.
syairah kata..." ni baru le rasa cam tiramisu yg mama dok buat masa dok jepun dulu" hehehe
nak tau cerita lanjut klik kat link 'kedai kek' yek.






puff berintikan tuna

item paling hot untuk musim raya kali nih...gratin macaroni


ni plak menu malas ku....mudah aja buat nya...resipi dah ada kot.. koey teow ladna hehehe.

Thursday, October 22, 2009

merdeka merdeka

jom layan telatah gadis2 sunti yg baru abis pmr. kejadian ni berlaku di rumah ku pada 13/10 baru ni, my doter dgn 6 of her friends. derang baru abis pmr je pagi tu. so lepas abis exam ku terus gi amik derang bawa balik umah. had their brunch at my house. sampai petang le baru seme balik...memang derang enjoy le ari tu kat umah ku. riuh rendah jadinya. ku plak jenis aunty yg kira sporting gak le...tak amik pot sgt pa depa nak wat. nak bising ke apa ke.... let them enjoy themselves. yg datang umah ari tu; nawal, hezrina, shakirah, athirah, amirah dan aishah. yg 3 orang tu memang dah biasa datang lepak umah ku. lagi 3 orang baru first time datang. tapi okay le derang ni tak malu2 pandai bawa diri.

ni masa derang baru sampai umah, derang layan kukis raya dulu.

ni dah served brunch untuk derang...derang tengah layan puff...

ni derang dok layan koey teow ladna and nawal dok suap gratin makaroni....

syariah dok tolong serve gratin makaroni kat kawan dia. seme first time rasa gratin tu. depa dok siok tang part cis bertali tali tu le hehehehe.

dah settle layan koey teow ladna, puff and gratin macaroni...depa layan tiramisu plak...ku buat tiramisu sempena bday syairah yg ke 15 pada ari rabu 14/10. memandangkan ari rabu tu kami nak balik kg so sekali le celebrated dgn kemerdekaan dari pmr hehehe.

kejap je masa berlalu...rasa baru je dok layan baby yg kuat menangis tu....rupanya dah 15 tahun pun umurnya. agak mencabar jaga syairah masa baby dan toddler. masa baby kuat nangis dan suka berjaga t/malam, masa toddler...agak degil...tapi alhamdulilllah bila meningkat remaja...pada ku she is a good girl. lagipun masa zaman syairah kecil, ku pun muda lagi dan her first two years tu...ku jaga dia sendirian, coz masa tu ku keja kat penang, hubby lak kat kl. masa kami weekend husband and wife...cam keadaan ku skarang. so emosi mama pun byk terganggu, tahap kesabaran pun kurang masa tu. tapi ku syukur sangat coz skarang kami seme hepi. namun pada syairah, mama mohon maaf andai kata selama ni mama ada salah dan silap dgn kakak. mama doakan kakak jadi insan yg solehah, dan berjaya di dunia dan di akhirat, aminnnnn.

Tuesday, October 20, 2009

nasi jagung

ni menu lunch beberapa minggu yg lepas. masa weekend sebelum tu ku gi beraya umah k/aida, my neber..dia buat nasi jagung...so ku pun terfikir lama betui ku tak wat nasi jagung. memandangkan jagung ada setin...so ku pun wat le nasi jagung dgn ayam merah version simple je. sedap gak bila lama tak makan cengini kan. tapi tu lah anak truna ku tu agak cerewet. dia kata dia tak suka jagung, lenkali tak mau boh jagung katanya...emmm macam2 hal.


ni lak kurma telur. lama betui ku tak wat kurma telur ni. gamaknya the last time ku masak kurma telur ni masa lum pindah seksyen 9 lagi. dah lama tak masak, bila masak...emmm sedap bangat rasanya. kurma ni tak pedas kan..so ku campur skit serbuk kari daging pastu ku campak beberapa biji cili api hehehe.



Tuesday, October 6, 2009

ENTRY TERTUNDA

ni entry tertunda. lagipun tak ada apa gambar nak dikaitkan utk diceritakan...so letak gambar lama yg belum terletak lagi kat sini. ni menu kami berbuka masa 2 ramadhan. cream puff ngan stoberi filling ni anak sedara ku, ika yg buat. dia buat utk bekal dia buka posa aritu. coz dia tak sempat buka posa ngan kami.
salad ni menu hubby ku. hubby ku suka makan salad. t/hari gi shopping kat alamanda, so sempat le rembat 2 bekas salad ni.

udg goreng kunyit menu utk anak2.
patin masak tempoyak...menu mama dan papa

ikan belah belakang...nyum nyum..... ni je lah gambar menu buka puasa yg sempat ku rakam masa ramadan baru ni. hari2 lain memang tak smpat dan tak ada mood nak amik gambar...coz bz ya amat.

Thursday, October 1, 2009

foto raya

ni je gambar musim raya kali ni. dah 2 kali raya ku tak ada mood nak amik gambar. mood raya tahun ni pun memang kureng ya amat. supposed to raya at my mum's place but then memandangkan my mum in law tak sihat, ku pun korbankan le turn ku tu, so beraya le umah mertua.....tapi tu lah konon2 berkorban punya pasal....and finally ku memang terkorban teruk. apa pun...yg terjadi baru2 ni byk membuka mata ku...bukan le bermaksud ku ni baik, org seme tak baik...tapi pastinya...'manusia ni kalau boleh amik kesempatan atas orang....memang pulun tak sedor diri, yg derang fikir kepentingan derang je, asal derang tak susah, org punya susah derang tak peduli.'

sori le korang...melepas rasa le plak. apa2 pun harap korang semua enjoysssssssss.




this year pun tak ada gambar ku dgn sedara mara ku. yg ada ni seme gambar kat umah mertua je.

Tuesday, September 29, 2009

jom layan gambar cucu ku

ni latest foto of eva....










yg kat bawah ni plak gambar eva masa ramadhan...kerap gak dia datang umah ngan mama dia. rajin le benor nak tolong gentel kukis kik kik kik...pas gentel ngap masuk mulut...

eva buka posa....mcam posa....

Monday, September 28, 2009

salam aidilfitri

baru sempat nak upload kad raya dari k/rus. tq k/rus.

salam aidilfitri buat semua kenalan. harap maaf jika ada silap dan salah. ku masih belum ada mood nak update blog atau upload gambar...nanti2 le ku buat yek...masih inginkan mode 'Rehat' hahaha.

Thursday, August 13, 2009

pearl kid swimming prog 2009

ni seme gambar last day kat pusat akuatik bukit jalil. kira ni last day utk pearl kid program for this year. berakhir dgn 1 1/2 day swimming competition. irfan tak menang apa2 pun cuma mama je yg menang hahahaha menang memujuk irfan untuk meneruskan latihan dlm program ni untuk tahun depan kalau terpilih hehehe. irfan masih perlu byk latihan samada dari segi stamina dan juga skill. itu tak penting sgt...yg paling penting 'SEMANGAT' hehehe.


tak byk gambar ku amik...tak ada mood...penat le. tu irfan ngan besfren dia kat program tu..zufar..anak besfren ku hehehe.
ni plak menu mak2 untuk lunch ari ahad tu. since ahad was our last day untuk lepak tunggu anak wat latihan kat pool, kami pun rancang nak lunch sesama. masak pot luck le. so yg kat atas ni hasil air tangan siti sg ramal dan linda balakong.

ni plak...ulam dan sambal udang petai dari faridah dan sushi tu ku wat untuk bekpas irfan skali bekpas ku dan kawan2.


ni ayam madras as usual...menu tetap ku le tu hehehe. ayam goreng dan sayur dari zai, sg sekamat dan kari daging dari nira, seksyen 3. malas nak cite panjang...kepala otak dok pk nak mekap kek...so finally...ku nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan2 ku yg sama2 melepak kat bukit jalil every weekend for the past 6 months. kalau ada salah dan silap, harap maafkan. insyaallah kita jumpa lagi tahun depan.



Monday, August 3, 2009

jom makan pau ngan gratin

pau ni ku wat last week, setelah berbulan2 ku tak wat pau...alhamdulillah jadi elok plak kali ni. kadang2 tak elok jadiknya coz ter over perap or terover letak mauripan hehehe. resipi nanti yek...buku kat bawah malas nak amik. esok2 le yek.

i'm back with my kitab yg lusuh hahahah...sori le yek pada yg mencari2 atau ternanti2 akan kehadiran resipi pau yg ditayang kat atas tu...kik kik kik...pau ni sebenarnya dh penah post resipi kat fotopages dedulu.. ni pau ku merged resipi mamazieza ngan resipi kat kertas mauripan tu. okay utk yg kata pau jadi comel dlm kukusan bila kuar...mengecut atau menggerutu...itu perkara biasa...ku selalu buat jadi cengitu. rasa2 ku le...sebabnya adalah...overdose sukatan yis dan yang ke 2, overdose masa perapan. ku selalu buat dlm keadaan terkocoh2 so selalu timing tak betui, sukatan pun tak tepat...dan hasilnya pau menggerutu atau mengecut. yg dlm gambar ni buat dgn penuh kesabaran dan ketaatan pada resipi muahahaha...so selamat mencuba yek...

300 gm tepung pau
3 gm yis
50 gm gula
1 tsp ovalett - optional
1/2 tsp bread softener - optional
30 gm myk jagung
+- 138 ml air


  1. gaul yis dgn tepung dan gula.
  2. masukkan minyak, bread softener dan ovalett dan di ramas guna tangan... agak2 sebati le.
  3. masuk air dan uli le sampai kenyal. guna mesin ku uli 5 minit.
  4. bulat2 kan around 25 gm then isi filling.
  5. perap/rest kan pau tu selama 30 minit.
  6. panaskan kukusan
  7. kukus selama 10 minit.



gratin plak dinner ku ngan anak2 malam minggu baru ni...malas nak masak benda lain..pastu ku tak puas makan malam tu...the next day ku buat lagi gratin hehehehe...ni ada lagi sebekas besar lam esbox...nak gi beli cis....guna cheddar kurang enak...sedap lagi ngan mozarella.

Sunday, August 2, 2009

tempahan yg lalu

korang layan le gambar tempahan yg lalu hehehe. July was quite a bz month for me. felt like had no time to rest and nowwwwww as for TODAY spending my time relaxing by not doing much thing except for cooking lunch and doing laundries hahahaha. tido pun terlebih sudahhh. ni jap lagi nak gi lawat kawan bersalin, dah lama dia bersalin, asyik dok tunda je nak gi tgk dia so petang ni kena gi gak...kang sedo2 dia dah masuk keja je kan. this month tak ada byk tempahan cake coz ku dah tutup/tolak byk permintaan. minta maaf le bebanyak. coz nak mula prepare utk cookies raya le plak. barang2 pun tak sempat nak list down properly lagi ...
ni dok bengang ngan irfan....beberapa minggu lepas dia hilangkan goggle renang dia kat pusat akuatik bukit jalil. ni kes lupa nak masukkan dlm beg le tu. dan semalam i bought him a new one. and today dia gi renang kat danau ukm, boleh hilang skali lagi...adoiiiiiiiiiiiii bengangnyaaaaaaaaa. kali ni bukan kes lupa. coz hilang masa dia took a break. katanya letak atas meja...pastu dia gi beli sandwich...masa dia makan tu..i pun joined him at the table...tak realize pun samada goggle tu ada ke tak masa tu...tapi bila dah abis makan nak continue swimming. baru dia sedar goggle tak ada....abis satu kolam renang pusing..tak gak jumpa. ishhh dia kata org amik kot...tak leh pk sapa le nak amik...meja dekat2 and mostly yg dok kat meja2 tu seme parents budak2 yg blajar renang...takkan le derang nak amik kan...tak tau la...but one thing for sure...goggle tu ilang... spoil my mood je. irfan dah ikuti latihan renang ni dah masuk thn ke 2 and kami dah beli rasanya 3-4 goggles dah utk dia. bertuah sungguh anak truna sorang nih... ni nak kena beli lagi coz next week adalah hari terakhir bagi program renang pearl kid kem. belia dan sukan, ada mini competition so kena le beli lagi. semalam masa nak beli goggle tu dia dah wat pe'el coz dia mau yg rm59, rm69, rm89...and ku agreed to buy paling2 pun rm35. ku suruh amik yg rm belas2 je....pastu dah buat keras dpn tpt goggle tu last2 ku belikan rm35 punya. nasib le tak beli yg rm69 ke rm 89 ke...kalau tak lagi le sakit ati kan...baru pakai 2 kali dah ilang. tadi dia mention kat ku, suruh potong wit belanja sekolah dia hahaha...padan muka. semalam tu tak nak beli yg mahal, coz earlier this month dia dok kata dia tak nak join lagi dah program pearl kid ni next year. ku kalau boleh nak dia join sampai abis, sampai advance 3, dia baru advance 1. so ku kata kat dia...kalau tak nak swimming thn depan make sure dapat 5A dlm upsr. kalau tak dpt kena ikut cakap mama. hahaha...ok tak?? tu dia membebel panjang melepaskan rasa bengang yt terbuku dlm ati hahahah.

Wednesday, July 29, 2009

komputer kembali meragam, ntah program apa lak yg buat komputer kacau bilau...tak leh upload gambar masuk blog or fesbuk...ishhh boring betui. ni seme irfan le nih...ntah apa2 program dia download...abis kacau seme.

baru last month facing the same problem. lepas hubby clear/delete certain files...ok balik. ni buat hal lagi. so sorry le kengkawan tak ada gambar nak le nak dilayan mata hehehe. nak cerita pun tak ada mood coz tak ada gambar kan.

ari ni schedule ku lari giler...ni gara2 ku gi tido pagi tadi. pastu unexpectedly ada kwn aka potential customer datang umh.. dgn masa yg tinggal very limited...ku fikir2 tak yah le buat apa2...thari gi amik anak kat sekolah, singgah amik pizza kat pizza hut...order online tapi pick up sendiri coz takut kalau derang deliver ku tak ada kat umah plak. petang ngajar 2 org kawan yg dah lama dok nak belajar wat chocolate cheese cake dgn ku. ni baru je settle dgn derang. masih tak buat apa2 lagi...agaknya malam kang le ku wat kukis. byk kukis kena siapkan..coz ada customer nak amik on tuesday nih. tempahan cake/bronis/cistat pun penuh start dari esok sampai monday...wuishhh jenuh gak le nak juggle masa nihhhh...

Tuesday, July 21, 2009

layan jeeeeee

korang layan le gambar2 lama ni...ada yg lama ada yg baru...ku pun tak ingat dah..mana yg dah masuk blog ni mana yg belum ...belasah je hehehe


cerita ceriti

ntah le apa ceritanya ....lama gak tak berceloteh kan...jom layan piccas le....

lamb chop...lama sungguh tak wat...ni jumpa lamb kat tesco kajang. ku ni jarang gi tesco ke carrefour ke...ku jenis shopping dekat2 umah je. tapi last week terpaksa gi tesco kajang coz nak beli barbie doll kat kedai rm5 tu. so terus le masuk tesco. dah masuk tesco tu...emmm memacam le ku capai...jumpa buttercup murah skit dari yummies so amik seme yg kat rak tu...tapi 10 tin je pun hehehe. beli lamb, beli mushroom, beli susu...emmm susu dutch lady murah...borong le kat 10 kotak gak . dari nak beli rm20 je...melayang rm200 lebih kui kui kui. lamb ni lak ku wat dinner ari khamis. masa tu hubby ada kat umah. dah jemu masak lauk makan nasi..sesekali tukar menu le...lambchop ngan kentang goreng oregano. kali ni rajin skit...ku prepare black pepper sauce. resipi...emmm resipi men tibai je...janji sodap hehehe.

black pepper sauce segera
1) panaskan butter tumis bawang besar dadu sampai layu
2) masukkan black pepper sos brand apa2 je....
3) masukkan skit sos tiram, kacau jap...
4) tuang susu segar atau fresh cream ikut byk mana nak...kacau sebati biar renih jap
5) then masukkan cendawan butang yg telah dihiris nipis.
6) check rasa garam nya...kalau tak cukup tambah le...
7) kalau rasa tak cukup pekat...bancuh tpg gandum ngan air...then tuang dlm sos tu...dan biar didih jap...taraaaaaaaaaaa dah jadi.


ha dah lama tak letak gambar cucu sedara ku yg sorang nih...dah besar kan dia...eva shakirah..dah 2 thn lebih umur nya...kat sebulan ku tak jumpa dia..sekali jumpa last weekend...fuyooo dah berisi dri the last time ku tgk dia...bulat semua nya hehehe.. ni gambar ku amik ni masa dia masih malu2 ngan kehadiran kami kih kih kih..poyo betui si eva nih.. masa kami sampai malu giler...tapi time kami balik...dia ikut kami balik hehehe. malam tu baru mama dia balik keja singgah dtg amik. tu pun dari nak balik lepas mgrib sampai midnite..baru dia nak balik. mama dia ajak balik dia tak nak, dok siok main ngan pakcik irfan. skarang dh pandai cakap...so kami seme dia dah tau pangkatnya...atuk man, toksu na, maklong syerah ( tapi ada gelaran baru.."ecah" gamaknya payah nak sebut yg betui...shortcut jadi ecah kah kah kah...bengang je syairah...selalu budak2 panggil dia syerah or erah ni jadi ecah kuang kuang kuang) dan irfan lak...kalau kami kata paksu irfan ...eva nanti kata 'bukan, irfan le..." tapi kalau kami kata pakcik irfan ...dia nanti senyum je.

ni lak cempedak goreng. jumpa org jual buah cempedak. nampak elok...and syukur memang elok isinya...balik goreng...makan nyum nyum

Tuesday, July 14, 2009

kete dah ok

alhamdulillah...dah settle hal baiki kete ford laser tua ku tu. dan syukur sesangat coz ada kwn yg sudi pinjamkan keta utk ku guna ari sabtu tu. sapa lagi kalau bukan kenalan ku semasa di jepun, fiza hehehe. fiza pinjamkan keta waja yg hubby dia dok bawa tu kat ku saturday tu. coz saturday tu anak2 ku dedua kena gi sekolah, dah tu petang irfan ada swimming class lak..so memang perlu sgt kenderaan ari tu. ku guna keta fiza pai ahad t/hari. coz ahad, tokey kedai keta tu kata ku dah leh dtg amik keta workshop dia sebagai ganti coz keta ku senin baru siap. terima kasih bebanyak kat fiza dan anjang yg sudi pinjamkan keta kat k/ros. sori to trouble korang berdua. coz aceli anjang plan nak anto keta waja tu gi servis ari sabtu tu...tapi dah ku ada masalah so anjang postpone le plan nak servis waja tu.

senin petang ku gi amik keta...cewah...seme kemek2 kat pintu2 keta tu dah dibaiki. yg kena langgar satu pintu je..tapi yg lagi dua pintu belakang tu...dah lama kemek...satu laki ku tergesel gate umah sewa kat seksyen 7, dan yg sebelah lagi ku lak terlanggar gate umah seksyen 9 ni hehehe. so dah lawa dah kete ford ku tu hehehe.

terima kasih jua pada rakan taulan yg bersimpati dgn nasib ku di blog ni...

Thursday, July 9, 2009

dilanggar

ni le rupa kete ford tua ku yg dilanggar myvi pagi rabu semalam. tensen gua... citenya ku gi anto irfan kat sekolah...ku park kat tepi myvi...tapi ku blakang skit le. dlm ku dok nak tukar gear nak reverse ku tgk dia bagus je reverse kat ku ngan laju smcm je...tak dan nak kata apa...bangg dia bagi bhg depan pintu ku...adoiiiiiiiiii kemek le kete ku.. bila kuar...tengok..budak lagi..baru lepas spm je kot. 'ku terus kata napa reverse tak tengok blakang dik' , ku ni tak eti nak confront orang...so ku terus call hubby told him what happened and asked him to talk to the boy. my hubby kata he asked the boy to call me back after 1/2 hour....dlm sejam after that his father called me...he wanted to see the condition of my car...then he took me to one of his mechanic for valuation...coz he said...kalau dlm ratus2 je he will pay no need to claim insurance. dlm 2-3 ratus je estimation. so he agreed to pay for the damage, dia kata nanti dah buat bagitau dia. so sabtu ni le kot nak anto gi ketuk. masalahnya..byk le plak aktiviti anak2 ku sabtu ni...pastu kedai kebetulan tak boleh bgi kete ganti...hubby lak tak balik haiyaaaaaaa .....bingung nihhhh.



Monday, July 6, 2009

jahit manik

hi kawan2 kalau ada yg berminat nak upah jahit manik kat baju...meh le contact zana/ros. opps jangan silap yek..bukan ku yg jahit...ku tak pandai jahit. ni coursemate ku yg jahit...namany puan sarah. dia ni memang berseni dan kemas org nya...so skarang dia amik upah jahit manik. pada yang berminat...hubungi ku so that ku leh bagi contact no. puan sarah..tapi serious customer je tauuu. location dia kat pj. harga bermula dari RM25. ni mel add ku yek zanaz70@yahoo.com










cam yg ni RM65


ini RM35

Sunday, July 5, 2009

jamu org kg dari sarawak

yg ni plak jamu orang kampung dari sarawak. jamu aceli ku yg dok makan dah bertahun2 sejak dari zaman ku dok kat jepun lagi. ku beli dari kawan ku yg tinggal di sarawak. masa kat jepun akak ni jiran ku. mak dia mak bidan kampung so jamu ni mak dia le buat. beside that ada juga jamu orang bersalin. since ku dah tak bersalin lagi...(xcept salin baju hehehe) ku makan jamu ni je lah sesuai untuk ibu2 yek. fungsinya lebihkrang macam makan manjakani...tapi power beb....ketat u...panas lagik hehehe...pastu kalau ada masalah byk lendir2 kuar...makan jamu ni...nanti dia akan kuar bertali2 pastu nanti clear aja....tak mahal sepeket cuma RM4.50 and cukup utk makan sebulan. coz seminggu cuma makan 3 biji aja...1 biji sekali makan. jamu ni agak panas pada yg tak biasa dgn jamu. di awal pengamalannya kena byk minum air. kalau nak hubungi ku yek...

Friday, July 3, 2009

jom layan...

ni seme ode2 yg telah lalu...saja nak kasi korang jamu mata hehehe. lagipun tak ada gambar lain dah nak letak hahaha. umat kat umah ku tak suka bergambar. ari ni ku marathon bakar plain cuppies....ni tgh bakar kek kawin lak....rasa jam abis pinggang ku ni...tapi dah terima tempahan kena le siapkan ye tak....rezeki tak dtg bergolek mesti dgn usaha kan. anyway bulan jun dan julai ni byk yg berlaku, byk yg ku pelajari terutama bila berurusan dengan pelanggan. hopefully i will learn my lesson well this time hahaha...





untuk barbie ni...tq to pu3 zai..yg sudi memberi tunjuk ajar.


Wednesday, June 24, 2009

mari teka....

mari teka buah apa kah ini????? semua pandai2 belaka...tau buah apa ni...ku baru je kenal buah ni dlm 4-5 thn kebelakangan ni. sebelum tu...ku tak tau kemendenye dan tak tau asam gelugur tu asal nye camne hahahaha...jakun sungguh ku ni. So jawapannya BUAH ASAM GELUGUR, buah ni di potong2 nipis dan dijemur hingga kering so jadi le asam keping aka asam gelugur.



Monday, June 22, 2009

makan jom

ha...ni le antara makanan yg ku sempat jalan2 cari makan masa coti kat kg ari tu. masa ari jumaat 5/6 ...petang tu bila sampai je kat butterworth...terus cakap kat hubby kami tak amik proper lunch ari tu...so nak dinner nasi goreng daging merah kat gerai nostalgia ku ngan hubby kat seberang jaya nun hehehe.


ni le nasi goreng nasi merah yg kami gemari. kami mula makan kat gerai ni kat pusat penjaja lengkok tenggiri gerai no. 34 (ish...tak sure nama tpt nya...ku dah cuba ingat...tapi bila mai part nak tulis kat sini ku lupa plak kui kui kui. no gerai tu betui) masa zaman bercinta lagi kami dok makan kat gerai tu. kami ni agak fussy bab makan...tapi bila dah dpt satu kedai yg memenuhi citarasa kami...kami akan jadi regular. dulu ku menyewa kat flat di kws tu...so bila my bf keja shift pagi dan shift malam, dia akan have dinner dgn ku. so dah about 17 years kot kami jadi customer kat gerai tu...coz abg tokey kedai tu pun cakap dia meniaga kat situ dah 20 thn. lama kan hehehe. nasi goreng nya nampak simple begitu juga daging merahnya...tak ada gravy2 cam kat bangi ni...tapi rasanya pada ku tepat skali dgn citarasaku. dah tu dia nye sambal dia pun sedapppppp...even tomyam dia pun sedap. so setiap kali ada peluang dan masa...memang nak makan nasi goreng daging merah kat situ hehehe.
ni mee goreng sotong or mee hamid pata kat gerai penjaja tepi fort cornwallis kat pg nun. mamak ni memang femes. kalau makan mee hamid ni...air nya plak mesti ode kat jalil, samada aiskacang atau pun coconut shake...fuyooooo. tapi mee goreng ni kena makan panas2...bungkus kalu...dah tak besh.... kami singgah minum petang kat sini lepas balik kenduri dari balik pulau dan lepas ronda2 kat queensbay mall. aceli hubby nak bawa kami makan mee udang sg dua, tapi ku nak makan mee goreng dan irfan lak nak ais kacang ...so tak jadi le makan mee udang.
these three menus plak kami nye dinner on 13/6 . ari tu ada family day kat paradise otel sebelah pagi...so lepas rehat kat otel...petang...kami gi cari ikan bakar le plak. hubby bawa kita orang makan kat hammer bay...belakang bayan bay dan dekat dgn queensbay mall. 1st time ku makan kat situ. ada 2 gerai kot kat situ. my hubby choose gerai belakang yang betui2 tepi laut. boleh pilih pelbagai seafood yg fresh utk di masak atau pilih menu yg tersedia ada. hubby amik udang, sotong dan ikan siakap. ni udang masak sambal.
ni plak ikan siakap bakar sambal dan juga kat bawah ni sotong goreng tepung. pastu ada amik tomyam juga, nasi putih dan airnya lak air limau asam boi...asam boinya...dok dlm buat limau tu...sedap. makanan pun sedap. sotong goreng dan ikan bakar...memang sedap. sambal udang...tak menepati citarasa ku.
dah kenyang makan...kami sambung agenda kami...singgah kat queensbay mall lak. coz hubby kasi kat kami sorang rm??? to shop hehehe. tapi dia yg shopping dulu pastu continue ngan shopping kain baju irfan. tak sempat plak nak shopping kain baju ku atau syairah, dah tak larat....

Wednesday, June 17, 2009

happy bday to me

today is my last birthday utk zaman 30an hehehe...thn depan start dgn no baru plak yek...
tak ada apa2 spesel. pepagi dah tima bday wish dari hubby. hadiah plak..dah seminggu awal dpt. thn ni dpt new hp sebagai hadiah utk bday dari hubby. awal2 lagi hubby dah cakap dia nak kasi cash utk ku beli hp. ku pilih sendiri kalau lebih dari cash yg dia kasi kena le top up wit sendiri. tapi memang rezeki dia dan rezeki ku bagus tahun ni...sapa pun tak yah kuar cash utk hadiah tu...coz hp yg kat bawah ni...dpt free je. hubby menang 3rd prize masa lucky draw family day ofis dia last week. so terus kasi kat ku sebagai adiah bday and on top of that...ari tu gak kami 3 branak, ku dan anak2 dpt xtra cash dr hubby utk shopping hahaha horayyyyyyyyy.

thank you mr azman...i love u.... esok mr azman balik cini yahoooo
ari ni tak sempat nak selebret bday sendiri...bz ah...pagi tadi anto ode ke putrajaya. jap lagi ni nak start wat tat shell coz byk plak ode utk tat utk esok dan lusa. okay lah...chow dulu...

family day bppb 09

family day ofis hubby ku diadakan last saturday, kat hotel paradise tanjung bungah, pg. pagi sabtu tu ku sampai butterworth ngan syairah kol 6 am cengitu. kol 8.30 am kami terus ke hotel utk join family day tu. masa sampai tu derang dah start acara dah pun... ku ngan hubby sempat le join main belon air ngan tarik tali. acara kanak2 plak dah lepas...so tak dapat le irfan main. niway...irfan bad mood pagi tu..ntah kenapa...gamaknya tak puas ati ku tak bawa dia balik bangi sebelum tu. niway...he did had a good time kat umah paklang dia...coz ada kawan and thursday tu paklang dia bawa gi main air kat ipoh, pe kenama tpt tu...lost world of tambun ke??? ish lupa le plak.



ni geng pegawai ngan staff lawan tarik tali. rasanya geng staff kot yg menang. masa geng ku ngan hubby tarik tali...kami kalah teruk...dpt no. 4 kah kah kah...ku ngan syairah langsung tak eti tarik tali. dah tu...badan letih tak cukup tido...mana nak larat tarik kuang kuang kuang.


ni plak acara baling dan sambut belon air. ku ngan hubby dlm grup top 4 kot...ku yg baling kasi pecah...tak cukup kuat nak baling belon tu...nasib pecah kat pasir hubby tak sempat sambut...kalau tak, basah le hehehe.

dah abis seme acara...kita orang lunch lak kat situ. sambil2 tu ada acara penyampaian hadiah ngan lucky draw. agak mewah gak hadiah lucky draw ofis derang ni kalau compared to ofis lama hubby ku kat jab. audit dulu hehehe. and my husband was quite lucky this year...he won 3rd prize and it is a sony ericsson k7701 hp hehehe. and that was the targetted prize by us.

ni le rupa bilik kat paradise hotel tu..okay le. apa le bebudak ni keja kan gamaknya yek...pe lagi dok sibuk masukkan sim card kat hp baru dpt tu le hehehe.

ni lak pemandangan dari balkoni bilik kita orang tu. and gambar ni diambil guna camera phone cybershot tu. not bad kan. enjoy juga le aritu wpun sebenarnya badan penat dan mata ngantuk...tapi petang tak lak leh tido...gaya nak tido...irfan perap ku teman dia gi swimming kat pool. nak tak nak kena le temankan.
petang kami kuar makan kat hammer bay kat bayan baru.. tak jauh dari queensbay mall. nanti next entry cite pasal makan le plak yek...lepas dinner tu kami terus ronda kat queensbay mall. hubby dah siap2 bagi bajet kat kami 3 branak nak shopping. tapi cuma sempat shopping utk irfan je. dah siap shopping utk irfan, kaki pun dah tak larat nak melangkah...terus balik otel, tido...the next day tu 12.30 pm kami 3 branak nek bas balik bangi .....sedih plak nak pisah ngan hubby kuikuikui...

Tuesday, June 16, 2009

View fr paradise otel



2 ari di bangi

ni le sebabnya ku balik dari cuti2 di kg...ke bangi semula ari rabu yg lepas. untuk menyiapkan tempahan dari dila. 800 pcs butter cuppies sebagai wedding favour utk majlis kawin abgnya. thanks dila. sori le akak tak dpt attend majlis tu. ari rabu balik ke bangi dgn syairah aja. syairah le yg tolong pek kan seme cuppies ni. jumaat malam kol 11.30 kami nek bas balik pg balik. penat ...jgn cite le...tentu le penat....tapi mengenangkan..sabtu pagi ada family day ofis hubby kena le gagahi jua. plan awal balik rabu tu balik terus...tapi bila last minit hubby bagitau ada family day ofis dia ari sabtu...emmm kena le ku balik semula ke penang. tak balik join pun cian plak kat hubby...nanti org seme dtg ngan family dia plak sorang diri je. anyway...sonok gak. nanti later cite pasal family day yek.

kol 4 ptg jumaat ku siapkan ni seme dgn syairah. lunch masak simple je...nasi dgn ikan masak serai je. dah siap bakar dan pek seme...ku terus kemas umah. dah siap kemas baru legaaa....ati dan mata tgk umah dah kembali kemas....serabut kepala otak ku bila tgk umah serabut2 tu hehehe, esp bilik blakang yg ku letak seme brg2 baking tu...masa dok wat keja tu...bilik tu punya le serabut dan comot. sakit nya mata tengok...tak sabar nak tunggu seme keja settle so that boleh kemas bilik tu...bila dah kemas....ha legaaaaaaaaaaaaa. dila datang amik lepas maghrib. lama gak dok pot pet ngan dila hehehe.

ku plan lepas siap kemas seme nak kuar gi beli dinner. tup tup...dlm kol 4 lebih...caterer jiran sebelah dah siap letak kerusi meja dlm khemah...yg mana khemahnya dipasang di depan umah ku...adoiiiiiiii...tak dapat le nak kuar beli dinner. mula jiran ku cakap malam baru nak letak kerusi meja tup tup tup petang dh letak. so sementara nak tunggu kol 10.30 malam, fiza dtg amik utk anto ke stesen bas...ku ngan syairah dinner le dulu koko krunch kat umah...bila fiza datang amik ku ...terus ajak dia singgah mc'd dulu. sempat le pot pet ngan fiza dulu kat hentian kajang sementara tunggu bas dtg. lambat lak bas tu...tiket kol 11.30 malam tapi kol 12 t/malam baru datang...sampai bwth dlm kol 6 pagi hari sabtu. hubby ku gi amik kat sana.

ni plak cuppies yg ku siapkan ari jumaat tu gak..sebagai buah tangan utk jiran ku yg wat kenduri kawin ari sabtu tu. memandangkan ku dan hubby tak dapat attend majlis kawin anak dia...so ku kasi le cuppies ni sebagai buah tangan.

Friday, June 12, 2009

tepung pelita

haa...baru je settle tempahan wedding favour dari dila...legaaa...dah siap ngan kemas and mop umah lagik . kang malam kol 11.30 nek bas balik penang balik hehehe.

ni dok depan komputer..tingat lak ada org minta resipi tepung pelita ni. since resipinya dok ada depan mata...so elok le ku share resipi ni. resipi ni amik dari blog atau fp seseorang gak nih...tak ingat sapa...coz dah lama sgt ku amik resipi ni. very gud resipi tak perlu adjas apa2 pun dah cukup sedap.

tepung pelita (dpt lebih krg 18-20 bekas plastik kecil tu)
bhn A
1 cwn tpg beras
1 cwn gula
5 cwn air
1 sdb air kapur

bhn B
4 cwn santan dari 1 biji kelapa (nak senang guna je santan kotak hehehe lemak ikut selera)
4 sdb tepung beras (ratakan)

caranya:
  1. satu kan seme bhn A ke dalam periuk, kacau sebati.
  2. masak bhn A sampai pekat dan berkilat.
  3. sendukkan bahan A yg telah masak ke dlm bekas. isi cuma separuh atau 3/4 penuh saja tau.
  4. then satukan pula bhn B dan masak atas dapur hingga pekat.
  5. dah pekat dan berkilat, sendukkan ke dlm atas adunan A tadi.
  6. biar beku, boleh disejukkan lam peti ais kalau suka.