PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Wednesday, April 29, 2009

tempahan terakhir apr09

ni antara tempahan minggu terakhir apr 09. arini tutup oven, ku nak blk kg hehehe. yg kat bawah ni tempahan dari azi, jpa


kukis hazelnut ball dan hawai rumball tempahan dari nisha.
cistat dan karipap utk rose kajang, karipap pusing frozen utk ana spu, ita dan azi.

layan je gambar ni...rasa cam malas lak nak bercerita. berangan nak wat brownies bawa blk kg tapi masih terlekat dpn komputer lagi hehehe...

Sunday, April 26, 2009

selamat pengantin baru

selamat pengantin baru buat azrini dan pasangannya. dan juga selamat menerima menantu k/ina. k/ina ni jiran ku semasa ku tinggal di kejiranan seksyen 7. malam tadi selamat anaknya diijabkabulkan. semoga berbahagia bersama hingga ke akhir hayat yek. jom layan piccas

kawan2 di kejiranan seksyen 7 pun tumpang bergambar ngan pengantin juga. very simple and sweet pelamin malam tadi. sesuai dgn selera ku.

buah tangan untuk majlis malam tadi.
3 sets of baby cistat tempahan dari kawan fiza.
carrot walnut with cream cheese icing ngan vanilla cuppies tempahan dari fadila.

Thursday, April 23, 2009

previous orders

jom layan piccas, tempahan2 yg lalu. 3 sets cuppies kat bwh ni tempahan dari regular customer, yus namanya.

hannah montana bday cake for k/anom's doter, chaca, cuppies biru pink shikin yg ode utk opis mate dier, cmc ngan coklat bc tempahan alia, packed choc chip muffin tempahan wani, tiramisu tempahan dr lily, 2 sets tempahan azi and a set lak tempahan ramona, barbie doll orange cake tempahan dri alice. tq utk kawan2 semua yg sudi buat tempahan dgn ku, u really made my day...at least..tak le ku waste time cam tu je kan.
" sms dari lily: alamak k/zana lupa nk respond pasal tiramisu, sedap sampai nak terlupa nak sms, tgl separuh lagi, hari n mesti abis terus"
kuih muih ni semenya tempahan dari k/anom. ada majlis doa selamat kat umah dia...nak nagi umrah, dan skali sambut bday chaca. tq for ur orders k/anom and semoga perjalanan akak selamat dan diberkati.
karipap plak tempahan dari ellie, masitah dan ita yg ku ingat...kalau ada yg tertinggal mahap yek. ada cite kelakar tadi...ku dok iron baju, dpt fon call dri ita tanya boleh ke dtg amik kpap. ku ckap dtg le...dia jawab dah kat dpn umah. ku pun terus turun...amik kpap dan buka pintu...aik...tak ada pun kat luar. emmm ku agak mungkin dia maksud dpn umah dia kot. ku kuar siram pokok segal, tak gak sampai2...terdetik lam ati...ita ni silap umah ke... hampir siap ku siram pokok, ita sampai...dia turun kete terus ketawa...dia kata dia tunggu depan umah org lain..dia dok heran pehal ku lama sgt tak turun2 lagi. kah kah kah gelak besar kami dua org... ita ni sms semalam katanya dia ngidam plak nak makan kpap ku wat...ada2 je lah si ita nih.
baby cistat mixed filling 2 utk ellie, satu utk alia, satu utk rose kajang dan satu bluberi bbct utk azy irdina. thank you guys.

Monday, April 20, 2009

sakura award dr aishah

sakura award dari aishah, tq aishah. award ni membuat ku terkenang kembali ...zaman silam hehehe...jom layannn piccas sakura
selamba rock je 3 branak ni dok melepok kat situ dan amik gambar. dah siap amik gambar baru tau...bahawasanya tak leh dok kat area tu muahahaha..

posing ngan boyfren tercinta le plak....
posing ngan nik noraini, jiran ku. tgk betapa gebunya bunga2 sakura tu..siok kan.. rasa cam nak baring je atas bunga2 tu muahahaha... tak tau nama tpt ni, tak ingat langsung yg ku ingat tpt ni tak jauh dari univ. waseda.
ni lak kat ....alamak lupa pulak nak tpt ni....ha...kat ueno ni rasanya. tgk punya le ramai org jepun...

bersama alice, sundri dan nik - posing ngan sakura kat kws apato ku.

Saturday, April 18, 2009

marble cheese brownies

ni lah akibat tergoda dgn tayangan cis brownies yg ditayang kat blog jasmeen dan k/rinnchan le nih.. ari ni hajatnya bakar cis brownies ni nak bawa gi makan2 ngan kengkawan kat pusat akuatik...tapi hasrat arini tak kesampaian...irfan tak sihat, so tak gi le renang. tapi masih belum diusik lagi cis brownies ni...esok pagi le gi makan kat sana hehehe. elok le irfan tak gi renang arini. ku pun ari ni bz gegiler dok siapkan tempahan k/anom. cadangnya nak gi anto je irfan kat pool, pastu nak kirim dia balik ngan faridah. okay lah..nak gi tido esok nak bgn awal wat bekpas utk irfan then nak gi lepak kat pool, blk nak wat tiramisu lak....gud nite

" dah rasa dah brownies ni...so ku nyer komen dan pandangan le...texture brownies ni lebih kepada kek dari brownies. utk yg biasa dan suka makan brownies, may not like this texture. sebiji texture cake coklat. bukan tak sedap cuma texture nye lebih kepada kek bukan brownies...so cadangan ku...guna le resipi fudge brownies mungkin lebih original kot utk penggemar brownies. dan utk lapisan cis nya plak...utk loyang 10" x 10" , sukatan cis 250 gm ada terlalu nipis lapisan cis nya. pada penggemar cis...mungkin elok ditambah pada 1 1/2 adunan, atau 1 3/4 atau 2 adunan cisnya."



MARBLE CHEESE BROWNIES

Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB 1 tsp baking powder 1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor - ku letak dlm 60 gm je
1 biji telur gred B

1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong

menu malas

maggi kari ngan chicken meatball and white egg - dinner malam ni.
pizza seasoning mentega kentang goreng rempah -(tu dia panjangnya nama) plus ada almond flake ngan dried cranberry hehehe. combine abis seme resipi kengkawan jadi satu - menu lunch semalam

r maki sushi - bekpas utk irfan sebelum gi training renang ari ahad. satu roll dia makan pagi tu...ha baru le tak sakit perut masa latihan renang. kalau tak, dah 2x masa latihan renang pagi ahad dia sakit perut...mula ingatkan napa...now baru le tau sebab sebenar...tak cukup makan hehee. dia payah makan pagi, tak lalu. tapi sushi dia masih suka so byk le boleh makan wpun waktu pagi. ni esok pagi...blur ku fikir nak buat apa bagi dia bekpas??????



Friday, April 17, 2009

koey teow ladna

sori tak ada gambar tapi ku nak share cite ku malam ni.

tadi lewat petang my eldest sis, chak called me and said nak singgah umah ku jap. coz dia nak balik umah dia, dah dekat maghrib sangat. so derang datang le. eva (cucu chak) masuk je terus cari irfan. geng kamcing ngan pakcik irfan dier hehehe.

ku tanya chak dah makan ke belum, kalau belum ku nak wat koey teow. chak kata...okay lah. so ku pun buat le koey teow ladna. elok masak je kuah ladna tu...just nice je time ku nak anto anak2 gi tusyen. ku tak sempat senduk pun. bior kuah dlm kuali, koey teow dlm penapis kat tepi kuali. sebelum gi cakap kat chak, kalau nak makan dulu, sila le.

balik dari anto anak2, terus ke dapur. rupanya chak dan hubby dah makan pun. namun agak terkejut juga bila tgk dlm kuali...napa kuah tinggal skit bebenor...tapi dlm ati berkata...lapar agaknya chak dan hubby ni. ku pun senduk le ku nye koey teow ladna...elok duduk je...my bil kata..."eh tu ada je koey teow dier..." ku pun cakap le..."tu ada byk...abis tu makan apa tadi???" chak kata " lahhhh tadi makan kuah dia je lah kot....tapi macam ada je skit2 koey teow dlm tu." ku terus gelak..."hahahaha...mana ada letak koey teow lagi dlm tu, siannya korang makan kuah nye je lah jadiknya???" gelak besar ku dgn chak....kes naya. yg chak sangka koey teow tu...mungkin cebisan crab filamen dan telur le tu. chak kata patut le dia rasa cam agak mewah dgn bhn2 kuah ladna tu...dan koey teow skit je. nampak koey teow tepi tu katanya tapi tak terfikir lak nak tambah coz ingat dah ada... adoiiii ciannya kat derang...makan kuah je.

masa amik anak2 balik tusyen cite le kat derang what has happened...gelak besar derang. cian kat maklong ngan paklong. dan cian kat aku, coz tak abis2 le koey teow aku tu kui kui kui... tu lah cite ku malam ni.

Monday, April 13, 2009

antara menu kegemaran ku

seme ni lauk kegemaran ku. kalau ku dihidangkan dgn satu lauk tu je pun ku boleh makan nasi berpinggan2 dan boleh lupa segala diet muahahaha.


butter prawn sytle yg ku suka, ku cuma letak cili api ngan daun kari je. cili api tu ku potong bebanyak...makan dgn nasi panas2 fuyooooooooooooo
cara ku wat butter prawn :
ku goreng udang dgn minyak byk, udang tu ku dah taruk garam skit, lada itam or putih skit, tpg kentang dan jagung skit. pastu kuali lain ku panaskan butter, then tumis daun kari dan cili api goreng jap. pastu masuk telur merah yg telah disebatikan dgn susu cair. kacau pelan2 dan bior agak garing then baru masuk udang...
sambal telur yg tak hancur muahahaha...ni saja pun sedap ngan nasi panas2.

sambal bilis...ni memang faveret. ku boleh makan ni 3 ari berturut2 tau. sanggup makan nasi lebih dari 2 kali tau kerna penangan sambal bilis. sebab tu tak leh wat sambal bilis selalu. nanti badan cam belon nak meletup.

kesimpulannya ku punya lauk faveret seme yg tak sihat dan menggemukkan. hi colestrol lagik hahahaha...suka makanan yg bergoreng, berminyak esp sambal2.

Saturday, April 11, 2009

these what i did this week

these what i did the whole week. cam malas lak nak stori so layan je lah gambar2 ni yek. cite kat blog biz ku pun ada gak.




Tuesday, April 7, 2009

menu dan resipi ayam madras

kerabu perut ngan taugeh...ini menu sambut hubby balik cini hahahaha. niway ari rabu lepas ku gi pasar malam kat seksyen 9 ni...nampak perut, terus beli...tingat plak lama tak makan kerabu. beli daging dan paru juga coz lama sungguh tak beli lauk hasil dari lembu hahahaha. dah berbulan2 pun tak makan daging, apatah lagi internal organnya. hubby balik khamis lepas, so dinner ni le kerabu perut ngan daging masak kicap rempah masak kicap mak siti (ni menu utk anak dara ku...dia tk pandai makan internal organ...hmmm elok le tu kan)


petang rabu minggu lepas, my eldest sis, chak called. katanya nak tinggal eva kat umah. coz eva dok sebut2 nama irfan. rindu nak main ngan pakcik irfan dia le tu. chak n hubby nak gi alpha one kat seksyen 4. sempat le snap a few pictures of eva dok makan duyan...emmm pandai budak kecit ni makan duyan. chubby betui eva ni...siok pegang dia. tapi dia malu ngan ku. dia kawan dgn pakcik irfan dia je. dah 2 thn 3 bln dh umur dia. dah leh cakap dah tapi agak pelat .

ayam madras ni adalah jenis masakan yg ku suka. ku memang suka masakan ayam yang gravy and thick ni...sebiji macam arwah baba ku hehehe. anak ayah le katakan. sebab tu ku suka juga ayam masak merah version my father. resipi ku dapat dlm magazine back in year 2000 or 1999 kot. first time terai terus jatuh cinta. i like the aroma of green chillies. since then ini memang antara masakan ayam yg ku suka buat, wpun hubby tak suka menu yg thick cengini...tapi ku wat juga coz dia memang kurang makan ayam pun hehehe. anak2 suka. insyaallah tak rugi mencuba resipi ni.

ayam madras

1 ekor ayam
1/2 tin susu cair
2-3 sdb susu pekat (ni additional item yg ku add sendiri)
garam secukup rasa

bhn tumis:
2 kuntum b. cengkih
2 kuntum b. lawang
2 biji buah pelaga
3 cm k.kayu manis.
1 helai d. ketumbar (jarang guna sebab jarang beli hehehe)
1 helai d. pandan ( selalu lupa taruk hahaha)
1 cmb myk sapi (optional)

utk menumis bhn mesin:
10 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
2.5 cm halia
2 btg serai
3 tangkai cili hijau (kalau cili tak pedas boleh add 1-2 tangkai cili padi utk pedas)
1 tangkai daun bawang,
1 biji tomato,
30 gm kacang gajus (boleh ganti dgn badam)

bhn bancuh :
2 cmb serbuk kari
1 sdt serbuk jintan manis
1 sddt serbuk kunyit
2 cmb tomato puri/sos

1) Ayam digoreng separuh masak terlebih dahulu.

2) Piyok lain tumis bhn tumis hingga naik bau.

3) pas tu masukkan bhn bancuh, tumis kejap

4) then masuk bhn mesin dan tumis hingga pecah minyak. (proses ni agak lama)

5) masukkan ayam dan susu cair dan kacau sebati.

6) masukkan air dan susu cari dan susu pekat. jgn lupa perasakan dgn garam yek.

7)masak hingga kuah agak pekat dan ayam pun empuk (lagi empuk ayam lagi sedap)

Saturday, April 4, 2009

a bz week

minggu yg begitu bz sekali. tempahan bermula dari ari rabu hinggalah ke ahad. tempahan pelbagai menu. tapi yg paling hangat dipasaran pastinya baby cistat dgn karipap. yg jadi bz coz membuat karipap adalah begitu time consuming especially karipap pusing. sesekali terasa macam tak berbaloi je wat karipap pusing ni. masa yg diperlukan utk menyiapkan karipap pusing adalah double dari karipap biasa. luckily masih ada rasa seronok bila mengelim karipap. gamaknya kalau le tak ada rasa seronok tu memang dah lama ku berenti niaga karipap ni hehehe. minggu ni ada karipap yg diposlaju, yg difrozen dan yg digoreng. tempahan2 ni seme datang dari syerah, mai, anis, rose, mazni dan hasnira, azi dan ellina. terima kasih buat kalian semua.

jom layan piccas nya yek...malas dh nak cite...nak nap le kejap...pagi tadi bgn kol 5am deko kapis utk rose, pastu gi bawa irfan swimming. balik masak lunch. pastu update blog...ni nak lena le jap...ponat hehehe













Wednesday, April 1, 2009

menu lunch rabu 10409

tempe + bilis + kentang...goreng sambal. wuish sedap banget...nak2 plak kali ni ku wat kasi kentang tu rangup fuyooo makan tak hingat dunia. ku makan ni je ngan nasi masa lunch ngan dinner tadi. ku ni makan senang je...satu lauk je dah cukup hehehe.
sambal udang petai ni wat malam tadi...tapi tak abis so sambung masa lunch tadi. tetap juga tak abis. haru betui lately ni...seme cam makan main2 je. malam lagi le...budak 2 orang tu tak nak makan, very seldom the eat their dinner. so kadang2 frust aku masak...coz last2 ku juga kena makan. ada masa...ku pun tak masak...lantak le...makan le apa yg ada. cengini jadi tak ada mood nak masak, asal masak je...byk bagi tong sampah dari masuk perut...frust kannnn