PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Saturday, April 18, 2009

marble cheese brownies

ni lah akibat tergoda dgn tayangan cis brownies yg ditayang kat blog jasmeen dan k/rinnchan le nih.. ari ni hajatnya bakar cis brownies ni nak bawa gi makan2 ngan kengkawan kat pusat akuatik...tapi hasrat arini tak kesampaian...irfan tak sihat, so tak gi le renang. tapi masih belum diusik lagi cis brownies ni...esok pagi le gi makan kat sana hehehe. elok le irfan tak gi renang arini. ku pun ari ni bz gegiler dok siapkan tempahan k/anom. cadangnya nak gi anto je irfan kat pool, pastu nak kirim dia balik ngan faridah. okay lah..nak gi tido esok nak bgn awal wat bekpas utk irfan then nak gi lepak kat pool, blk nak wat tiramisu lak....gud nite

" dah rasa dah brownies ni...so ku nyer komen dan pandangan le...texture brownies ni lebih kepada kek dari brownies. utk yg biasa dan suka makan brownies, may not like this texture. sebiji texture cake coklat. bukan tak sedap cuma texture nye lebih kepada kek bukan brownies...so cadangan ku...guna le resipi fudge brownies mungkin lebih original kot utk penggemar brownies. dan utk lapisan cis nya plak...utk loyang 10" x 10" , sukatan cis 250 gm ada terlalu nipis lapisan cis nya. pada penggemar cis...mungkin elok ditambah pada 1 1/2 adunan, atau 1 3/4 atau 2 adunan cisnya."



MARBLE CHEESE BROWNIES

Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB 1 tsp baking powder 1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor - ku letak dlm 60 gm je
1 biji telur gred B

1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong

7 comments:

  1. kite pon dah salin resepi nih...tapi MW ku itew kecik noi...leh ke gune loyang saiz 9 bulat ekkk...

    ReplyDelete
  2. Ahaks....akhirnya buat jugak yaaa....heh heh heh..

    ReplyDelete
  3. Akak..sedapnya...mau burn diet aku kalau buat ni...
    -mona-

    ReplyDelete
  4. zanaz to aishah:
    resipi tu kan aishah...brownies dia lebih kepada kek dari brownies...gebu mcm kek. boleh le wat loyang kecik tapi tebal le jadiknya.

    zanaz to rinnchan:
    akhirnya.....buat juga hehehehe

    leavemealone:
    ko seme sedap mona hehehe. nak sedap kalu...xyah diet kuikuikui

    ReplyDelete
  5. ku pun dah jalan projek ni...anak2 suka sebab ada cheese tu.....

    ReplyDelete
  6. kak zana, sya pn dh cuba buat brownies ni...tp ntah knp cheese nya jd lembik sikit...tp still sedap...

    ReplyDelete
  7. eli guna resepi bronis ni utk wat kek coklat. cuma tambah susu sbyk 150 ml, kek ni jadi fluffy & moist! guna loyang bulat 9". dah tu lagi lama lagi sedap plak tu! he he he

    ReplyDelete