PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Saturday, September 25, 2010

raya 2010 - sesi bergambar

ahli keluarga arwah Hj Hassan Hj Abdullah & Hjh Mas'an Hj Mokhtar. for the first time, complete 5 beradik. cuma menantu je tak cukup.

5 beradik dgn mak. aiya..ku yg bongsu tapi size yg paling besar sekali kui kui kui

mak dgn menantu2 mak. cuma 3 yg ada. lagi dua tak datang atas sebab2 tertentu.


ni le semua anak2 sedara ku. cuma Yasmin Kovacs yg kat australia je tak ada , coz this trip cuma k/chik dgn her sons Anton & Dion je datang. Yas kena teman daddy dia hehehe



my family bersama mak, k/chik and her sons.




ku ngan hubby, anton and dion


Thursday, September 23, 2010

sesi bersalaman/bermaafan raya 2010

sesi bersalaman dan bermaafan dan bergambar semasa raya adalah tradisi keluarga kami. masa sesi bermaafan ni...ada yg begitu sensitif dan ada juga yg jenis boleh kontrol macho hehehe. so macam2 gelagat yg ada disebalik gambar2 ni. tahun ni...adalah kenangan terindah buat kami semua. tahun ni kakak no. 2, k/chik yg menetap di australia, balik beraya bersama kami. k/chik dtg dgn 2 anak lelaki dia Dion dan Anton. dan tahun ni juga adalah kali pertama buat mereka mengikuti tradisi raya kami.
papa tolong anak truna pakai sampin.
paklong dah mulakan sesi bersalaman dan bermaafan

ku ngan mak

azman ngan mak


my aussie nephew, anton with maklong (my eldest sister) byk perkara kelakar masa ni.
kami dok ajar anton to say 'selamat hari raya maaf zaher batin' yg jadi kelakar ..

ku ngan mirna

ni pun my aussie nephew, dion tgn salam dgn tok. menggigil si dion ni bila kena salam dgn kami semua hehehe. yg jadi kelakar...nama penuh dia Zaher Dion and dia kena kata 'selamat hari raya maaf ZAHER batin', cam sebut nama dia le plak hehehe.

Anton and paksu azman (my darling hubby)


me and Anton

me dgn kakak no. 3, Oh

me dgn kakak no. 2, k/chik - my first time beraya dgn dia. coz she went to australia when i was only 4 years old.

k/chik and k/nora (my sister-in-law)


2nd sister and eldest sister hehehe

k/chik salam raya dgn mak..after not doing that for 35 years. syahdu giler time ni.

my niece Eli, salam dgn abah dia...bermulalah episod airmata....uhuk uhuk

Anton salam raya first time dgn mak dia hehehe

Sunday, September 19, 2010

sehari sebelum raya 2010

ku ngan anak2 balik umah mak ku di sungai acheh nibong tebal sehari sebelum raya. pepagi dah balik. hubby ku kerja so dia balik after office hour. excited nak balik kg ari ni, coz kakak ku yg tinggal di australia akan pulang beraya dengan kami for the first time after 36 years, and she came home with her two sons, dion and anton. masa ku balik kakak ku yg no. 3, Oh dah pun ada di umah mak. Oh balik dgn mirna. ari tu kami gotong royong le sediakan juadah utk raya dan juga buka posa. Mak yg sebelum ni kurang sihat dan nampak tak bermaya, tapi ari tu mak cukup bertenaga, dia yg masak menu tetap untuk raya...ayam masak kuzi. agaknya dia pun teruja dgn kepulangan anak dan cucu2 nya yg tinggal jauh tu...dan juga excited sebab ni lah kali pertama semua anak mak, 5 org semuanya berkumpul di hari raya selepas 36 tahun.

menyambut ketibaan kakak ku dan anak2 nya, mak berpelukan dgn k/chik. Chak and family yang bawa k/chik balik kg. at that time seme dah ada kat umah mak. Ekhsan, anak sulung Oh pun dah sampai dari Ipoh. Diman, anak chak pun dah sampai, hubby ku pun sampai right on time.... wah meriah giler le buka posa ari ni.

kelakar part masa org jauh sampai...biasa le kan, kami sedara mara kalau yg pompuan ni salam sambil peluk dan cium. tapi tak le plak cium or di cium oleh sedara mara opposite sex. tapi bila my aussie nephews ni sampai...dia salam kami mak2 sedara, cousin2 pompuan seme pakat kena kiss...lepas tu kes ni jadi cite kelakar le. ye lah depa ni mana le reti sgt bab2 ni.


ni menu buka posa kami. lauk pauk simple je...Oh masak nasi beriani, ku masak daging rendang hitam dan mak masak ayam kuzi. pastu ku ngan Oh gi pasar ramadhan beli sate dan kuih muih, tembikai dan air. riuh rendah time buka posa coz ramai le katakan....memang sonok gilerr dgn kemeriahan ni.

dlm famili kami yg kecil ada sorang je umur 4thn, cucu sulung Chak. yg lain my nieces and nephews seme dah besar2, ada yg kat u, dah keja, dah kawin...yg sekolah cuma anak2 ku syairah dan irfan, dan juga aiman anak bongsu abang ku. tapi bila mai part men bunga api...yg besar2 tu lagi kecoh dari yg sekolah2 ni hehehe. tu lah famili kami...seme jenis giler2

Friday, September 3, 2010

majlis iftar merdeka

ni menu side dish...puff tuna dan sardin serta choc cuppies with cheese.

laksa cooked by my sister-in-law, k/nora

main dish ayam bakar ala tandoori, daging masak itam, udang masak serai and sayur campur.


nasi karot...style merapu meraban ku hahaha. air plak air bandung.



ni tetamu wanita....my frens, my adik-adik ( anak2 k/angkat ku) and adik ipar ku.
had a very gud time that day. pagi2 dah gi pasar dan tesco e gate cari brg keperluan. balik umah terus my sil masakkan kuah laksa dan laksa. ku plak sibuk dok pack kukis yg nak diambil oleh para ejen/pengedar. had a very bz day..mana nak pack kukis, mana nak masak for iftar. but enjoyed every minute of it. t/hari ku perap daging utk masak itam dan ayam utk di bakar, petang baru masak dan bakar. then bila adik2 datang iaitu aina, arash, mas, muhammad, shukri dan lokman datang baru le minta tolong adik2 pompuan tu potong2 sayur dan set table. alhamdulillah majlis berjalan lancar. juadah cukup utk semua tetamu wpun pada awalnya ku agak cuak..takut tak cukup. rupanya cukup utk derang tapau sekali hehee.
tetamu plak terdiri daripada anak2 k/angkat ku, 5 out of 6 beradik serta bakal menantu dpt hadir, k/wati and achik tak dpt hadir atas sebab2 tertentu. my brother and his wife serta anak dia and my mom, my husband's younger sister and family and our fren dr zainal & dr ratna serta anak2.