PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Sunday, September 19, 2010

sehari sebelum raya 2010

ku ngan anak2 balik umah mak ku di sungai acheh nibong tebal sehari sebelum raya. pepagi dah balik. hubby ku kerja so dia balik after office hour. excited nak balik kg ari ni, coz kakak ku yg tinggal di australia akan pulang beraya dengan kami for the first time after 36 years, and she came home with her two sons, dion and anton. masa ku balik kakak ku yg no. 3, Oh dah pun ada di umah mak. Oh balik dgn mirna. ari tu kami gotong royong le sediakan juadah utk raya dan juga buka posa. Mak yg sebelum ni kurang sihat dan nampak tak bermaya, tapi ari tu mak cukup bertenaga, dia yg masak menu tetap untuk raya...ayam masak kuzi. agaknya dia pun teruja dgn kepulangan anak dan cucu2 nya yg tinggal jauh tu...dan juga excited sebab ni lah kali pertama semua anak mak, 5 org semuanya berkumpul di hari raya selepas 36 tahun.

menyambut ketibaan kakak ku dan anak2 nya, mak berpelukan dgn k/chik. Chak and family yang bawa k/chik balik kg. at that time seme dah ada kat umah mak. Ekhsan, anak sulung Oh pun dah sampai dari Ipoh. Diman, anak chak pun dah sampai, hubby ku pun sampai right on time.... wah meriah giler le buka posa ari ni.

kelakar part masa org jauh sampai...biasa le kan, kami sedara mara kalau yg pompuan ni salam sambil peluk dan cium. tapi tak le plak cium or di cium oleh sedara mara opposite sex. tapi bila my aussie nephews ni sampai...dia salam kami mak2 sedara, cousin2 pompuan seme pakat kena kiss...lepas tu kes ni jadi cite kelakar le. ye lah depa ni mana le reti sgt bab2 ni.


ni menu buka posa kami. lauk pauk simple je...Oh masak nasi beriani, ku masak daging rendang hitam dan mak masak ayam kuzi. pastu ku ngan Oh gi pasar ramadhan beli sate dan kuih muih, tembikai dan air. riuh rendah time buka posa coz ramai le katakan....memang sonok gilerr dgn kemeriahan ni.

dlm famili kami yg kecil ada sorang je umur 4thn, cucu sulung Chak. yg lain my nieces and nephews seme dah besar2, ada yg kat u, dah keja, dah kawin...yg sekolah cuma anak2 ku syairah dan irfan, dan juga aiman anak bongsu abang ku. tapi bila mai part men bunga api...yg besar2 tu lagi kecoh dari yg sekolah2 ni hehehe. tu lah famili kami...seme jenis giler2

No comments:

Post a Comment