PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Tuesday, April 7, 2009

menu dan resipi ayam madras

kerabu perut ngan taugeh...ini menu sambut hubby balik cini hahahaha. niway ari rabu lepas ku gi pasar malam kat seksyen 9 ni...nampak perut, terus beli...tingat plak lama tak makan kerabu. beli daging dan paru juga coz lama sungguh tak beli lauk hasil dari lembu hahahaha. dah berbulan2 pun tak makan daging, apatah lagi internal organnya. hubby balik khamis lepas, so dinner ni le kerabu perut ngan daging masak kicap rempah masak kicap mak siti (ni menu utk anak dara ku...dia tk pandai makan internal organ...hmmm elok le tu kan)


petang rabu minggu lepas, my eldest sis, chak called. katanya nak tinggal eva kat umah. coz eva dok sebut2 nama irfan. rindu nak main ngan pakcik irfan dia le tu. chak n hubby nak gi alpha one kat seksyen 4. sempat le snap a few pictures of eva dok makan duyan...emmm pandai budak kecit ni makan duyan. chubby betui eva ni...siok pegang dia. tapi dia malu ngan ku. dia kawan dgn pakcik irfan dia je. dah 2 thn 3 bln dh umur dia. dah leh cakap dah tapi agak pelat .

ayam madras ni adalah jenis masakan yg ku suka. ku memang suka masakan ayam yang gravy and thick ni...sebiji macam arwah baba ku hehehe. anak ayah le katakan. sebab tu ku suka juga ayam masak merah version my father. resipi ku dapat dlm magazine back in year 2000 or 1999 kot. first time terai terus jatuh cinta. i like the aroma of green chillies. since then ini memang antara masakan ayam yg ku suka buat, wpun hubby tak suka menu yg thick cengini...tapi ku wat juga coz dia memang kurang makan ayam pun hehehe. anak2 suka. insyaallah tak rugi mencuba resipi ni.

ayam madras

1 ekor ayam
1/2 tin susu cair
2-3 sdb susu pekat (ni additional item yg ku add sendiri)
garam secukup rasa

bhn tumis:
2 kuntum b. cengkih
2 kuntum b. lawang
2 biji buah pelaga
3 cm k.kayu manis.
1 helai d. ketumbar (jarang guna sebab jarang beli hehehe)
1 helai d. pandan ( selalu lupa taruk hahaha)
1 cmb myk sapi (optional)

utk menumis bhn mesin:
10 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
2.5 cm halia
2 btg serai
3 tangkai cili hijau (kalau cili tak pedas boleh add 1-2 tangkai cili padi utk pedas)
1 tangkai daun bawang,
1 biji tomato,
30 gm kacang gajus (boleh ganti dgn badam)

bhn bancuh :
2 cmb serbuk kari
1 sdt serbuk jintan manis
1 sddt serbuk kunyit
2 cmb tomato puri/sos

1) Ayam digoreng separuh masak terlebih dahulu.

2) Piyok lain tumis bhn tumis hingga naik bau.

3) pas tu masukkan bhn bancuh, tumis kejap

4) then masuk bhn mesin dan tumis hingga pecah minyak. (proses ni agak lama)

5) masukkan ayam dan susu cair dan kacau sebati.

6) masukkan air dan susu cari dan susu pekat. jgn lupa perasakan dgn garam yek.

7)masak hingga kuah agak pekat dan ayam pun empuk (lagi empuk ayam lagi sedap)

5 comments:

  1. errrrr..hang pun suka gak ka kacang tumbuk tu,dah setat mengungah tak sedaq habih 3-4 ketui. Ada Pasar malam ka kat Sek 9, tang mana? yang kat pusat katering tu ka. ku slalu p pasar malam kat Maybank tu ja..yang hari sabtu tu..

    ReplyDelete
  2. kena try ni ayam madras.. sedap bangat rasanya tu.. nak link blog ni boleh kaa..

    ReplyDelete
  3. byk rempah ayam nih...msti mabelesss...

    re : zanazz...
    org kata, pau kudut2 sbb kukus terlalu lama...Wallahualam...aku pun tatau gak..tp kau kukus siap psg timer...10 menet only..kekekke

    ReplyDelete
  4. zanaz to mulan:
    insyaallah tak rugi cuba, memang sedap esp kena dgn nasi minyak dan yg sewaktu dgnnya. sila le link.

    zanaz to jasmeen:
    cuba le meen. pau tu...pelbagai resipi dah cuba tapi belum ada yg consistent jadinya. ada masa jadi elok gilos ada masa dia kudup bila buka tudung. masa stim memang guna timer tak lebih dari 10 min pun.

    zanaz to haniss:
    sedap kan kacang tumbuk tu. kacang potong pun ku suka.

    ReplyDelete
  5. salam k.zana...
    sedap plk sya tgk ayam madras tu....
    mkn ngan nasi panas2, mmg mabeles...

    ReplyDelete