Lepas dapat resipi ni ku mix and match plak resipi bonda ni dgn resipi k/liza yg guna nasi. so terhasil lah resipi yg ke 2 tu dan hasilnya cukup sedap dan sesuai dgn citarasaku.
tipnya...pastikan kukusan cukup panas masa kukus apam dan jgn isi terlalu byk pieces dlm satu kukusan utk dptkan 'mekar/rekahan' yg cantik. klu tak jadi cam apam ku le...kurang mekar hahaha.
apam tepung beras versi bonda
100 gm tpg beras
50 gm gula
130 gm air
2 gm yis
2 gm eno
pewarna
campurkan tepung, gula, yis dan air dan kacau hingga sebati dan gula larut. then tutup biar kedap udara and perap more than 4 hours. bila dah kembang....masukkan kaler dan kacau perlahan then masukkan eno. kacau perlahan dan biar selama 5 minit. sementara itu panaskan kukusan. masukkan dlm cwn2 apam yang kecil tu dan kukus selama 15 minit.
Apam tepung beras versi mix & match ku

1 cwn nasi
2 cwn tepung beras
1 cwn gula putih
1 1/4 cwn air
3 gm yis
4.3 gm eno (sepeket kecil rm0.70)
Blend nasi dengan air hingga halus then add sugar, tepung dan yis. Blend hingga sebati. Masuk dlm bekas dan tutup rapat. Perap selama 4 hours. Selepas tu kacau perlahan dan masukan pewarna jika mau then masukkan eno, kacau sebati perlahan-lahan dan biar another 5 minit. Panaskan kukusan. Masukan dlm cawan2 kecil dan kukus selama 15 minit. emmm sedap

No comments:
Post a Comment