x byk cite di bulan ramadhan. pasal ku sibuk buat kukis. ada few occasion yg lupa nak amik gambar. ni je lah gambar yg ada.
majlis buka puasa ni juga turut meraikan anak2 yatim dari beberapa buah rumah anak yatim. tu mr hubby menyampaikan sumbangan utk anak2 yatim. sayu bila fikirkan derang yg serba kekurangan.
ni buka puasa terakhir sebelum syawal. buat kat rumah ku. ku decided nak jadi host utk sedara mara sebelah hubby berkumpul dan beraya. almaklumlah...derang ni mcm tak ada port nak berkumpul pasal mak mertua dah meninggal. bapa mertua dah datang seminggu awal. alhamdulillah, dia tak banyak kerenah tinggal dgn ku. makan sentiasa berselera. mula risau juga...pasal masa ku byk dihabiskan menyiapkan tempahan kukis dan kek , jadi masa utk masak juadah berbuka puasa sangat terhad. hanya menu simple aja yg sempat disediakan. luckily, hubby dan anak2 jenis tak cerewet makan dan makan pun tak byk. so tak perlu masak pelbagai juadah. 2 jenis lauk dah cukup. kuih pula kadang2 ada, kadang2 tak ada pun.
seronok tgk anak2 sedara dok beratur ambil juadah buka puasa. malam tu almost semua adik beradik hubby ada kecuali satu family je tak dpt hadir. menu kami malam tu nasi karot, sup tulang & air asam, ayam masak merah Baba and rendang pedas ayam. kuih muih plak ada puding jagung, puding telur (tak tau nama apa, k/shah yg bawa), karipap dan juga lemang.
selesai solat maghrib, kami adakan majlis tahlil utk para arwah. semuanya berjalan lancar.
patutnya lepas tahlil ni ku kena sibuk masak ketupat palas tapi tu lah rezeki datang tanpa diduga, driver my hubby datang hantar about 10 batang lemang dan juga satu periuk ketupat palas. terima kasih tak terhingga pada kemurahan ati beliau, moga murah rezeki beliau. so malam tu ku just rebus je ketupat palas tu. then proceed dgn proses buat chocolate indulgence cake utk Qaseema anak adik hubby Shidah. lewat juga baru siap kek tu.
malam raya tu abang no. 2, A/anuar dan keluarga serta adik bongsu Shidah tido di rumah kami. sorry to them kalau tempat tak menyelesakan. almaklumlah umah ni besar saja tapi bilik cuma ada 3 saja. so ada yg tido bergelimpangan di ruang tamu je. ni keluarga a/anuar dgn bapa mertua ku.
ni keluarga shidah. emm napa le Qaseema wat malu2 plak nak pandang kamera.
kami sekeluarga..bertemakan biru muda.
selesai sesi bergambar dan bermaafan kami terus menyeberang laut ke kubang semang, ziarah kubur mak mertua then seterusnya ke rumah bapa mertua yg didiami oleh adik no. 5 Amir.
selesai agenda raya di kubang semang, seperti biasa kami 5 beradik (termasuk kazen) konvoi beraya rumah sedara mara hubby. kol 9 malam baru le selesai then only kami ke rumah mak ku plak di Sungai Acheh. huhuhu semasa di rumah mak ku, agak kepenatan dan sibuk beraya, tak teringat langsung nak bergambar bersama keluarga so tak ada lah gambar keluarga besar tahun ni..
ini menara condong di teluk intan. raya ke 3 kami bersama kakak sulung dan abang ku ke rumah kakak no. 3 di teluk intan. ni je gambar yg teringat nak amik masa di sana kui kui kui. dah malam baru kami sampai ke rumah kami di penang.
ni juadah utk jamuan raya. menu simple je, mi kari seafood, ketupat palas dgn kari daging dan ayam madras dan brownies.
tetamunya mostly adalah sedara mara hubby ku and few of my friends and neighbours. ni kira limited edition pun jamuan raya. masa agak suntuk jadi tak dpt nak jemput semua kenalan or sedara mara.
ni our special guest hahaha...tetamu terakhir yg sampai just b4 maghrib. Dr Zainal & Dr Ratna serta anak2. tinggal tak jauh tapi jumpa cuma dalam 2-3 kali je setahun kui kui kui. normally masa majlis buka puasa atau jamuan raya je. bz le katakan hehehe. anyway terima kasih pada semua yg hadir, kalau ada terkurang dimana2 harap dimaafkan. yg mana tak dijemput jgn berkecil ati, insyaallah di lain kesempatan kita berjumpa jua. anyway tak payah jemput2 le...datang je, just give me a call. anyway jamuan ni pun di adakan pasal ada beberapa keluarga sedara hubby yg nak datang beraya, sebab tu le kami adakan jamuan ni. ooo masa ari jumaat plak keluarga dr Roslan dan Hasnira datang singgah beraya. terima kasih yek sudi singgah ke rumah kami. Petang jumaat sempat juga kami pergi beraya umah k/Naim & a/sobri (pengasuh syairah dan irfan dulu).
ini lah serba sedikit cerita raya kami.
No comments:
Post a Comment