isnin dan selasa, ku buatkan karipap yg fiza tempah. 500 pcs semuanya. dua hari ku buat baru siap. rabu demam mula terasa....ngap2 kepala, badan seram sejuk. makan ubat juga...so sepanjang minggu bertahan dgn ubat. ni gambar sebahagian dari karipap yg belum dipek .
khamis buat 500 pcs plain cuppies tempahan dari ellina untuk kenduri kawin adik dia. ku buat flavor vanilla dan marble dgn 3 perasa lain - oren, stroberi dan coklat. fuyooo aritu mengaum2 bau kapkek tu...nasib ellina tak suruh packing. so dari pagi sampai ke petang juga le baru siap. campur2 dgn berenti masak dan ambil & anto anak sekolah 2-3 kali...+- 7 jam juga le baru siap 500 pcs tu. in between tu ku bakar butter fruit cake dan cheese brownies juga utk buat fondant cake , tempahan dari ellina juga utk majlis akad nikah. malam plak deco cake hantaran...lewat juga baru tido. jumaat lepas anto anak sekolah terus anto yg dah siap tu ke rumah ellina di semenyih.
balik dari umah ellina terus godek muffin plak coz kol 10.45 ada customer nak 40 pcs muffin, ni anis dari ukm order. dan kebetulan ari jumaat ni ku nak wat 280 pcs muffin tempahan dari fiza. so sekali jalan. in between tu masak le lunch apa yang senang. lepas jumaat ku all out buat muffin dan chocolate cake cis filling...ini fiza nak aku pek 2 biji per pek, dia nak 280 sets semuanya. in between ku bakar kek kawin utk adik ellina, ku buat chocolate cake 2 biji dgn carrot cake sebiji. malam ku stop baking wpun fiza punya muffin tu lum siap sepenuhnya. ku concentrate utk deco kek kawin adik ellina. emmm terhegeh2 aku nak paip bunga ros tu. almaklumlah...baru nak berkecimpung dgn bunga ros tu. dah tu tanam bunga ros pun tak eti juga...haru betui aku ni. rasa serik nak buat kek kawin lagi. tahap kecekapan masih di paras terlalu bawah...perlu byk praktis lagi ni. 4 pagi baru ku tido dan bgn 6.30 pg coz anak2 nak gi sekolah. lepas derang gi sekolah ku godek lagi muffin dan chocolate cis tu...utk cukupkan 280 sets. elok siap baked yg tu, hubby ajak gi anto kek kawin cepat skit. katanya takut tak tau jalan. memang terhegeh juga cari jalan kat kl nun. sampai je ku terus anto nek ke dewan dan tak sempat jumpa ellina mau pun haizan adik dia, coz derang dok bersiap. ku pula tak dpt tunggu coz anak dah call dr sekolah minta jemput balik.
kat kol 3 ptg kami anak branak kuar gi deliver set muffin ngan kapkek tu kat fiza di cyberjaya plak. sambil2 tu kami round2 le area cyberjaya. lewat petang baru sampai umah. masa tu badan dah rasa terhoyong hayang...rasa cam nak tido...tapi bila dah settle seme urusan, tak plak boleh tido...dari konon nak tido lepas maghrib...kat kol 12 juga baru ku tido.
ni lah cerita kesibukan ku di minggu terakhir feb 09. ada masa2 dlm seminggu tu ku rasa cam nak berenti je buat seme ni dan pergi tido. dan ada pula masa yg ku rasa tak leh nak dok rehat le plak...coz benda tak settle. so penat cam ne pun keja kena settle dulu. once dah buat...memang tak leh berenti coz bila berenti...rasa penat makin menjadi2. penat wat benda ni...rasa dia sama je penat dok wat cookies masa bulan ramadhan tu. tu lah rezeki datang...tapi tak semudah tu...mesti dengan pelbagai dugaan...so harus sabar dan tabah melaluinya kan.
cantik lah akak bunga rose tu...alhamdulillah rezeki tu...cuma susah ngan senang je tu...all the best n take care ya...kesihatan kena jaga gak tu...
ReplyDeleteAduhaiiiii penatnya mama... hehehe... Zana yang buat projek mega, mama yang penat just by reading it! Tabik aa Zana ni...
ReplyDeletezanaz to mamafami & aishah:
ReplyDeletekah kah kah...kalu le boleh share penat tu ngan mamafami...la ni juga cheq pi serah hehehe. thanks aishah...ni le dok makan obat tak berenti ni. munga tu gimik je...tak ada lawanya pun.