di penghujung bulan ni bz gak le. sibuk dgn tempahan, aktiviti anak2 dan juga aktiviti persatuan kaun hawa di kejiranan ku. kat bawah ni tempahan dari anna, ramona dan juga k/asiah. anna punya tentu le karipap hehehe. pagi tadi dtg amik. bb cistat dari ramona, pagi2 lagi dah sampai kat umah ku sebelum dia ke ofis. 5cmcistat plak tempahan kali pertama dari k/asiah dari kejiranan seksyen 9 nih. tq pada derang semua yg sudi berurusniaga dgn ku.
sms dari ramona: " bebudak seme suka cistat tu kak. siap amek gambar pegang bekas cistat"
tiramisu cuppies ni tempahan kwn baik ku, faridah. 60 pcs semenya. ku deko half of it untuk buat anak2 ceria dan another half stended deko untuk tiramisu cuppies ku. majlisnya petang semalam. mula faridah minta tolong ku bawakan tiramisu tu masa ku nak gi umah dia...tapi disebabkan ku tak dapat gi umah dia awal, so kenalah zairi datang amik tiramisu kat umah ku lepas latihan renang. ku kirim irfan kat zairi hehehe...irfan dan zulfar (anak faridah) sebaya. lepas majlis di kejiranan ku dlm kol 5 lebih baru le ku dan syairah gi umah faridah. gi wat pe lagi...makan2 le...makan soto ngan sagu gula merah fuyooo sedap beb. sembang2 lajak sampai azan magrib baru kami bertolak balik. weekend ni hubby ku tak balik so kami 3 branak je lah. balik umah dah lewat skit, makan lagi...nasib faridah bekalkan soto utk irfan. ku ngan syairah lak makan sagu gula merah yg faridah kasi gak le. faridah dan anak2 cam ku dan anak2 juga...suka sangat dgn tiramisu. cuppies lain kalu...tak laku tapi kalu tiramisu cuppies...kejap je clear hehehe.
chocolate moist cake ngan edible image ben 10 ni pilihan ct azimah (a first time customer gak) utk anak nya hazim. ct azimah ni rupanya jiran setaman hehehe. tq ct azimah
chocolate moist cuppies plak deliver ari sabtu petang. tempahan dari shafiqah, ukm. dia dah ode awal. dia minta ku anto kat kawan dia athikah di ukm juga. tq shafiqah.
ari ni lepas settle cuppies buat daia, ku wat masak kari ikan kembung je. anak2 balik lambat ari ni. syairah ada kelas tambahan, irfan plak ada football. irfan balik makan nasi yg cikgu kasi. syairah plak masih nak makan soto yg faridah kasi semalam. so mama je lah makan nasi ngan kari ikan kembung tu sebagai dinner. irfan lak dinner gratin makaroni version mushroom soup hehehehe (kes malas dan jimat hahaha). later ku upload gambar gratin yek. petang ni ku rilex kan badan sambil2 update blog. besok baru start gentel kpap le plak...