PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Thursday, December 31, 2009

lost world tambun

masa krismas baru ni on the way nak balik kg kami singgah main2 air kat lost world tambun. cuti sekolah kali ni...most bakers amik kesempatan cuti ni wat duit ku plak...the other way round. byk tempahan yg ku tolak sebab most of my time abis dok ulang alik antara bbbangi ngan kubang semang. so memang cuti kali ni ku tak byk baking, cuma skit2 aja. balik kg jgn cite le...sebulan berkali2 dok balik hehehe.

ni gambar kat petting zoo kat lost world tu...layan jer lahhhh


hubby ku tak join mandi. ku pun tak mandi gak..ku cuba gi main slide2 tu je...dah puas main dan jerit masa turun slide tu segala ku tak berendam lagi dah...ku terus gi salin baju. cuma dua beradik ni je yg berendam. tgk le si kakak tak brani turun dok je atas pelampung coz air dlm, dia tak pandai berenang. so irfan le tarik dia ke tpt cetek hehehe.

ni irfan punya turn pegang ular. masa baru sampai kami terus masuk petting zoo...masa tu syairah yg pegang ular, irfan plak tak brani. tapi seblm balik dia nak gi lagi skali petting zoo tu...so akhirnya...dia pegang juga ular tu.

PMR 2009

last month debaran keputusan upsr, alhamdulillah keputusan irfan cukup membuat kami sekeluarga tersenyum dan bahagia.

bulan ni plak lagi satu debaran, keputusan pmr syairah lak. masa keputusan upsr syairah dan irfan, my hubby tak ada bersama menanti saat2 keputusan di umumkan. tapi kali ni kebetulan plak my hubby cuti masa hari keputusan pmr di umumkan. ku memang ajak dia skali ke sekolah smk jalan 4 bandar baru bangi, untuk merasai debaran saat2 keputusan di umumkan. 10.30 am kami kuar dari rumah. irfan pun ikut sama kali ni. tapi lama juga menunggu lebih 1 jam baru le keputusan diumumkan. alhamdulillah sekolah smk jln 4 sekali lagi mencatat 100% lulus dan 76% straight As (yg ni tak pasti tapi kalau tak salah pendengaran ku cengini le peratus utk straight As) dan sekolah derang ni skali lagi dinobatkan sebagai antara sekolah cemerlang/terbaik utk keputusan PMR. Tahniah buat seme guru2 SMK Jalan 4 yg telah bertungkus lumus selama ini. kami sebagai ibubapa amat bangga dengan keputusan/pencapaian sekolah ini. memang tak sia2 usaha guru2 sekolah ni. kelas syairah hanya 3 org tak dapat 8As dan seorang tak dapat straight As namun still 8As coz amik xtra bhs cina. Syairah, Syakirah dan Huda alhamdulillah straight As. derang bertiga ni kira 3 stooges le ....form two derang dari kelas yg sama dan bila di naikkan kelas masa form 3, ketiga2 derang masuk kelas yg sama dan akhirnya tiga2 berjaya. i am so happy for this children. kawan2 syairah yg lain pun mostly scored 8As, ada a few yg dpt 7As and 6As.

ni lah rupa kanak2 riang hehehe...mana tak riang...scored straight As , sure le happy kan...nak2 plak setelah bertungkus lumus kan. ku dan hubby memang syukur dan happy sangat dgn pencapaian syairah. ni syairah dgn nawal (one of her good buddies). TAHNIAH BUAT SYAIRAH, SEMOGA KAKAK LEBIH SUKSES DIMASA HADAPAN.
ku tak amik byk gambar. agak gementar juga menanti keputusan tu. jadi tak ada mood amik gambar. gambar dlm memori je yg ada hehehe. kwn2 rapat syairah pun berterabur lepas keputusan di umumkan...masing2 happy so tak dpt nak kumpulkan mereka. my hubby punya le happy and he was so excited to get a present for her doter. yg syairah lak..jenis coool abis...papa jer yg excited giler hahahaha.

ari tu, kebetulan ku pun ada few orders to settle. pepagi bangun siapkan 1/2 dari tempahan then gi skolah amik result, then gi survey hp utk syairah (she lost her hp yg dia dpt for her good result in upsr sebelum exam pmr, so another hp plus cash if the price of hp less than the amt promised).
this is our lunch for that day. we had lunch at japanese restaurant Miyagi kat seksyen 9, bdr baru bangi. ini set nasi unagi. ku tak makan belut tapi makan unagi kah kah kah....niway unagi tu belut le.... lepas lunch balik umah, syairah helped me to settle another set of orders. petang kol 6 kami kuar cari dinner lak. for dinner, hubby bawa gi cyberjaya, kami makan kat restoran saba - makanan arab. kami order set lamb khabsah ngan chicken khabsah. kenyang gilosss ...syukur alhamdulillah atas rezki yg dikurniakan. balik umah tunggu customer amik tempahannya, sambil tu packed kain baju coz hari krismas pepagi lagi nak gi bawa bebudak ni gi Lost World kat tambun, ipoh and terus balik kg.

Friday, December 18, 2009

apam gula hangus


APAM GULA HANGUS

150g Gula Castor
100ml Air panas
70g Mentega ~ dicairkan
75ml Susu cair
1 biji Telur ~ dipukul sedikit
150g Tepung ~
1 sudu kecil Bicarbonate Soda ~ Ayak
Secubit garam ~
75g Gula Castor

Panaskan kukusan.
Cairkan 150g gula castor dengan api perlahan. Jangan sampai hangus nanti pahit.
Setelah gula cair, tuangkan air panas perlahan-lahan. ~berhati-hati ye~
Kacau rata di atas api sehingga mendidih dan menjadik sirap gula. Tutup api dan biarkan sejuk.
Setelah sejuk, masukkan mentega cair, susu cair dan telur.. Kacau rata.
Campurkan bersama tepung, soda bikarbonat, garam dan 75g gula. Buatkan lubang ditengah adunan dan curahkan sirap gula perlahan-lahan. Kacau rata. Kukus.

pau goreng


8 - 10 senduk tpg gandum (senduk bulat hok kecil tu) dlm gram more or less 360-450 gm le
1 senduk gula je
3 sdt yis segera mauripan
1 sdb - 2 sdb marjerin
1 sdb bread softener (optional - dulu tak penah guna pun)
1 sdt bread improve (optional - le ni guna coz dah ada dlm stok)

gaul gula, yis, bread improver dan tepung. pastu masuk marjerin dan gaul wat cam bread crumb tu then tambah bread softener. pas tu taruk air agak2 sesuai nak diuli. uli le sampai tak melekat di jari dan elastic. bior 10 minit. pastu bulat2 dan isi inti. lepas isi inti bior dlm 30 minit baru le digoreng.

Wednesday, December 16, 2009

marble chocolate pistachio cheese cake.

ciskek ni resipi yg di adjas2. resipi yg pernah ku letak di entry yg lalu iaitu chocolate cheese cake tapi ku adjas jadi cengini . resipi kat bawah tu ku agak2 le camna ku adjas aritu.

hasilnya memang sedap. tapi ku rasa ku lebih suka kalau base dia guna chocolate biscuit dari digestive. guna le oreo ke atau yg sewaktu dengannya.

ku buat ni masa sedara2 ku datang umah last friday. kak ipar ku suka benor kek ni. kak ros pun suka siap minta bawa balik lagi hehehe. ku kalau buat ciskek utk makan kat umah jarang ku mekap atau letak topping. coz ku suka nak nikmati rasa ciskek tu tanpa gangguan rasa toppingnya hehehe.
marble chocolate pistachio cheese cake
100g digestive biscuits
30 gm chocolate- melted
60g butter
20-50 gm pistachio - roasted and crushed.

FOR THE CHEESE
50g dark chocolate, chopped small (ini dikurangkan men agak2 je coz ku bhg 2 adunan ni cheese ni)
300 gm Philadelphia cream cheese
50 g caster sugar
1/2 tablespoon Bird’s custard powder
2 large eggs
1 large egg yolks
90 ml sour cream
30-50 gm pistachio - roasted and crushed

1. To make the base, process the biscuits to make rough crumbs and then add the butter
2. Process again until it makes damp, clumping crumbs and then tip them into a 23cm springform tin. Press the biscuit crumbs into the bottom of the tin to make an even base, then add a layer of pistachio and drizzle the melted chocolate over it and put into the freezer while you make the filling.
3. Preheat the oven to gas mark 4/180ÂșC. Put a kettle on to boil. Melt the chocolate either in a microwave or double boiler, and set aside to cool slightly.
4. Beat the cream cheese to soften it, and then add the sugar and custard powder, beating again to combine. Beat in the whole eggs and then the yolks, and the sour cream. divide into two parts. add melted chocolate and pistachio to the first part.
5. Take the springform tin out of the freezer and line the outside of the tin with a good layer of clingfilm, and then another layer of strong foil over that. This will protect it from the water bath.
6. Sit the springform tin in a roasting pan and pour in the cheesecake filling - selang seli yek. Fill the roasting pan with just-boiled water to come about halfway up the cake tin, and bake in the oven for 45 minutes to an hour. The top of the cheesecake should be set, but the underneath should still have a wobble to it.
7. Peel away the foil and clingfilm wrapping and sit the cheesecake in its tin on a rack to cool. Put in the fridge once it’s no longer hot, and leave to set, covered with clingfilm, overnight. Let it lose its chill before unspringing the cheesecake to serve.

Monday, December 14, 2009

foto majlis kawin murni

my favorite foto.
ha ni lah pengantinnya...anak ke 3 my eldest sister, murni yanti. gambar berpayung tu sebelah murni tu seme sedara mara ku. jurumekap pun anak sedara ku gak, anak kakak no. 3 ku. mirna namanya. mirna masih belajar kat upm. so kalau ada student2 upm yg nak mekap gi majlis2 ke...boleh le contact si mirna ni rega pasti spesel utk student2 hehehe contact dia kat sini yek, wythmir_atienza89@yahoo.com
ni masa seme tengah in action..mirna tengah mekap murni, k/ipar ku tengah jahit tiara. yg lain2 tukang komen kik kik kik...mirna ngan syairah tolong murni pakai baju ie ikatkan korset etc. ku amik part tukang komen je...blusher tak cukup terang lah, lipstick kaler tak menarik lah kah kah kah.. niway each of us in the family ada kemahiran memasing. pendek kata if we are serious about it....kami boleh mulakan usahasama jadi wedding planner...dari catering, andaman, hiasan, kek seme ada yg berkebolehan hehehe. tapi belum lagi ada yg begitu serius dlm setiap bidang kemahiran memasing. cam ku gak le...meniaga kek just nak isi masa bukannya betui2 nak jadi usahawan kik kik kik kik.

ni plak cakes dan cuppies utk murni punya wedding cake. murni pilih nak kek ada buah stoberi or ceri. mula ku cari ceri tp bukan seasonnya lah...so cuma dpt stoberi je... atas skali vanilla sponge dgn stoberi filling, 2nd level ku wat blackforest and bwh skali cuppies chocolate moist dgn buttercream. kek besar tu ku guna whipping cream. tapi kek tu agak comot bila nak sampai masa nak letak atas tiers...ku tak tau le kenapa...tapi rasanya ianya terjadi coz ku salut stoberi dgn sugar syrup. sugar syrup tu mencair dan meleleh tepi2 kek. so ni lah pengajaran wat ku next time tak yah le nak salut2 buah tu...bior je dia se asli mungkin hehehe. sedih gak bila tengok kek jadi sememeh. namun...kek memang laku gilos...antara peminatnya adalah anak ku le..si irfan makan sampai 3 servings. haru betui.

ni plak door gift yg chak ku pesan. dia minta ku wat 600 pcs. so ku buat le campur2, buttercake, chocolate moist dgn muffin with fillings. dari 8 pagi ari jumaat tu ku start bakar...syairah tolong pack masuk bekas. kami settle seme dlm kol 3 pm. break sekejap pastu ku continue bakar kek kawin le plak, 2 biji kek dgn cuppies. siap kol 6 pm then continue masak dinner skit coz kakak ku, k/ros n family dan abg ku n family nak datang dinner umah ku malam tu. kak ros dari ipoh, abang plak dari kg. husband ku pun balik mlm tu gak...so memang bz giler ari jumaat tu. bila k/ros dan hubby ku dah sampai baru le kami dinner. lepas dinner dlm kol 9 pm lebih cengitu baru le aku start beat whip cream dan start letak filling utk 2 kek besar tu. then kol 10 pm lebih abg ku lak sampai. lepas derang dinner ku minta anak sedara ku athikah tolong buat kan ku punya cake tiers. tolong letakkan hiasannya. then kol 11 pm lebih ku tolong tunjuk jalan kat abg ku yg nak gi umah chak ku di puncak jalil. kat kol 1 am baru sampai umah balik. bgn 4.30 am...deko 2 biji kek tu then ku masuk tido balik sampai kol 6.30 am. bgn goreng nasi wat bekpas utk family ku dan family k/ros. then ku continue mekap cuppies dan susun stoberi atas kek. kol 11.30 am ari sabtu baru bertolak gi umah chak.



sebelum pengantin sampai..ku ngan anak2 sedara dan cucu sedara posing2 le dulu... yg dgn ku tu erni wife my nephew budiman, yg ada anak tu my niece eli kakak pengantin.


ha ni pengantin lama hehehe...mula amik gambar muka seposen je...terus anak sedara ku komplen apsal paksu muka garang je...last2 terus masing2 tergelak2...so ni lah hasilnya hahaha. wah...memang penat gilos ari tu... lewat ptg ku balik umah. dinner kami adalah lauk kenduri umah chak je...tido awal malam tu kepenatan hehehe.



ni plak gambar sedara mara yg turut hadir. mak ndak dan pak ndak pun ada. anak2 mak ndak yg tinggal di sekitar lembah kelang pun ada sama, k/hana and family, k/midah and family serta k/limah and family. fadli and family pun ada. fadli ni anak pakcik ku. pakcik and mak ndak ni adik2 mak ku. 2 orang dari adik2 pak ndak ku pun turut sama hadir iaitu pakcik harun and wife dan juga makteh aminah serta suami. pak ndak ni sepupu mak ku and he is married to adik mak ku. kenduri ni cam raya plak rasanya coz dpt jumpa kazen2. coz selalu jumpa kazen2 ni time2 raya je hehehe.

Thursday, December 10, 2009

sekitar majlis pernikahan my niece

my niece, murni, anak my eldest sister nikah last friday 4th dec 2009. i came back from kg ari rabu, khamis siapkan tempahan customer and that night started to bake cuppies and tart shell utk hantaran murni. friday morning siapkan dekorasi cuppies and filling fruit tarts. dua2 item ni...adalah item pertama kali ku buat hehehe. alhamdulillah it did turn out quite well. but still i don't like fruit tart hehehe. selain dari tu ku juga buat tiramisu cuppies and chocolate cuppies utk makan2 sama2 sedara2 ku.

murni nikah lepas asar. so kami kumpul kat umah my sister b4 asar. ku sempat gi amik my niece yg kat upm, athirah dulu seblm gi umah my sis, chak. kat umah chak, oh, ehsan, mirna dan erni dah pun ada. derang ni dtg dari ipoh a day before. my mum and my brother tak dtg. derang nanti datang masa kenduri 12/12 nih. sedara sebelah my bro in law pun ada yang datang all the way from batu pahat. so okay lah...ramai gak le kami kumpul kat umah chak.


ni lah wajah2 ceria ku dan keluarga ku, sebelah ku tu athirah, yg duduk plak dari kanan my niece mirna, kakak ku oh, kakak ku chak, murni yg dirai dan erni kakak ipar murni. family ku ramai pompuan. ramai anak sedara pompuan ku nih.. oh...anak2 were not in the photo coz dua2 tak mau di ambil gambar.


Wednesday, December 9, 2009

terkandas di tengah jalan

tgk lah rupa bebudak yg dah kebosanan akibat terkandas ditepi jalan, bas rosak beb...
hujan renyai2 ari tu ...ada rainbow hehehe..


ceritanya...ku rancang untuk balik drive sendiri dgn myvi ku tu bersama anak2 coz kata hubby dia tak dpt datang jemput kami di bbbangi. so ku plan untuk bertolak ke kampung awal pagi hari selasa 24hb november 2009. tapi tu lah kita merancang tuhan menentukan...tup tup lewat petang senin hubby called from penang...bagitau dia ada meeting kat putrajaya ari rabu so selasa after ofis dia akan drive balik sini. so ok lah...kami pun tunggu le dia. disebabkan kepenatan...hubby ku yg mulanya plan nak drive blk kg ari rabu petang, dibatalkan. kami bertolak balik dgn keta hubby ari khamis awal2 pagi. so pagi khamis tu hubby terus anto kami ke kampung ku di sungai acheh, then dia gi keja kat penang. so aritu ku buat persiapan sambut raya aidil adha dgn mak ku dan k/ipar ku dgn dibantu oleh anak2 ku dan juga anak2 sedara ku. menu stended sejak dulu kala lagi...buat ketupat pulut dgn ayam masak kuzi resipi mak ku. tapi kali ni ku yg tolong adun dan tumis but with guidance from my mom and my sil hehehe. for dinner plak ku buat sup tulang ngan daging masak cabai. after ofis baru hubby ku datang umah mak ku. so beraya le kami di sungai acheh. sempat le beraya ke rumah mak2 sedara ku, dan sempat le jumpa kazen2 yg selalu jumpa cuma time2 raya je hehehe.
hari sabtu plak awal pagi lagi kami dah bertolak ke alor star ke rumah my brother in law. my father in law ada kat sana. so beraya dgn derang kejap, pastu bawa my fil balik ke rumah dia di kubang semang. dia kena stay ngan kami anak branak for 3 days coz anak yg dok jaga dia balik beraya umah mertua di kelantan. ari rabu pepagi lagi hubby dah anto my fil ke rumah another bil coz ku anak2 branak nak balik ke bangi dgn menaiki bas ekspress. hubby amik tiket bas durian burung double decker kol 12.30 pm. tp kol 10.30 am kami dah kat bus stand coz hubby nak kena gi keja. nek bas dlm sejam lum sampai exit kuala kangsar...bas dah rosak...mula ingat rosak skit je...rupanya tak leh jalan...so kena le tunggu bas ganti. ingatkan bas ganti dtg dekat2 je...rupa2 nya datang dari alor start...pe lagi 3 jam le kami tersadai kat tepi jalan tu tunggu bas ganti...kol 6 pm baru le bas ganti dtg...tensen giler...hubby ku kata ku kena mandi bunga coz tiap kali nek bas mesti rosak kui kui kui...ku jawab balik..orang yg belikan tiket pun kena mandi bunga gak...coz 2 kali bas rosak tu dia yg belikan tiket muahahaha... masa tu ku bawa anak sedara ku, aiman sekali...nasib le sebaya irfan so derang tak le boring...macam2 derang buat kat tepi jalan tu...kumpul semut liar lah...kumbang lah...ada je lah aktiviti derang... kami sampai rumah kat kol 11 pm.
sampai umah tgk umah gelap...alamak pe hal ni...coz ku ada nyalakan lampu...rupa2 switch oto tu sudah jatuh...emmm mesti ada kilat nih...alamak bau busuk le...rupa2nya abis barang2 lam esbox rosak dan busuk...so smpai kol 1.30 am le ku ngan syairah dok kemas dan bersikah esbox tu...aduyaiiiiiiiii penatnyerrrrrrrrrrrr.
khamis esoknya tu ada tempahan, then friday nak kena wat hantaran utk my niece nak nikah petang tu...memang tensen giler masa tu...tapi alhamdulillah semuanya sempat siap...hehehe

Monday, November 23, 2009

apa2 aja

some of the orders i've accepted last weeks. though tak le byk but i was so so busy...coz i've accepted things that very tedious and took a lot of time to do...for example karipap. makan kejap je kan..harga pun murah je kalau compared to cupcake...but the time needed to make it...punya le lama...dari nak kupas ubi, potong ubi then masak the inti. dah tu tunggu inti sejuk dulu, baru le boleh uli tepung nya plak...nak kelim karipap tu satu2 pun makan masa...nak2 plak karipap pusing...double masa dia dari karipap biasa. dan sebab tu lah ku tak beriya amik tempahan karipap wpun permintaan amatlah menggalakkan. dan sebab tu juga lah ku tak letak or terima tawaran dari kedai frozen untuk letak kat kedai. for me karipap is a part time from my part time work (zanaz home biz) hehehe faham ke korang apa ku merepek nih???? so pada yg nak karipap make sure ur order is a week earlier yek. i normally make karipap on tuesday or wednesday. jadi ode at least 3-4 days before these tuesday yek. so i can plan my schedule.

this is irfan my 2nd and youngest son/child. we called him abang. with him is eva my cucu sedara. the story is hahahaha....irfan amik upsr tahun ni. and CONGRATULATION to him...he managed to get 4A 1B. though not a straight A's like his sister...but still i'm proud of him. not much hope on him...ni bukan apa...irfan budak yg sgt lasak. ulangkaji...adoiiii memang bergaduh le dgn mama dia nih. tu pun buat sekadar melepas batuk ditangga. pembetulan pun tak mau buat....suruh belajar...byk le songel dia...bukan ku marah dia, tapi dia yg marah ku...haru anak lelaki sorang ku nih..so bila dia dapat result tara ni pun...ku puas ati. the best part is..dia sendiri rasa ralat dgn 1B. ku ingat he never cared. rupanya ada rasa terkilan...emm i take it as a good sign...
the kelakar part...papa dia called tanya pasal result...i asked him to speak to irfan ...sekejap je cakap terus letak. cam weird je...petang bila papa dia balik...he asked again...irfan dpt apa, ku ckp le 4A1B dia cakap patut le sound happy. dia dengar 4B1A kuang kuang kuang. so petang tu gak...papa dia belikan hadiah... pe lagi kalau bukan handphone. so ni le hp nye.


masa lepas exam dia kata dia nak laptop kalau dpt 5As pastu berubah fikiran lak nak hp...tup tup sebelum result kuar, papa dia dpt free laptop so terus le irfan cakap if he gets good result nak hp. tu lah bebudak skarang...very demanding especially my son le hahaha. dinner lak papa dia belanja makan kat restoran saba' makan set lamb and chicken kabsah. irfan suka lamb kabsah. every month mesti nak makan kat situ. ku dah mula jemu dah nih... okay lah...next month ada lagi satu debaran.....pmr plak dub dab dub dab

Friday, November 20, 2009

dinner 20/11

dari petang tadi..ku dok asyik wat kukis tempahan dari sri. malas plak nak masak nasi and lauk2 segala. boring plak nak masak lauk...buntu kepala ku. lunch tadi pn ku beli aja. so dinner ku wat mushroom soup, pan toast garlic bread and oregano potato pastu tabur moza cheese skit. emm berselera kami 3 branak makan hehehe.

ni le rupa oregano potato yg di modified sana sini dari resipi asal. ku pun dah tak ingat camna resipi nya. tapi ku wat lebih krg cengini le
kentang di potong wedges dilumur skit garam
pastu kalau nak leh boh skit serbuk kari dan tpg gandum dan gaul rata. then goreng atau bakar sampai empuk, angkat dan tos.
pastu dadu bawang besar ngan potong cili kering skit.
skit kacang gajus or any kekacang yg suka le. goreng or toast dulu yek.
masukkan butter dlm kuali, dah panas tumis bawang besar, cili kering dan serbuk oregano/pizza seasoning sekejap je...then masukkan garam skit, then masukkan lah gajus dan kentang dan kacau rata, tutup api dan angkat. ni kira dah boleh makan dah ni. tapi nak glamer letak dlm casserole then grated mozarella ke cheddar ke parmesan cheese...mana2 yg korang suka le. then masuk oven bakar bior cis tu cair. then siap dah le...

sup cendawan yg simple. irfan baru je tau betapa senang nye ku wat mushroom soup. hehehe. potong cendawan kasar then masuk lam blender, masuk susu 500 ml then masuk abt 2-3 sdb tpg gandum dan blend. panas kan piyok dgn butter dan tumis bwg besar dadu. dah layu masukkan susu yg diblender tadi then tambah lagi susu atau air lbgkrg 300-500 ml lagik. dah nak menggelegak tambah garam, skit oregano or pizza seasoning dan lada itam. dah didih...leh tutup api dan sedia utk dihirup heehhe.

roti gardenia...ada 3 keping je...cian kat kami...kena le makan sorang sekeping hehehe.

Monday, November 16, 2009

kg kubang semang

ni gambar yg diambil masa ku balik kg hubby baru2 ni. ku ngan anak2 drive balik kg hubby pada 10/11/2009. pepagi selepas subuh dah kuar umah. sampai kg dlm kol. 10.45 am. balik kg coz mak mertua ku meninggal dunia pada 9/11/2009 around kol 4.30 ptg cengitu. tapi tu lah ku tak sempat pun nak tengok arwah coz beliau dikebumikan malam tu juga. nak buat camna tak ada rezeki ku nak jumpa or tengok dia sebelum dikebumikan. ku cuma sempat jumpa dia masa ku balik kg 3 minggu sebelum tu...masa melawat arwah di hospital di alor star. according to my hubby, pengebumian beliau berjalan dengan lancar sekali, syukur alhamdulillah. al fatihah buat arwah. buat yg belum mengetahui, arwah my mil ni sakit sebenarnya. a month ago she was diagnosed with growth in her stomach. growth ni kira cancer le...posisi ketumbuhan ni menolak usus dan menyebabkan arwah tidak boleh makan minum dgn byk coz ia seakan macam ada angin yg menolak. at the same time hati dia pun dah diserang dgn virus cancer tu, paru2 nya pun berkuman kata doktor dan keadaan jantungnya pun tak elok. at the same time dalam hidung arwah pun ada ketumbuhan yg dipanggil polyps dan ketumbuhan ni plak menyebabkan beliau tidak boleh bernafas melalui hidung so dia guna mulut untuk bernafas. she was hospitalised for about 13 days kot...then doktor advice bawa balik je coz nothing they cld do coz her condition tak mengizinkan. so after three weeks kat umah her eldest son...arwah pun menghembus nafasnya yg terakhir.
gambar ni suasana anak2 sedara bila berkumpul...macam2 kerenah. kami berada di kg sampai pagi khamis je. kol 8.30 pagi ku dan anak2 dah drive balik bangi balik manakala hubby ku plak bertolak t/hari dari ofis dia. tak tunggu sampai weekend kat kampung coz hubby ada meeting kat jpm, putrajaya ari jumaat.

Saturday, November 7, 2009

ngomelan ku

ni antara yg ku wat minggu ni. ku rilex dari ahad sampai rabu. coz masa tu hubby pun ada kat umah...kerja2 yg ku patut buat pun ku postponed hehehe. ni lah bila dok berjauhan...ada masa bersama....kena le cuba spend sebaik mungkin...but this kind arrangement dah mula make me feel unhappy. but due to some reasons...kami masih lagi dlm perbincangan...samada nak stay together or to maintain this kind of life untuk sedikit masa lagi. ni lah yg dikatakan idup penuh cabaran dan dugaan kan...

lately ni gak...ku agak kurang ceria dlm mendekorasi kek ...ntah lah napa...tapi bila tanggung jawab telah diberikan oleh para pelanggan yg masih sudi berurusniaga dgn ku...ku usahakan juga.
ni blueberry cheese brownies yg di ode oleh hajar. tak tau le yg ni cam na dalamnya. tapi yg first batch ku wat...agak berat jadinya. ku tak jadi bagi kat hajar yg first batch coz agak hangus atasnya so ku bake another one for hajar. harap2 yg ku buat utk hajar ni jadi elok browniesnya. hajar ni baru je mula tempah ngan ku lepas raya aritu, since then...boleh kata every week she will order something from me. bermula dgn bb cistat, pastu dia lekat dgn karipap frozen le plak hehehe. thank you hajar.

ni kelas wilton yg ku pergi. kelakar...cashier kat yummie tu kehairanan. coz dia dah tau...ku dah lama meniaga kek dan kukis. tapi dia hairan ku baru je nak join kelas wilton kik kik kik. ku pun tak tau le napa ke attend...mungkin sebab ada recognized sijil, lagipun ku tak banyak attend kelas...ada 3 kelas je ku pernah attend kelas deko cake ni so far. jadi knowledge ku dlm dekorasi kek very very limited...dan ku dah mula bosan dgn what i've been decorating selama ni...so need to expand my knowledge and skills. though the class fee is considered expensive...but yg buat ku join coz depan rumah je hehehe...5 minit sebelum kelas pun leh sampai right on time kat kelas kan hehehe. and boleh confirm nak join kelas last minit ...so very very convinient to me. balik dari kelas tadi sempat lagi deko sebiji kek dora utk my fren ita. cuma sori ita, k/ros tak gi tadi party eli...k/ros dah tak larat sangat.
semalam petang bakar blueberi cis bronis utk hajar, pakej kek doll + cuppies, tat shell and 9" cake then gentel karipap and rebus makaroni. dah siap gentel karipap ku terus mula layered doll cake dgn coklat the terus iced and decorated it. dah siap terus continue dgn cuppies and siap kol 1.45 am. kol 2.15 am baru masuk tido. bgn kol 6.30 terus mula godek cis utk cistat, then continue dgn buat bekpas ( goreng karipap je pun hehehe) , then buat gratin...sambil2 tu did the laundry. kol 11 masitah datang amik doll cake, cuppies, kpap frozen dan gratin. then ku bakar bb cistat dan packed it. then ita called that her order for bday cake is confirmed. so i iced it letak dlm fridge. kol 11.50 am ku gi yummie utk attend kelas wilton. came back at 2.00 pm and continued decorating the bday cake dan siap just 15 mins before 4 pm hehehe. dah siap cuci2 seme utensils...pe lagi nek atas...terus landing....
had dinner at wong solo...emm maybe ni le the first and the last time ku gi situ kot. coz makanan tu tak sesuai dgn citarasa anak2 ku. ku gi situ pun coz ku nak terai ayam penyet...tak penah makan...so nak tau le camne rasanya...biasa saja to my taste. anak2 ku ni bukannya pandai makan or pemakan....so payah le skit...paling senang fast food je hehehe.


Wednesday, November 4, 2009

tempahan

antara tempahan2 lepas raya . layan je lah....

Tuesday, November 3, 2009

hani 5th bday

2 biji ni bday cake untuk hani erina. anak adik angkat ku fiza razali. niway hani ni juga anak belaan ku juga hehehe. kat 3 thn gak ku babysit dia. tapi skarang bukan main sombong lagi ngan ku. bday hani ari ahad. nak dua biji kek, satu barbie doll, satu minnie mouse. so ni lah hasilnya. barbie doll guna chocolate moist cake dan minnie mouse plak carrot walnut dgn cream cheese icing. ku deco barbie punya le lama mcam dahsyat sgt...dari kol 10.30 mlm pai kol 2 pagi. walhal hasilnya simple je pun...nampak sgt terheget2 betui ku bila part deko2 kek nih.







my first time tgk kek barbie kena potong hehhe...skirt nya telah dimakan separuh kui kui kui

kek minnie mouse plak ku start deco pagi. dah settle minnie mouse terus ku start bancuh roti jala lak..fiza kata anjang request nak roti jala. alahaiiiii...ku dah lama benor tak buat...mula cam nak mengelat je buat roti jala ni...tapi cian lak kat derang. so buat gak le. nasib kari fiza yg buat sendiri. dah siap bancuh dan jala dlm 10 ketui...alamakkkkkkkk gas habis. dua2 tong kosong. minta delivery kat kedai tak leh wat...yg leh anto nak anto lagi 1 jam. ku dah kesuntukan masa...last2 angkat besen masuk kete gi umah fiza le. so sambung le ku menjala kat umah fiza. nasib le customer adik sendiri kalau tak haru gak hehehe. lewat petang hubby dah balik dari kursus baru le dia gi tukar dua2 tong gas.

lepas siap wat roti jala...mula plan nak balik mandi manda dulu baru nak join parti hani...tapi dah kemalasan...so fiza je gi umah ku amik kek barbie dan juga amik syairah. ku attended parti hani dgn tshirt yg comot dan rupa yg kusut masai...kui kui kui.

ni hani and kawan2...beriya nak kek sampai dua...tapi muka monyok je bila dok depan kek...ni kes malu le nih...hani pemalu orangnya hehehe.

ni pun rupa tak puas ati, coz ku nak amik gambar dia ngan syairah...


Tuesday, October 27, 2009

gambar beraya

as usual ku malas tol kuar kamera bila gi open hse. cuma masa kat umah nani je tingat nak amik gambar. tu pun coz dok tgk loyot amik gambar. sesetengah gambar ni ku amik dari fb loyot je. minta halal yek loyot.


ni kat umah nani...dgn geng2 yg sama2 penah dok jepun. some of them adalah jiran ku. seme wanita2 ni kecuali yg berselendang pink tu, adalah isteri2 kepada kawan2 satu batch ptd hubby ku. kebetulan sama2 gi further study kat jepun. every year...nani (yg baju kurung pink tu) dan agos je lah yg rajin dok wat open hse dan invite kawan yg seangkatan. so dah few years umah dia je lah port kita org bergather2 hehehe. mulanya this year ku pun plan nak wat open hse cum gathering gak...tapi terpaksa dibatalkan coz my mil masuk hospital masa tu. insyaalah di lain masa kalau ada rezeki dpt lah bergather2.
ni irfan, zulfar dan azfar kat luar ...apa derang buat ngan ikan2 pak agos dlm kolam tu pun tak tau le...jgn pening dah le ikan2 tu hehehe.

dari kiri: mazni, faridah, ros, nani dan nik


wah borak sakan pak agos, pak man dan pok cik ni...almaklumlah jarang dpt berbual santai. kalau ketemu masa majlis formal je le kot.

ni kami gi beraya kat umah Md. sorang lagi batch hubby ku yg tiap2 tahun tak pernah miss wat open hse dan tak pernah miss invite kami hehehe. kat gambar tu pak man, pak agos, md selaku tuan umah tgh sambut pok cik yg baru sampai. yg membelakang kamera tu ku tak pasti siapakah gerangannya.

ni kat umah ita norhad. masa tu my hubby tak balik lagi so ku gi dgn nik. ita tinggal setaman dgn ku cuma berlainan jalan je. dr kiri: ita (tuan rumah, nik, zaidah dan ros (nama rasmi ni... hehehe)