PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Friday, December 18, 2009

apam gula hangus


APAM GULA HANGUS

150g Gula Castor
100ml Air panas
70g Mentega ~ dicairkan
75ml Susu cair
1 biji Telur ~ dipukul sedikit
150g Tepung ~
1 sudu kecil Bicarbonate Soda ~ Ayak
Secubit garam ~
75g Gula Castor

Panaskan kukusan.
Cairkan 150g gula castor dengan api perlahan. Jangan sampai hangus nanti pahit.
Setelah gula cair, tuangkan air panas perlahan-lahan. ~berhati-hati ye~
Kacau rata di atas api sehingga mendidih dan menjadik sirap gula. Tutup api dan biarkan sejuk.
Setelah sejuk, masukkan mentega cair, susu cair dan telur.. Kacau rata.
Campurkan bersama tepung, soda bikarbonat, garam dan 75g gula. Buatkan lubang ditengah adunan dan curahkan sirap gula perlahan-lahan. Kacau rata. Kukus.

3 comments:

  1. lama tak makan.. nak buat malas.. heheee

    ReplyDelete
  2. Berbunyi terus perut mama tengok kuih apam gula hangus Zana ni...

    ReplyDelete