PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Tuesday, September 10, 2013

KEK GULA HANGUS

kek gula hangus 
1 cwn gula pasir 1 cawan air panas 2 sdb mentega/marjerin
Gula digoreng dengan api sederhana hingga gula cair dan jadi gula hangus.
slowly masukkan air panas dan kacau hingga cair. 
Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan
***( ha...jgn lupa langkah2 keselamatan semasa nak masukkan air panas tu...sebabnya takut gula terpercik dan kena tangan atau muka makanya berhati2 lah...pakai lah glove and berdiri agak jauh yek... )
4 biji telor 1 cawan susu pekat 1 cawan tepung gandum 2 sdt soda bikarbonat 1 sdt esen vanila
Pukul telor hingga kembang. 
kemdian masukkan susu dan kacau sebati. 
Pas tu masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bikarbonat sedikit demi sedikit. jgn lupa masukkan esen vanila.
Last sekali masukkan gula hangus tadi. 
pastikan loyang dilengserkan dgn mentega dan dilapik kertas, pastu masuk adunan ke dlm loyang dan perap selama 3-4 jam untuk mendapatkan sarang yang cantik. 
Bakar pada suhu 160 C selama 60 minit and then pada 200 C selama 30-40 minit. ( ini terpulang...sebab kek dah masak elok dah masak first 60 minit tu)

No comments:

Post a Comment