PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Monday, November 23, 2009

apa2 aja

some of the orders i've accepted last weeks. though tak le byk but i was so so busy...coz i've accepted things that very tedious and took a lot of time to do...for example karipap. makan kejap je kan..harga pun murah je kalau compared to cupcake...but the time needed to make it...punya le lama...dari nak kupas ubi, potong ubi then masak the inti. dah tu tunggu inti sejuk dulu, baru le boleh uli tepung nya plak...nak kelim karipap tu satu2 pun makan masa...nak2 plak karipap pusing...double masa dia dari karipap biasa. dan sebab tu lah ku tak beriya amik tempahan karipap wpun permintaan amatlah menggalakkan. dan sebab tu juga lah ku tak letak or terima tawaran dari kedai frozen untuk letak kat kedai. for me karipap is a part time from my part time work (zanaz home biz) hehehe faham ke korang apa ku merepek nih???? so pada yg nak karipap make sure ur order is a week earlier yek. i normally make karipap on tuesday or wednesday. jadi ode at least 3-4 days before these tuesday yek. so i can plan my schedule.

this is irfan my 2nd and youngest son/child. we called him abang. with him is eva my cucu sedara. the story is hahahaha....irfan amik upsr tahun ni. and CONGRATULATION to him...he managed to get 4A 1B. though not a straight A's like his sister...but still i'm proud of him. not much hope on him...ni bukan apa...irfan budak yg sgt lasak. ulangkaji...adoiiii memang bergaduh le dgn mama dia nih. tu pun buat sekadar melepas batuk ditangga. pembetulan pun tak mau buat....suruh belajar...byk le songel dia...bukan ku marah dia, tapi dia yg marah ku...haru anak lelaki sorang ku nih..so bila dia dapat result tara ni pun...ku puas ati. the best part is..dia sendiri rasa ralat dgn 1B. ku ingat he never cared. rupanya ada rasa terkilan...emm i take it as a good sign...
the kelakar part...papa dia called tanya pasal result...i asked him to speak to irfan ...sekejap je cakap terus letak. cam weird je...petang bila papa dia balik...he asked again...irfan dpt apa, ku ckp le 4A1B dia cakap patut le sound happy. dia dengar 4B1A kuang kuang kuang. so petang tu gak...papa dia belikan hadiah... pe lagi kalau bukan handphone. so ni le hp nye.


masa lepas exam dia kata dia nak laptop kalau dpt 5As pastu berubah fikiran lak nak hp...tup tup sebelum result kuar, papa dia dpt free laptop so terus le irfan cakap if he gets good result nak hp. tu lah bebudak skarang...very demanding especially my son le hahaha. dinner lak papa dia belanja makan kat restoran saba' makan set lamb and chicken kabsah. irfan suka lamb kabsah. every month mesti nak makan kat situ. ku dah mula jemu dah nih... okay lah...next month ada lagi satu debaran.....pmr plak dub dab dub dab

Friday, November 20, 2009

dinner 20/11

dari petang tadi..ku dok asyik wat kukis tempahan dari sri. malas plak nak masak nasi and lauk2 segala. boring plak nak masak lauk...buntu kepala ku. lunch tadi pn ku beli aja. so dinner ku wat mushroom soup, pan toast garlic bread and oregano potato pastu tabur moza cheese skit. emm berselera kami 3 branak makan hehehe.

ni le rupa oregano potato yg di modified sana sini dari resipi asal. ku pun dah tak ingat camna resipi nya. tapi ku wat lebih krg cengini le
kentang di potong wedges dilumur skit garam
pastu kalau nak leh boh skit serbuk kari dan tpg gandum dan gaul rata. then goreng atau bakar sampai empuk, angkat dan tos.
pastu dadu bawang besar ngan potong cili kering skit.
skit kacang gajus or any kekacang yg suka le. goreng or toast dulu yek.
masukkan butter dlm kuali, dah panas tumis bawang besar, cili kering dan serbuk oregano/pizza seasoning sekejap je...then masukkan garam skit, then masukkan lah gajus dan kentang dan kacau rata, tutup api dan angkat. ni kira dah boleh makan dah ni. tapi nak glamer letak dlm casserole then grated mozarella ke cheddar ke parmesan cheese...mana2 yg korang suka le. then masuk oven bakar bior cis tu cair. then siap dah le...

sup cendawan yg simple. irfan baru je tau betapa senang nye ku wat mushroom soup. hehehe. potong cendawan kasar then masuk lam blender, masuk susu 500 ml then masuk abt 2-3 sdb tpg gandum dan blend. panas kan piyok dgn butter dan tumis bwg besar dadu. dah layu masukkan susu yg diblender tadi then tambah lagi susu atau air lbgkrg 300-500 ml lagik. dah nak menggelegak tambah garam, skit oregano or pizza seasoning dan lada itam. dah didih...leh tutup api dan sedia utk dihirup heehhe.

roti gardenia...ada 3 keping je...cian kat kami...kena le makan sorang sekeping hehehe.

Monday, November 16, 2009

kg kubang semang

ni gambar yg diambil masa ku balik kg hubby baru2 ni. ku ngan anak2 drive balik kg hubby pada 10/11/2009. pepagi selepas subuh dah kuar umah. sampai kg dlm kol. 10.45 am. balik kg coz mak mertua ku meninggal dunia pada 9/11/2009 around kol 4.30 ptg cengitu. tapi tu lah ku tak sempat pun nak tengok arwah coz beliau dikebumikan malam tu juga. nak buat camna tak ada rezeki ku nak jumpa or tengok dia sebelum dikebumikan. ku cuma sempat jumpa dia masa ku balik kg 3 minggu sebelum tu...masa melawat arwah di hospital di alor star. according to my hubby, pengebumian beliau berjalan dengan lancar sekali, syukur alhamdulillah. al fatihah buat arwah. buat yg belum mengetahui, arwah my mil ni sakit sebenarnya. a month ago she was diagnosed with growth in her stomach. growth ni kira cancer le...posisi ketumbuhan ni menolak usus dan menyebabkan arwah tidak boleh makan minum dgn byk coz ia seakan macam ada angin yg menolak. at the same time hati dia pun dah diserang dgn virus cancer tu, paru2 nya pun berkuman kata doktor dan keadaan jantungnya pun tak elok. at the same time dalam hidung arwah pun ada ketumbuhan yg dipanggil polyps dan ketumbuhan ni plak menyebabkan beliau tidak boleh bernafas melalui hidung so dia guna mulut untuk bernafas. she was hospitalised for about 13 days kot...then doktor advice bawa balik je coz nothing they cld do coz her condition tak mengizinkan. so after three weeks kat umah her eldest son...arwah pun menghembus nafasnya yg terakhir.
gambar ni suasana anak2 sedara bila berkumpul...macam2 kerenah. kami berada di kg sampai pagi khamis je. kol 8.30 pagi ku dan anak2 dah drive balik bangi balik manakala hubby ku plak bertolak t/hari dari ofis dia. tak tunggu sampai weekend kat kampung coz hubby ada meeting kat jpm, putrajaya ari jumaat.

Saturday, November 7, 2009

ngomelan ku

ni antara yg ku wat minggu ni. ku rilex dari ahad sampai rabu. coz masa tu hubby pun ada kat umah...kerja2 yg ku patut buat pun ku postponed hehehe. ni lah bila dok berjauhan...ada masa bersama....kena le cuba spend sebaik mungkin...but this kind arrangement dah mula make me feel unhappy. but due to some reasons...kami masih lagi dlm perbincangan...samada nak stay together or to maintain this kind of life untuk sedikit masa lagi. ni lah yg dikatakan idup penuh cabaran dan dugaan kan...

lately ni gak...ku agak kurang ceria dlm mendekorasi kek ...ntah lah napa...tapi bila tanggung jawab telah diberikan oleh para pelanggan yg masih sudi berurusniaga dgn ku...ku usahakan juga.
ni blueberry cheese brownies yg di ode oleh hajar. tak tau le yg ni cam na dalamnya. tapi yg first batch ku wat...agak berat jadinya. ku tak jadi bagi kat hajar yg first batch coz agak hangus atasnya so ku bake another one for hajar. harap2 yg ku buat utk hajar ni jadi elok browniesnya. hajar ni baru je mula tempah ngan ku lepas raya aritu, since then...boleh kata every week she will order something from me. bermula dgn bb cistat, pastu dia lekat dgn karipap frozen le plak hehehe. thank you hajar.

ni kelas wilton yg ku pergi. kelakar...cashier kat yummie tu kehairanan. coz dia dah tau...ku dah lama meniaga kek dan kukis. tapi dia hairan ku baru je nak join kelas wilton kik kik kik. ku pun tak tau le napa ke attend...mungkin sebab ada recognized sijil, lagipun ku tak banyak attend kelas...ada 3 kelas je ku pernah attend kelas deko cake ni so far. jadi knowledge ku dlm dekorasi kek very very limited...dan ku dah mula bosan dgn what i've been decorating selama ni...so need to expand my knowledge and skills. though the class fee is considered expensive...but yg buat ku join coz depan rumah je hehehe...5 minit sebelum kelas pun leh sampai right on time kat kelas kan hehehe. and boleh confirm nak join kelas last minit ...so very very convinient to me. balik dari kelas tadi sempat lagi deko sebiji kek dora utk my fren ita. cuma sori ita, k/ros tak gi tadi party eli...k/ros dah tak larat sangat.
semalam petang bakar blueberi cis bronis utk hajar, pakej kek doll + cuppies, tat shell and 9" cake then gentel karipap and rebus makaroni. dah siap gentel karipap ku terus mula layered doll cake dgn coklat the terus iced and decorated it. dah siap terus continue dgn cuppies and siap kol 1.45 am. kol 2.15 am baru masuk tido. bgn kol 6.30 terus mula godek cis utk cistat, then continue dgn buat bekpas ( goreng karipap je pun hehehe) , then buat gratin...sambil2 tu did the laundry. kol 11 masitah datang amik doll cake, cuppies, kpap frozen dan gratin. then ku bakar bb cistat dan packed it. then ita called that her order for bday cake is confirmed. so i iced it letak dlm fridge. kol 11.50 am ku gi yummie utk attend kelas wilton. came back at 2.00 pm and continued decorating the bday cake dan siap just 15 mins before 4 pm hehehe. dah siap cuci2 seme utensils...pe lagi nek atas...terus landing....
had dinner at wong solo...emm maybe ni le the first and the last time ku gi situ kot. coz makanan tu tak sesuai dgn citarasa anak2 ku. ku gi situ pun coz ku nak terai ayam penyet...tak penah makan...so nak tau le camne rasanya...biasa saja to my taste. anak2 ku ni bukannya pandai makan or pemakan....so payah le skit...paling senang fast food je hehehe.


Wednesday, November 4, 2009

tempahan

antara tempahan2 lepas raya . layan je lah....

Tuesday, November 3, 2009

hani 5th bday

2 biji ni bday cake untuk hani erina. anak adik angkat ku fiza razali. niway hani ni juga anak belaan ku juga hehehe. kat 3 thn gak ku babysit dia. tapi skarang bukan main sombong lagi ngan ku. bday hani ari ahad. nak dua biji kek, satu barbie doll, satu minnie mouse. so ni lah hasilnya. barbie doll guna chocolate moist cake dan minnie mouse plak carrot walnut dgn cream cheese icing. ku deco barbie punya le lama mcam dahsyat sgt...dari kol 10.30 mlm pai kol 2 pagi. walhal hasilnya simple je pun...nampak sgt terheget2 betui ku bila part deko2 kek nih.







my first time tgk kek barbie kena potong hehhe...skirt nya telah dimakan separuh kui kui kui

kek minnie mouse plak ku start deco pagi. dah settle minnie mouse terus ku start bancuh roti jala lak..fiza kata anjang request nak roti jala. alahaiiiii...ku dah lama benor tak buat...mula cam nak mengelat je buat roti jala ni...tapi cian lak kat derang. so buat gak le. nasib kari fiza yg buat sendiri. dah siap bancuh dan jala dlm 10 ketui...alamakkkkkkkk gas habis. dua2 tong kosong. minta delivery kat kedai tak leh wat...yg leh anto nak anto lagi 1 jam. ku dah kesuntukan masa...last2 angkat besen masuk kete gi umah fiza le. so sambung le ku menjala kat umah fiza. nasib le customer adik sendiri kalau tak haru gak hehehe. lewat petang hubby dah balik dari kursus baru le dia gi tukar dua2 tong gas.

lepas siap wat roti jala...mula plan nak balik mandi manda dulu baru nak join parti hani...tapi dah kemalasan...so fiza je gi umah ku amik kek barbie dan juga amik syairah. ku attended parti hani dgn tshirt yg comot dan rupa yg kusut masai...kui kui kui.

ni hani and kawan2...beriya nak kek sampai dua...tapi muka monyok je bila dok depan kek...ni kes malu le nih...hani pemalu orangnya hehehe.

ni pun rupa tak puas ati, coz ku nak amik gambar dia ngan syairah...