PENGUMUMAN
ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/
Saturday, January 19, 2013
Sunday, January 13, 2013
my doter
kisah my doter 2012 - nursyairah
tahun 2012 dia tunggu result spm. tak buat apa2 pun kecuali makan tido and nonton tv or dgn computer hahaha. nasib biar dia rehat masa tu, skarang dah dok struggle balik dgn study hehehe.
11 0r 12 hari sebelum keputusan SPM di umumkan Syairah ikut trip ke Jepun tajaan Jenesys. Pemilihan plak melalui ALEPS (alumni student study kat jepun), utk anak2 Aleps. Alhamdulillah Syairah berjaya mengikuti trip ni. Trip ni derang di bawa ke tempat tsunami aritu kat Miyagi utk melihat sendiri keadaan di sana selepas tsunami. Seronok le kakak gi sana coz dia masih boleh berbahasa jepun, dia kan sekolah kat sana dari year 1 to year 3. dia balik sampai KLIA, pada hari keputusan SPM diumumkan. so tak le amik kat sekolah, coz kami dah pergi ke KL utk amik dia.
the next day baru gi bawa dia amik result SPM. berdebar2 ku, jumpa her english teacher, and she helped to find her result, and she was happy to see that Syairah dapat all As (9A je pun, dan A macam2 ada; A+, A, A- hehehe). bergenang air mata kegembiraan ku bila tahu dia dpt result camtu. syukur pada Allah, alhamdulillah, berkat usaha dia, doa kami sebagai ibu bapa, berkat ilmu dari para guru dia berjaya.
lepas tu bermula le episod, permohonan ke ipta/ipts dan juga permohonan biasiswa. syairah ni jenis tak kisah. dia tak ada cita2 pun , dia tak tau nak jadi apa or belajar kat mana, dia just bagi tau apa yg dia tak suka je. so based on that, mama ni la sibuk cari scholarship utk dia sambung belajar. apply mcam2 scholarship. utk ke jepun sahaja ku apply 3, embassy, jpa dan jad. kenapa apply ke jepun? coz kami suami isteri sepakat rasa dia patut mendalami lagi bahasa jepun, sayang kalau bahasa yg dia tau dan ada sedikit tu tak dikembangkan. dari segi strategi plak, kemahiran berbahasa jepun itu kami gunakan sebagai kelebihan utk dia apply scholarship ke sana. at the same time ipta pun apply juga, UTP pun apply juga.
syairah dapat interview ke UTP (without scholarship), interview scholarship ke jepun program JAD dan juga interview scholarship ke jepun tajaan JPA. dan alhamdulillah rezeki dia murah, dia dapat semua ni. plus dapat matriks dekat penang, and uitm penang, course kejuruteraan. masa tu resul JAD dan JPA kuar lagi. keputusan ke UTP dah dapat utk course IT, so my hubby decided nak hantar ke UTP dulu. so masuk le syairah ke UTP. di sana dpt jumpa her best fren masa dok jepun dulu, Siti. dan derang dok sebilik. kebetulan fakulti pun sama hehehe. tapi tu lah baru masuk minggu suaikenal 3 ari, dah dapat panggilan kemasukan ke program JAD utk ke Jepun, kursus electrical engineering 3+2, 3 thn di malaysia buat bahasa jepun dan diploma kejuruteraan dan 2 thn di jepun utk degree tahun 3 dan 4. hari ke 5 di UTP kami gi amik dan bawa balik coz nak gi register ke JAD plak hehehe. Dah siap packing segala barang ke JAD, malam sebelum bertolak, keputusan biasiswa ke jepun tajaan JPA plak kuar, bila check, dapat juga huhuhu 2 tahun buat bahasa di pusat bahasa kat KL dan 4 tahun buat degree di jepun. terus tanya dia...nak yang mana? nak lama di jepun or lama di malaysia? dia jawab. alah pi ja yg dah nak pi ni, pi mai pi mai akhirnya ke jepun jugakkan. so ok le tolak JPA dan teruskan ke JAD. JAD plak buat kat KKTM Beranang. derang tak ada building sendiri so share building dgn KKTM. skarang syairah sedang bertungkus lumus belajar di sana. course 3 thn kat mesia ni memang sangat 'taihen'. mudah2an syairah berjaya dgn cemerlang dan berjaya meneruskan ke degree di jepun nanti. amiin.
beberapa bulan selepas masuk JAD, kak nampak kurus skit hehehe
ni masa registration...dua2 chubby hahaha.
syairah dan siti masa kat UTP.
kat bawah ni seme gambar2 masa trip dia ke jepun. layan je.
dgn kakak angkat dia, sorang tu kawan kakak angkat dia.
Subscribe to:
Posts (Atom)