PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Thursday, October 17, 2013

NASI AYAM

resipi ni yg kami share bersama masa di jepun dulu. tak tau resipi ni datang dari siapa. tapi compilation ni ku dapat dari Fiza. maybe dari Zaidah ku dapat resipi ni.

AYAM

1 ekor ayam
halia  & bawang putih  - dikisar
sup bunjut
serai diketuk
kulit kayu manis & bunga lawang
garam

Ayam direbus bersama bahan2 diatas hingga ayam empuk.

Keluarkan ayam dan perap bersama bahan perapan:

Bawang merah, bawang putih & halia   - dikisar
Lada Hitam
Sos Tiram
Kicap manis & kicap cair
Madu
garam jika perlu

perap selama sejam. goreng ayam.

NASI

Butter
Halia, bawang putih & bawang merah/besar - dikisar
air rebusan ayam
kunyit
daun pandan
garam

Panas kan butter
Tumis bahan kisar hingga agak keperangan
Masukkan air rebusan dan sedikit kunyit
perasakan dgn garam
masukkan dlm periuk nasi dan masak seperti biasa.

SUKATAN : 4 POT BERAS : 5 - 6 POT AIR

SOS CILI
kisar bawang besar, bwg putih, halia, cili merah and buah tomato
masukkan dlm piyok and jerang sampai gelagak
tambahkan garam, gula dan tomato sos.

SOS KICAP
panaskan butter
tumis bawang putih yg diketuk
masukkan kicap dan lebihan perapan ayam
jerang sampai didih.

SOUP - optional.
klu tak nak tumis pun tak apa. just guna air rebusan dgn hanya menambah daun sup dan bawang goreng.

Tumis bwg besar dan bawang putih yg dikisar
masukkan air rebusan ayam
reneh atas api kecil
dan tabur daun sup





LASAGNA

ni resipi simple lasagna.



ku guna lasagna instant sheet brand san remo
mozarella cheese utk topping atas jgn lupa yek.

SOS SPAGETTI FROM SCRATCH

1 tin Leggo's tomato puree ( brand apa pun xapa dan xsemesti nya puree..yg whole tomato pun ok gak)
1 pack minced beef azmy/ramly
5 sdb besar sos tomato
1 ketul kiub pati ayam
3 sdb besar cili kisar - optional, jika mau skit pedas. tak letal pun xapa.
1 labu bawang besar - didadu
2 ulas bwg putih - dicincang
3 sdb besar butter/ myk zaitun
2 sdt mixed herbs atau pizza herbs atau oregano
sedikit lada hitam tumbuk kasar
garam dan gula secukup rasa

  1. panaskan butter/myk zaitun
  2. tumis bawang putih hingga naik bau
  3. masukkan bawang besar dan biar layu
  4. masukkan cili kisar dan tumis hingga garing
  5. masukkan daging cincang dan biar hingga agak kering airnya.
  6. masukkan tomato puri, sos tomato dan mixed herb/pizza herbs/oregano
  7. masukkan kiub pati ayam dan lada hitam (ditumbuk kasar/serbuk pun ok, tak boh pun ok)
  8. masak hingga didih
  9. perasakan dgn garam dan gula.
  10. kacau sebati seketika dan tutup api.

SOS SPAGETTI - INSTANT

1 - 2 tin/botol sos spagetti kimball or any other brand
1 labu bwg besar
3 sdb butter/myk zaiton
1 peket minced beef
3 sdb cili kisar ( optional jika mau skit pedas)
garam & gula

  1. panaskan butter/myk zaitun
  2. tumis bawang besar yg didadu
  3. masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
  4. masukkan daging cincang dan biar hingga agak kering airnya.
  5. masukkan sos spagetti
  6. kacau sebati
  7. perasakan dgn garam dan gula jika perlu.


WHITE SAUCE

3 sdb butter
3 sdb tepung gandum
3 cawan susu UHT
2 keping cheese slice
1 sdb mozarella cheese
garam secukup rasa

  1. panaskan butter dalam piyok
  2. masukan tepung gandum dan kacau rata.
  3. masukkan susu sedikit demi sedikit dan kacau sebati
  4. masak hingga pekat
  5. masukkan kedua jenis cheese dan kacau hingga cheese cair.
  6. perasakan dgn garam.
  7. tutup api.

ASSEMBLING

  1. letak sikit sos spagetti atas dulang pembakar
  2. susun lasagna sheet atas sos tersebut. 
  3. letak sos spagetti atas lasagna sheet 
  4. then letak sos putih
  5. then letak lasagna sheet 
  6. then sos spagetti
  7. then sos putih.
  8. ulang ikut suka ati nak brapa layer. normally ku just letak 3 layer of lasagna sheet.
  9. lepas sheet terakhir lasagna (yg atas skali) letak sos putih dan tabur mozarella cheese.

panaskan oven 150 Celcius.
Bakar selama 25 min.
Then naikkan suhu pada 170 Celcius
Bakar lagi selama 10 min or hingga cheese kekuningan.


NOTES/TIPS
  • lasagna sheet TIDAK PERLU di rebus terlebih dahulu.
  • tapi pastikan lapisan sos spagetti tu meliputi lasagna sheet.
  • lasagna sheet perlukan moisture dari sos spagetti & sos putih utk lembut.




Tuesday, September 10, 2013

APAM GULA HANGUS

APAM GULA HANGUS

150g Gula Castor
100ml Air panas
70g Mentega ~ dicairkan
75ml Susu cair
1 biji Telur ~ dipukul sedikit
150g Tepung ~
1 sudu kecil Bicarbonate Soda ~ Ayak
Secubit garam ~
75g Gula Castor

Panaskan kukusan.
Cairkan 150g gula castor dengan api perlahan. Jangan sampai hangus nanti pahit.
Setelah gula cair, tuangkan air panas perlahan-lahan. ~berhati-hati ye~
Kacau rata di atas api sehingga mendidih dan menjadik sirap gula. Tutup api dan biarkan sejuk.
Setelah sejuk, masukkan mentega cair, susu cair dan telur.. Kacau rata.
Campurkan bersama tepung, soda bikarbonat, garam dan 75g gula. Buatkan lubang ditengah adunan dan curahkan sirap gula perlahan-lahan. Kacau rata.
Kukus.




KEK GULA HANGUS

kek gula hangus 
1 cwn gula pasir 1 cawan air panas 2 sdb mentega/marjerin
Gula digoreng dengan api sederhana hingga gula cair dan jadi gula hangus.
slowly masukkan air panas dan kacau hingga cair. 
Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan
***( ha...jgn lupa langkah2 keselamatan semasa nak masukkan air panas tu...sebabnya takut gula terpercik dan kena tangan atau muka makanya berhati2 lah...pakai lah glove and berdiri agak jauh yek... )
4 biji telor 1 cawan susu pekat 1 cawan tepung gandum 2 sdt soda bikarbonat 1 sdt esen vanila
Pukul telor hingga kembang. 
kemdian masukkan susu dan kacau sebati. 
Pas tu masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bikarbonat sedikit demi sedikit. jgn lupa masukkan esen vanila.
Last sekali masukkan gula hangus tadi. 
pastikan loyang dilengserkan dgn mentega dan dilapik kertas, pastu masuk adunan ke dlm loyang dan perap selama 3-4 jam untuk mendapatkan sarang yang cantik. 
Bakar pada suhu 160 C selama 60 minit and then pada 200 C selama 30-40 minit. ( ini terpulang...sebab kek dah masak elok dah masak first 60 minit tu)

Sunday, July 28, 2013