PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Tuesday, October 27, 2009

gambar beraya

as usual ku malas tol kuar kamera bila gi open hse. cuma masa kat umah nani je tingat nak amik gambar. tu pun coz dok tgk loyot amik gambar. sesetengah gambar ni ku amik dari fb loyot je. minta halal yek loyot.


ni kat umah nani...dgn geng2 yg sama2 penah dok jepun. some of them adalah jiran ku. seme wanita2 ni kecuali yg berselendang pink tu, adalah isteri2 kepada kawan2 satu batch ptd hubby ku. kebetulan sama2 gi further study kat jepun. every year...nani (yg baju kurung pink tu) dan agos je lah yg rajin dok wat open hse dan invite kawan yg seangkatan. so dah few years umah dia je lah port kita org bergather2 hehehe. mulanya this year ku pun plan nak wat open hse cum gathering gak...tapi terpaksa dibatalkan coz my mil masuk hospital masa tu. insyaalah di lain masa kalau ada rezeki dpt lah bergather2.
ni irfan, zulfar dan azfar kat luar ...apa derang buat ngan ikan2 pak agos dlm kolam tu pun tak tau le...jgn pening dah le ikan2 tu hehehe.

dari kiri: mazni, faridah, ros, nani dan nik


wah borak sakan pak agos, pak man dan pok cik ni...almaklumlah jarang dpt berbual santai. kalau ketemu masa majlis formal je le kot.

ni kami gi beraya kat umah Md. sorang lagi batch hubby ku yg tiap2 tahun tak pernah miss wat open hse dan tak pernah miss invite kami hehehe. kat gambar tu pak man, pak agos, md selaku tuan umah tgh sambut pok cik yg baru sampai. yg membelakang kamera tu ku tak pasti siapakah gerangannya.

ni kat umah ita norhad. masa tu my hubby tak balik lagi so ku gi dgn nik. ita tinggal setaman dgn ku cuma berlainan jalan je. dr kiri: ita (tuan rumah, nik, zaidah dan ros (nama rasmi ni... hehehe)

Monday, October 26, 2009

irfan jatuh longkang - 13/10

irfan jatuh longkang masa 13/10 ari tu. dia jatuh waktu petang masa dia dok jalan tepi longkang nak petronas seksyen 9 tu. dia balik umah time magrib, terus ke dapur bagitau ku yg dia jatuh longkang and tunjuk luka2 kat tangan dia..mula belek cam skit je. coz tak nampak kesan darah pun. pastu dia kata kepala dia luka. ku kata mana, berdarah tak??? dia kata tadi berdarah...tapi pelik lak tak nmpak skit pun kesan darah kat mana2. skali selak ishh seram gak ku..tak brani belek lelama...terus cakap gi tunjuk kat papa, mesti kena gi klinik.

tepat skali bawa gi klinik...rupanya berlubang. tak besar lubang tu kecil je tapi doktor jahit skit. dan tutup cam gambar kat atas nih...lawak kan gambar ni..cam pakai riben kecit atas kepala hehehe. ari rabu pagi terus ke alor star lawat my mil yg admitted kat putra medical centre.
ni dia selimut kesejukan. dia demam masa kat sana. almost setiap ari demam. ni kat bilik tok dia. coz ku n hubby tido kat sepital almost every night masa 3 mlm kat sana. irfan pun tak nak balik tido umah pak ngah dia but slept with us kat ward tu. ari rabu dahi dia mula bengkak and bengkak tu turun ke bhg mata dan hidung pada ari khamis. and i started to worry about it. doktor kat bangi suruh gi check up after two days...so khamis tu kami terus turun jumpa ent and head specialist kat PMC tu, dr. mohd yusoff namanya. kebetulan doctor tu one of specialist yg check my mil gak. bila dia tgk terus dia tanya itu ini, buka balutan tu...katanya dah bernanah and dia buka kembali jahitan tu. without any painkiller/anestectic (hentam je eja nih) dia mula korek lubang luka irfan tu. katanya wpun kecil je lubang tu tapi agak dalam, dlm dia dok korek2 tu dia jumpa sebutir pasir yg amat kecil yg masih tertinggal kat dalam and dia ckp sebab tu le bernanah dan juga sebab jahitan tu juga pasir tu tak boleh ditolak keluar. emmm so lepas kuarkan pasir tu..dia taruk ubat dan tutup dgn kain besar dan plaster kat rambut. effect nya lebih dramatik dari yg kena jahitan tu coz kain tu agak besar. katanya perlu di cuci for few days, then it will be ok.
ni gambar yg ku amik masa ari sabtu 18/10 as requested by irfan. he really wanted to see the lubang.

ni plak on 20th. skarang pun luka tu masih belum betui2 baik. masih dok taruk ubat. tapi dah kembali cergas main futsal lah, bowling lah. emmm this boy kan tak reti dok diam tauuu. don't ask me macamana dia jatuh coz ku tak tau, dia kata tak ingat. sebelum ni ku heran napa tak berdarah teruk kepalanya wpun berlubang....rupa2nya lepas kena tu...dia terus balik ke umah gud fren dia hilmi dulu dan hilmi ngan dia le dok lap darah tu sampai berenti bleeding. dah renti berdarah tu baru balik umah tunjuk kat ku. ni le anak lelaki sorang ku nih...asyik cedera aja kepalanya. masa umur 2 years dia jatuh tangga ..terbelah dahinya. kena 13 stitches... nanti ku cari gambar tu yek hehehe.

Friday, October 23, 2009

menu jamu kwn syairah

ni le juadah yg ku jamu syairah dan kawan2nya sempena abis PMR dan juga bday syairah.


tiramisu using mascarpone cheese sebagai dessert dan bday cake.
syairah kata..." ni baru le rasa cam tiramisu yg mama dok buat masa dok jepun dulu" hehehe
nak tau cerita lanjut klik kat link 'kedai kek' yek.






puff berintikan tuna

item paling hot untuk musim raya kali nih...gratin macaroni


ni plak menu malas ku....mudah aja buat nya...resipi dah ada kot.. koey teow ladna hehehe.

Thursday, October 22, 2009

merdeka merdeka

jom layan telatah gadis2 sunti yg baru abis pmr. kejadian ni berlaku di rumah ku pada 13/10 baru ni, my doter dgn 6 of her friends. derang baru abis pmr je pagi tu. so lepas abis exam ku terus gi amik derang bawa balik umah. had their brunch at my house. sampai petang le baru seme balik...memang derang enjoy le ari tu kat umah ku. riuh rendah jadinya. ku plak jenis aunty yg kira sporting gak le...tak amik pot sgt pa depa nak wat. nak bising ke apa ke.... let them enjoy themselves. yg datang umah ari tu; nawal, hezrina, shakirah, athirah, amirah dan aishah. yg 3 orang tu memang dah biasa datang lepak umah ku. lagi 3 orang baru first time datang. tapi okay le derang ni tak malu2 pandai bawa diri.

ni masa derang baru sampai umah, derang layan kukis raya dulu.

ni dah served brunch untuk derang...derang tengah layan puff...

ni derang dok layan koey teow ladna and nawal dok suap gratin makaroni....

syariah dok tolong serve gratin makaroni kat kawan dia. seme first time rasa gratin tu. depa dok siok tang part cis bertali tali tu le hehehehe.

dah settle layan koey teow ladna, puff and gratin macaroni...depa layan tiramisu plak...ku buat tiramisu sempena bday syairah yg ke 15 pada ari rabu 14/10. memandangkan ari rabu tu kami nak balik kg so sekali le celebrated dgn kemerdekaan dari pmr hehehe.

kejap je masa berlalu...rasa baru je dok layan baby yg kuat menangis tu....rupanya dah 15 tahun pun umurnya. agak mencabar jaga syairah masa baby dan toddler. masa baby kuat nangis dan suka berjaga t/malam, masa toddler...agak degil...tapi alhamdulilllah bila meningkat remaja...pada ku she is a good girl. lagipun masa zaman syairah kecil, ku pun muda lagi dan her first two years tu...ku jaga dia sendirian, coz masa tu ku keja kat penang, hubby lak kat kl. masa kami weekend husband and wife...cam keadaan ku skarang. so emosi mama pun byk terganggu, tahap kesabaran pun kurang masa tu. tapi ku syukur sangat coz skarang kami seme hepi. namun pada syairah, mama mohon maaf andai kata selama ni mama ada salah dan silap dgn kakak. mama doakan kakak jadi insan yg solehah, dan berjaya di dunia dan di akhirat, aminnnnn.

Tuesday, October 20, 2009

nasi jagung

ni menu lunch beberapa minggu yg lepas. masa weekend sebelum tu ku gi beraya umah k/aida, my neber..dia buat nasi jagung...so ku pun terfikir lama betui ku tak wat nasi jagung. memandangkan jagung ada setin...so ku pun wat le nasi jagung dgn ayam merah version simple je. sedap gak bila lama tak makan cengini kan. tapi tu lah anak truna ku tu agak cerewet. dia kata dia tak suka jagung, lenkali tak mau boh jagung katanya...emmm macam2 hal.


ni lak kurma telur. lama betui ku tak wat kurma telur ni. gamaknya the last time ku masak kurma telur ni masa lum pindah seksyen 9 lagi. dah lama tak masak, bila masak...emmm sedap bangat rasanya. kurma ni tak pedas kan..so ku campur skit serbuk kari daging pastu ku campak beberapa biji cili api hehehe.



Tuesday, October 6, 2009

ENTRY TERTUNDA


ni entry tertunda. lagipun tak ada apa gambar nak dikaitkan utk diceritakan...so letak gambar lama yg belum terletak lagi kat sini. ni menu kami berbuka masa 2 ramadhan. cream puff ngan stoberi filling ni anak sedara ku, ika yg buat. dia buat utk bekal dia buka posa aritu. coz dia tak sempat buka posa ngan kami.
salad ni menu hubby ku. hubby ku suka makan salad. t/hari gi shopping kat alamanda, so sempat le rembat 2 bekas salad ni.

udg goreng kunyit menu utk anak2.
patin masak tempoyak...menu mama dan papa

ikan belah belakang...nyum nyum..... ni je lah gambar menu buka puasa yg sempat ku rakam masa ramadan baru ni. hari2 lain memang tak smpat dan tak ada mood nak amik gambar...coz bz ya amat.

Thursday, October 1, 2009

foto raya

ni je gambar musim raya kali ni. dah 2 kali raya ku tak ada mood nak amik gambar. mood raya tahun ni pun memang kureng ya amat. supposed to raya at my mum's place but then memandangkan my mum in law tak sihat, ku pun korbankan le turn ku tu, so beraya le umah mertua.....tapi tu lah konon2 berkorban punya pasal....and finally ku memang terkorban teruk. apa pun...yg terjadi baru2 ni byk membuka mata ku...bukan le bermaksud ku ni baik, org seme tak baik...tapi pastinya...'manusia ni kalau boleh amik kesempatan atas orang....memang pulun tak sedor diri, yg derang fikir kepentingan derang je, asal derang tak susah, org punya susah derang tak peduli.'

sori le korang...melepas rasa le plak. apa2 pun harap korang semua enjoysssssssss.




this year pun tak ada gambar ku dgn sedara mara ku. yg ada ni seme gambar kat umah mertua je.

Tuesday, September 29, 2009

jom layan gambar cucu ku

ni latest foto of eva....










yg kat bawah ni plak gambar eva masa ramadhan...kerap gak dia datang umah ngan mama dia. rajin le benor nak tolong gentel kukis kik kik kik...pas gentel ngap masuk mulut...

eva buka posa....mcam posa....

Monday, September 28, 2009

salam aidilfitri

baru sempat nak upload kad raya dari k/rus. tq k/rus.

salam aidilfitri buat semua kenalan. harap maaf jika ada silap dan salah. ku masih belum ada mood nak update blog atau upload gambar...nanti2 le ku buat yek...masih inginkan mode 'Rehat' hahaha.

Thursday, August 13, 2009

pearl kid swimming prog 2009

ni seme gambar last day kat pusat akuatik bukit jalil. kira ni last day utk pearl kid program for this year. berakhir dgn 1 1/2 day swimming competition. irfan tak menang apa2 pun cuma mama je yg menang hahahaha menang memujuk irfan untuk meneruskan latihan dlm program ni untuk tahun depan kalau terpilih hehehe. irfan masih perlu byk latihan samada dari segi stamina dan juga skill. itu tak penting sgt...yg paling penting 'SEMANGAT' hehehe.


tak byk gambar ku amik...tak ada mood...penat le. tu irfan ngan besfren dia kat program tu..zufar..anak besfren ku hehehe.
ni plak menu mak2 untuk lunch ari ahad tu. since ahad was our last day untuk lepak tunggu anak wat latihan kat pool, kami pun rancang nak lunch sesama. masak pot luck le. so yg kat atas ni hasil air tangan siti sg ramal dan linda balakong.

ni plak...ulam dan sambal udang petai dari faridah dan sushi tu ku wat untuk bekpas irfan skali bekpas ku dan kawan2.


ni ayam madras as usual...menu tetap ku le tu hehehe. ayam goreng dan sayur dari zai, sg sekamat dan kari daging dari nira, seksyen 3. malas nak cite panjang...kepala otak dok pk nak mekap kek...so finally...ku nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan2 ku yg sama2 melepak kat bukit jalil every weekend for the past 6 months. kalau ada salah dan silap, harap maafkan. insyaallah kita jumpa lagi tahun depan.



Monday, August 3, 2009

jom makan pau ngan gratin

pau ni ku wat last week, setelah berbulan2 ku tak wat pau...alhamdulillah jadi elok plak kali ni. kadang2 tak elok jadiknya coz ter over perap or terover letak mauripan hehehe. resipi nanti yek...buku kat bawah malas nak amik. esok2 le yek.

i'm back with my kitab yg lusuh hahahah...sori le yek pada yg mencari2 atau ternanti2 akan kehadiran resipi pau yg ditayang kat atas tu...kik kik kik...pau ni sebenarnya dh penah post resipi kat fotopages dedulu.. ni pau ku merged resipi mamazieza ngan resipi kat kertas mauripan tu. okay utk yg kata pau jadi comel dlm kukusan bila kuar...mengecut atau menggerutu...itu perkara biasa...ku selalu buat jadi cengitu. rasa2 ku le...sebabnya adalah...overdose sukatan yis dan yang ke 2, overdose masa perapan. ku selalu buat dlm keadaan terkocoh2 so selalu timing tak betui, sukatan pun tak tepat...dan hasilnya pau menggerutu atau mengecut. yg dlm gambar ni buat dgn penuh kesabaran dan ketaatan pada resipi muahahaha...so selamat mencuba yek...

300 gm tepung pau
3 gm yis
50 gm gula
1 tsp ovalett - optional
1/2 tsp bread softener - optional
30 gm myk jagung
+- 138 ml air


  1. gaul yis dgn tepung dan gula.
  2. masukkan minyak, bread softener dan ovalett dan di ramas guna tangan... agak2 sebati le.
  3. masuk air dan uli le sampai kenyal. guna mesin ku uli 5 minit.
  4. bulat2 kan around 25 gm then isi filling.
  5. perap/rest kan pau tu selama 30 minit.
  6. panaskan kukusan
  7. kukus selama 10 minit.



gratin plak dinner ku ngan anak2 malam minggu baru ni...malas nak masak benda lain..pastu ku tak puas makan malam tu...the next day ku buat lagi gratin hehehehe...ni ada lagi sebekas besar lam esbox...nak gi beli cis....guna cheddar kurang enak...sedap lagi ngan mozarella.

Sunday, August 2, 2009

tempahan yg lalu

korang layan le gambar tempahan yg lalu hehehe. July was quite a bz month for me. felt like had no time to rest and nowwwwww as for TODAY spending my time relaxing by not doing much thing except for cooking lunch and doing laundries hahahaha. tido pun terlebih sudahhh. ni jap lagi nak gi lawat kawan bersalin, dah lama dia bersalin, asyik dok tunda je nak gi tgk dia so petang ni kena gi gak...kang sedo2 dia dah masuk keja je kan. this month tak ada byk tempahan cake coz ku dah tutup/tolak byk permintaan. minta maaf le bebanyak. coz nak mula prepare utk cookies raya le plak. barang2 pun tak sempat nak list down properly lagi ...
ni dok bengang ngan irfan....beberapa minggu lepas dia hilangkan goggle renang dia kat pusat akuatik bukit jalil. ni kes lupa nak masukkan dlm beg le tu. dan semalam i bought him a new one. and today dia gi renang kat danau ukm, boleh hilang skali lagi...adoiiiiiiiiiiiii bengangnyaaaaaaaaa. kali ni bukan kes lupa. coz hilang masa dia took a break. katanya letak atas meja...pastu dia gi beli sandwich...masa dia makan tu..i pun joined him at the table...tak realize pun samada goggle tu ada ke tak masa tu...tapi bila dah abis makan nak continue swimming. baru dia sedar goggle tak ada....abis satu kolam renang pusing..tak gak jumpa. ishhh dia kata org amik kot...tak leh pk sapa le nak amik...meja dekat2 and mostly yg dok kat meja2 tu seme parents budak2 yg blajar renang...takkan le derang nak amik kan...tak tau la...but one thing for sure...goggle tu ilang... spoil my mood je. irfan dah ikuti latihan renang ni dah masuk thn ke 2 and kami dah beli rasanya 3-4 goggles dah utk dia. bertuah sungguh anak truna sorang nih... ni nak kena beli lagi coz next week adalah hari terakhir bagi program renang pearl kid kem. belia dan sukan, ada mini competition so kena le beli lagi. semalam masa nak beli goggle tu dia dah wat pe'el coz dia mau yg rm59, rm69, rm89...and ku agreed to buy paling2 pun rm35. ku suruh amik yg rm belas2 je....pastu dah buat keras dpn tpt goggle tu last2 ku belikan rm35 punya. nasib le tak beli yg rm69 ke rm 89 ke...kalau tak lagi le sakit ati kan...baru pakai 2 kali dah ilang. tadi dia mention kat ku, suruh potong wit belanja sekolah dia hahaha...padan muka. semalam tu tak nak beli yg mahal, coz earlier this month dia dok kata dia tak nak join lagi dah program pearl kid ni next year. ku kalau boleh nak dia join sampai abis, sampai advance 3, dia baru advance 1. so ku kata kat dia...kalau tak nak swimming thn depan make sure dapat 5A dlm upsr. kalau tak dpt kena ikut cakap mama. hahaha...ok tak?? tu dia membebel panjang melepaskan rasa bengang yt terbuku dlm ati hahahah.

Wednesday, July 29, 2009

komputer kembali meragam, ntah program apa lak yg buat komputer kacau bilau...tak leh upload gambar masuk blog or fesbuk...ishhh boring betui. ni seme irfan le nih...ntah apa2 program dia download...abis kacau seme.

baru last month facing the same problem. lepas hubby clear/delete certain files...ok balik. ni buat hal lagi. so sorry le kengkawan tak ada gambar nak le nak dilayan mata hehehe. nak cerita pun tak ada mood coz tak ada gambar kan.

ari ni schedule ku lari giler...ni gara2 ku gi tido pagi tadi. pastu unexpectedly ada kwn aka potential customer datang umh.. dgn masa yg tinggal very limited...ku fikir2 tak yah le buat apa2...thari gi amik anak kat sekolah, singgah amik pizza kat pizza hut...order online tapi pick up sendiri coz takut kalau derang deliver ku tak ada kat umah plak. petang ngajar 2 org kawan yg dah lama dok nak belajar wat chocolate cheese cake dgn ku. ni baru je settle dgn derang. masih tak buat apa2 lagi...agaknya malam kang le ku wat kukis. byk kukis kena siapkan..coz ada customer nak amik on tuesday nih. tempahan cake/bronis/cistat pun penuh start dari esok sampai monday...wuishhh jenuh gak le nak juggle masa nihhhh...

Tuesday, July 21, 2009

layan jeeeeee

korang layan le gambar2 lama ni...ada yg lama ada yg baru...ku pun tak ingat dah..mana yg dah masuk blog ni mana yg belum ...belasah je hehehe


cerita ceriti

ntah le apa ceritanya ....lama gak tak berceloteh kan...jom layan piccas le....

lamb chop...lama sungguh tak wat...ni jumpa lamb kat tesco kajang. ku ni jarang gi tesco ke carrefour ke...ku jenis shopping dekat2 umah je. tapi last week terpaksa gi tesco kajang coz nak beli barbie doll kat kedai rm5 tu. so terus le masuk tesco. dah masuk tesco tu...emmm memacam le ku capai...jumpa buttercup murah skit dari yummies so amik seme yg kat rak tu...tapi 10 tin je pun hehehe. beli lamb, beli mushroom, beli susu...emmm susu dutch lady murah...borong le kat 10 kotak gak . dari nak beli rm20 je...melayang rm200 lebih kui kui kui. lamb ni lak ku wat dinner ari khamis. masa tu hubby ada kat umah. dah jemu masak lauk makan nasi..sesekali tukar menu le...lambchop ngan kentang goreng oregano. kali ni rajin skit...ku prepare black pepper sauce. resipi...emmm resipi men tibai je...janji sodap hehehe.

black pepper sauce segera
1) panaskan butter tumis bawang besar dadu sampai layu
2) masukkan black pepper sos brand apa2 je....
3) masukkan skit sos tiram, kacau jap...
4) tuang susu segar atau fresh cream ikut byk mana nak...kacau sebati biar renih jap
5) then masukkan cendawan butang yg telah dihiris nipis.
6) check rasa garam nya...kalau tak cukup tambah le...
7) kalau rasa tak cukup pekat...bancuh tpg gandum ngan air...then tuang dlm sos tu...dan biar didih jap...taraaaaaaaaaaa dah jadi.


ha dah lama tak letak gambar cucu sedara ku yg sorang nih...dah besar kan dia...eva shakirah..dah 2 thn lebih umur nya...kat sebulan ku tak jumpa dia..sekali jumpa last weekend...fuyooo dah berisi dri the last time ku tgk dia...bulat semua nya hehehe.. ni gambar ku amik ni masa dia masih malu2 ngan kehadiran kami kih kih kih..poyo betui si eva nih.. masa kami sampai malu giler...tapi time kami balik...dia ikut kami balik hehehe. malam tu baru mama dia balik keja singgah dtg amik. tu pun dari nak balik lepas mgrib sampai midnite..baru dia nak balik. mama dia ajak balik dia tak nak, dok siok main ngan pakcik irfan. skarang dh pandai cakap...so kami seme dia dah tau pangkatnya...atuk man, toksu na, maklong syerah ( tapi ada gelaran baru.."ecah" gamaknya payah nak sebut yg betui...shortcut jadi ecah kah kah kah...bengang je syairah...selalu budak2 panggil dia syerah or erah ni jadi ecah kuang kuang kuang) dan irfan lak...kalau kami kata paksu irfan ...eva nanti kata 'bukan, irfan le..." tapi kalau kami kata pakcik irfan ...dia nanti senyum je.

ni lak cempedak goreng. jumpa org jual buah cempedak. nampak elok...and syukur memang elok isinya...balik goreng...makan nyum nyum