PENGUMUMAN
Sunday, March 1, 2009
kek coklat
upin dan ipin punya cerita
alamak tersasar lak cerita ku. sambung balik yek...dah sampai dpn cinema kat alamanda fuyooo ramainya beratur...ku pun beratur juga wpun dok rasa dah sure tak dpt tiket. memang sah le...tiket dah abis sampai le hari ahad punya pun abis...emmmm tak terkata...tapi kata gak..kat adik kaunter tu...'tak apalah dek, akak nanti tgk bila org seme dah tgk je lah' kuang kuang...
cian anak2 ...frust tak dpt tgk upin dan ipin yg cute. ingat nak tgk weekdays tapi tu lah....minggu ke 4 feb 09 ni ku bz giler2. tak tau lah bila baru le gi nonton. so malam tu agenda kami berakhir dgn dinner di kenny roger je. aceli first time ku makan kat kenny rogers....apa yg ku dpt kata....100 kali sedap lagi ayam yg kita panggang kat umah muahahaha...sedap lagi muffin sendiri buat kah kah kah.... muffin dia manis sgt....tak tertelan acikkkkkkkkkkk kui kui kui. lama kami lepak makan kat situ sampai nak tutup kedai baru berganjak. ni gara2 makros ngan mama fiza lama tak chit chat...so malam tu...macam2 le kami meluah tensen memasing. malam tu hubby ku tak ada, outstation. tu yg wife dia bawa anak2 kuar but with permission tau....

ni je lah piccas kami masa kat dlm kenny rogers tu...tak amik pun gmbr makanan coz anak2 seme dah lapar hehehe. hani n syairah tu, berpeluk berdua coz dedua tak nak diambil gambar...sepesen derang berdua ni.
adam ngan irfan sporting...sehati sejiwa gak budak dua orang ni. yg paling sporting mama fiza le hehehe. ni le fiza yg banyak tolong ku dan push ku utk menceburi bidang menjual makanan ni...dia le dulu byk tolong jual produk2 keluaran ku. utk yg tak tahu...fiza ni ku jumpa dia masa ku dok jepun. fiza and hubby dia, anjang...sama2 budak undergrads kat jepun masa tu. tahun ke 3 ku kat jepun, fiza minta tolong ku jaga anak dia, adam yg baru berumur 4 bulan coz dia nak keja. so sempat le ku jaga adam sampai umur setahun. tahun tu juga fiza suruh ku niaga juadah buka posa kat adik2 undegrads di sekitar kawasan kami, gyotoku dan myoden. bila dia balik mesia 2005 dia minta ku jaga lagi anak dia...kali ni dah 2 orang adam dan hani...so ku jaga le lebih kurang 3 tahun and ku berenti jaga around march 2008 kot. wpun dah tak jaga anak dia...our friendship masih berkekalan... sekarang almost every weekend, adam dok lepak kat umah ku. dia kawan ngan irfan. adam baru umur 6 tahun. tapi leh plak ngam ngan abg irfan yg darjah 6 hehehe.
ode lama
Monday, February 23, 2009
bz minggu ni
Friday, February 20, 2009
vadai
- tapis kacang dal yg direndam.
- tumbuk 3/4 bhg kacang dal hingga lumat dan bakinya agak kasar
- dadu halus2 cili dan bawang besar
- mayang daun kari (tak potong pun tak apa)
- campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
- panaskan minyak dlm kuali utk menggoreng
- bentukkan adunan leper2 dgn tapak tangan atau lapik dgn daun pisang yg berminyak.
- goreng hingga keemasan.
mixed fruit cake
mix fruit cake...(copy and paste dari blog jun yummylicious)
Ingredient A:
500 gm mixed fruit (add 2 tablespoons flour and mix well) - ku guna 250 gm je...tu pun dah byk
Ingredients B :
250 gm butter
1 tablespoon ovalette
150 gm castor sugar - ku guna 170 gm brown sugar
5 nos large eggs
Ingredients C :
230 gm top flour - guna tpg red rose
1 teaspoon baking powder
1 I/2 teaspoon bicarbonate soda - yg ni dikurangkan pd 1/2 tsp je. tak ada liquid kek ni cam tak perlu je
1 tablespoon Sunquick orange - ku guna orange flavor
1 teaspoon mix fruit paste - tak ada, so tak yah boh le
1. Cream butter, ovalette and sugar till fluffy. Add in eggs, one at a time.
2. Add in Sunquick orange and mix fruit paste. Mix well.
3. Sift together flour, baking powder and bicarbonate of soda.
4. Fold dry ingredients into the butter mixture.
5. Fold in the mixed fruits.
6. Pour the mixture into a prepared tin, lined with baking paper.
7. Bake in a preheated oven at 180 C for 45 minutes or until golden brown

ni plak yg ku rajin pi mekap dgn mencuba fondant coklat atau coklat plastique (1st attempt)... masih tahap mencuba lagi buat fondant guna coklat ni. masih byk yg perlu difahami....yg salut tu je fondant coklat. bunga2 tu fondant biasa je. mungkin perlu pi berguru dgn cik linda at kaoricake kot hehehe.
ps to linda: lindaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, akak pun dah buang sebesen coklat for my 2nd attempt kui kui kui
Wednesday, February 18, 2009
tag pertama dirumah baru
uwaaaaaaaaaaaa cheq kena tag....wuishhh banyaknya nak kena cerita ceriti...tak dak ide le...- Nampaknya dah buat kat atas tu.
- Award ni diberi oleh ieda
- Ok .... ini dia 10 fakta/hobi tentang diri sendiri....
Tuesday, February 17, 2009
blueberry cheese brownies
ni resipi yang copy and paste dari fp k/tun boxhousestudio. dah lama dok terlioq tgk brownies ni kat fp k/tun. so jumaat yg lepas baru le dpt buat. tu pun coz fiza minta buat kan apa2 kek yang sedap katanya. so ku pun amik kesempatan tu cuba wat brownies ni. ku olah resipi ni ...ku wat adunan guna 4 bj telur je dan adunan cis guna cuma 250 gm so ku dpt 1 loyang square 8" x 8" ngan 1 loyang round 7". untuk raspberry jam...ku ganti dengan blueberry fruit filling. dan ku tabur dgn canned cherry brand snorkist tu.
Raspberry Cheese Brownies
Sumber: Amy Heng
Brownies
315g unsalted butter (dice) ( I used salted butter )
125g chocolate powder ( I used coco powder)
270g castor sugar 300g raspberry jam ( I used Strawberry jam)
5 eggs (lightly beaten)
1 1/2 tsp vanilla essence
230g plain flour
1/4 tsp baking soda
Cheese topping
325g cream cheese ( at room temperature)
90g castor sugar
1 egg
1 egg yolk
1/2 tsp vanilla essence
160g fresh raspberries (optional, I omit this)
Method: Brownies
1. In a saucepan, melt butter over low heat.
2. Add in chocolate powder and cook until mixture bubbles.
3. Removes from heat and stir sugar and jam.
4. Gradually, add in eggs and essence and stir until well combined.
5. Fold in flour and soda.
6. Pour batter into prepared cake tin.
Meanwhile, prepare cheese topping. Cheese Topping
1. Beat cheese and sugar until light and creammy.
2. Add in essence and eggs.
3. Place batter into a piping bag. Pipe batter over no.6 ( brownies batter).
4. Drop in raspberries/ strawberries ( optional).
5. Use a skewer or satay stick to swirl cheese mixture into the chocalate mixture to create a marble effect.
6. Baked for 40 minutes or until baked through.
7. Cut and serve brownies while still warm. Place a dollop of ice cream on top of brownies and top with sauce and almond flakes. Brownies can be stored in a air-tight container and kept chilled. Heat up in a microwave before serving.
mesti kawan2 tertanya2 siapakah makcik jepun kat sebelah zanaz ni??? ku pun tak tau nama dia hahahaha...tapi dia ni mak angkat pada fiza, kwn yg dah serupa adik dgn ku hehehe. dulu masa kat jepun kami sekeluarga serta 2 family kwn suami ku...pernah dibawa ke ibaraki, ke rumah makcik kat atas tu (boleh layan gambar kami kat ibaraki disini). nama suami dia Mr Sakai. last week dia datang umah fiza. datang sorang je. so masa gi anto brownies kat umah fiza sempat le jumpa dia. hehehe...bila nak communicate dgn dia...baru lah ku sedar...betapa byknya kotoba (perkataan) jepun yg telah ku lupa. nak2 plak nak kena cakap...dari ingat pun terus lupa kah kah kah...nasib le fiza ada...dia le dok jadi translator. obasan ni cakap pun byk gak yg ku tak faham esp bila dia cakap laju dan guna dialek. yg jadi masalah lagi...obasan ni tak eti english sgt. tak macam ku sembang dgn mr sakai..mr sakai ni fasih english so senang cakap dgn dia...boleh campur nihongo ngan eigo.. tapi mr sakai tak datang. obasan ni dtg sorang je. dia dtg utk survey peluang utk berniaga makanan jepun kat sini.
Friday, February 13, 2009
ayam panggang
resipi ayam panggang yg simple je
blend:
bwg besar
bwg putih
halia
serai
daun kari
mayonis
kunyit
cili kering
garam dan gula
ayam belah 4 je. perap ayam semalaman utk lebih sedap. bakar pada suhu 200C selama 20 minit each side and another 10 minit guna api grill utk hanguskan kihkihkih
Kukis dlm pek 25 pcs tu...my regular customer and my fren sejak dr jepun lagi...Puan Lina. dia minta buat bebola kristal dan minta mekap cam door gift. so gitule hasilnya. kukis ni lina dtg amik ari khamis. thanks lina.ari ni plak. t/hari, ramona dtg amik cistat dgn pelbagai fillings ni. mula ramona nak after opis hour, tup tup last menet dia kata nak amik time lunch...pe lagi kelam kabut le ku godek pastri utk tat shell dan juga adunan cis nya. masa dok press doh ke shellnya..ku bakar ayam sesiap. elok msk je ayam, just nice utk bakar tart shell tu. then continue dgn filling nya. siap just nice utk ku gi amik anak balik dr sekolah.
after lunch ku kelim karipap pusing lak untuk yus. dah siap karipap, bakar blueberry cistat lak. Yus dah ode ni 2-3 ari sudah. tq yus yg terus sudi membuat tempahan dgn akak.
cuppies ni tempahan dari kwn fiza melalui fiza. last minit gak nih. blur kepala otak ku nak design apa coz tak ada specification, dah tu kepenatan seharian menyiapkan ode dr noraini. so ku hentam je lah cengini.. harap2 kwn fiza tu ok je cengini pun. anto kat umah fiza pepagi khamis baru ni.
Wednesday, February 11, 2009
menu semalam

bukan kek je noraini ode tapi memacam, baby cistat, fudge brownies, karipap frozen dan juga bebola kristal. aceli ada lagi satu item dia ode...tapi ku cari bahan tak cukup...dia nak rolled sushi...tp tak ada rezeki dia...ku tak jumpa nori yg saiz A4. abis satu bdr baru bangi round. malas lak nak ke putrajaya. so next time le sushi tu yek.Sunday, February 8, 2009
mayang sari resort port dickson feb09
kol 11 kami seme nek. ready2 nak tido...emmm tup tup..ada sorang tu..cam monyok je. sapa lagi hani le. ingatkan nak tido ngan kakak syairah...rupanya nak tido ngan mak rose. so ku ajak le tido...elok nek je katil terus tersedu sedan nangis...alamak...ni mesti kes ingat mama le nih. tadi main sonok...tak ingat apa...nak tido baru ingat mama. almaklumlah hani ni memang selama ku jaga pun tak penah tido ngan ku....kecuali tertido. so ini le 1st time sejak dia dah beso...tido ngan ku...cian dia...lama gak ku dok tepuk dan peluk dia...baru tertido. malam ke 2, fiza, mama derang dtg, so hani ikut le mama dia balik, tinggal adam dgn kami. adam pula...memang dah biasa tido kat umah ku...so no hal le. janji ada abg irfan..ok le tu... kami panggil irfan, mr babysitter adam hahaha.
layan le gambar anak2 ni mandi kat pool dan kat pantai selama 2 malam 3 hari kat sana. macam2 aksi derang dlm pool. enjoying themselves.

hari kedua, ari sabtu petang ada aktiviti utk staff dan keluarga. kami seme turun pantai le, join sekaki. cuma syairah je tak nak join. adam dan irfan amik part dlm 2-3 games juga. hani amik part dlm games kutip gula2. tak menang pun, tak apalah just for fun.
ku dan hubby amik part on few games gak. ku dan hubby berpasangan dlm 2 games, bowling kelapa ngan baling belon. menang bowling kelapa tapi kalah utk baling belon. team hubby menang utk games buat line paling panjang dan 2nd place utk volleyball. irfan plak menang utk game masukkan air dlm botol guna sponge. dan masa dinner malam tu...hubby ku memang luckly le malam tu utk cabutan no. bertuah coz he won grand prize. (jarang skali lucky utk this kind of thing).Thursday, February 5, 2009
chocolate cheesecake
ni kat bawah ku kasi original resipi dari nigella yek. jgn tanya aku camne rasa yg ori resipi...coz ku wat men tambah kurang sana sini. ku tak ada sour cream, so ku men tuang je blueberi yogurt sebagai ganti, telur plak 1/2 adunan patutnya 1.5 telur and 1.5 egg yolk tapi ku hentam 2 biji telur. pastu kat dlm peti ais ada lebihan adunan cis untuk cistat...ku tuang je sekali . dan nigella kata masak 45 minit biar kat bwh nampak still have a wobble to it. ke masak sampai set semuanya just like i like it.
niway masa update ni lum rasa lagi keknya coz...ni nak bawa bekal gi PD petang karang. nanti dah potong ku update lagik yek.
FOR THE BASE
125g digestive biscuits
60g butter
1 tablespoon cocoa
FOR THE FILLING
175g dark chocolate, chopped small
500g Philadelphia cream cheese
150g caster sugar
1 tablespoon Bird’s custard powder
3 large eggs
3 large egg yolks
150ml sour cream (or just use a 142ml pot)
1/2 teaspoon cocoa, dissolved in 1 tablespoon hot water
FOR THE GLAZE (OPTIONAL)
75g dark chocolate, finely chopped
125ml double cream
1 teaspoon golden syrup
METHOD
1. To make the base, process the biscuits to make rough crumbs and then add the butter and cocoa.
2. Process again until it makes damp, clumping crumbs and then tip them into a 23cm springform tin. Press the biscuit crumbs into the bottom of the tin to make an even base and put into the freezer while you make the filling.
3. Preheat the oven to gas mark 4/180ºC. Put a kettle on to boil. Melt the chocolate either in a microwave or double boiler, and set aside to cool slightly.
4. Beat the cream cheese to soften it, and then add the sugar and custard powder, beating again to combine. Beat in the whole eggs and then the yolks, and the sour cream. Finally add the cocoa dissolved in hot water and the melted chocolate, and mix to a smooth batter.
5. Take the springform tin out of the freezer and line the outside of the tin with a good layer of clingfilm, and then another layer of strong foil over that. This will protect it from the water bath.
6. Sit the springform tin in a roasting pan and pour in the cheesecake filling. Fill the roasting pan with just-boiled water to come about halfway up the cake tin, and bake in the oven for 45 minutes to an hour. The top of the cheesecake should be set, but the underneath should still have a wobble to it.
7. Peel away the foil and clingfilm wrapping and sit the cheesecake in its tin on a rack to cool. Put in the fridge once it’s no longer hot, and leave to set, covered with clingfilm, overnight. Let it lose its chill before unspringing the cheesecake to serve.
8. To make the chocolate glaze, very gently melt the chopped chocolate, cream and syrup. When the chocolate has nearly melted, take off the heat and whisk it to a smooth sauce. Let it cool a little, and then Jackson Pollock it over the chocolate cheesecake on its serving plate. Use the remaining glaze as an accompanying sauce
nasi daging
back to nasi daging ang air asamyek....ku nye resipi ...sori le takat boleh bagi bahan je...sukatan ...pepandai le sendiri adjas.
utk sup nya
rebus daging dengan sup bunjut dan hirisan halia dan skit garam. ku masuk pressure cooker je.
nasi
2 pot beras basmati
3 pot sup + susu cair (1/2 pot susu cair + 2 1/2 pot sup)
2 sdb susu pekat
garam secukup rasa
d. pandan
bhn tumis
minyak sapi
1/2 labu bawang besar - di dadu atau mayang
2 ulas bawang putih dan skit halia - ditumbuk
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
Panas minyak sapi dan tumis b. pelaga, b. cengkih, b. lawang dan kulit kayu manis hingga wangi then masuk bawang tumbuk , kacau seketika then masuk bawang besar dan tumis hingga agak garing. then masukkan sup, susu dan d.pandan dan perasakan dgn garam dan 2 sdb susu pekat.
finally masuk beras then letak le dlm rice cooker, masak le cam biasa.
air asam pak aji hassan
cili merah
belacan
asam jawa
kerisik
santan
bawang besar di mayang nipis
buah tomato di potong nipis or suka ati le camne mau.
garam dan gula secukup rasa.
tumbuk cili merah + belacan cam wat sambal belacan. then dlm bekas lain satukan bawang, tomato, kerisik, dan cili tumbuk tadi. masukkan skit santan, air asam, garam dan gula dan gaul sebati.
menantu bongsu pak aji hassan (laki ku le tu) pun pandai adun air asam ni gak...tapi dia nyer tak ada santan but still sedappp.
Ni Awin ni Kak Zana. Nak kata tima kasih sebab sudi ambik order Awin tu. Semua orang kata kek akak sedap. Budak² pon suka sebab comel. Saya pon suka jugak, memang sedap tak manis sangat dan tak plain sangat - just nice. Nanti boleh order lagi ye! Thank u again!


cistat ngan bluberi muffin ni, fiza ode bawa gi opis monday baru ni. muffin ni ku ubah skit resipi dia. later ku update ek. layan gambar dulu.
Wednesday, February 4, 2009
MAKARONI GORENG KARI
sori tak ada gambar. last skali ku buat masa k/tun boxhouses, datang ari tu. tapi masa tu tak sempat le snap gambar. sebelum ni ada gambar dlm hard disk...tapi tu lah hard disk kong...dah tukar hard disk lain...punah le seme gambar...padan muka ku coz tak penah serik2....tak save dlm thumbdrive.
MACARONI GORENG KARI
1/4 peket makaroni (rebus ngan air garam dan tos)
5 crab filamen
10 ekor udang sederhana besar
1/2 dada isi ayam yg didadu
30 sen daun kucai
3 sdb rempah kari daging (ku guna babas) - jadikan pes yek
2 sdb sos tomato
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa
bhn tumbuk (mayang pun ok gak)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
- panas kan kuali dan tumis bhn tumbuk hingga wangi dan agak kekuningan.
- masukkan pes kari tadi dan kacau hingga wangi.
- masukkan sos tomato dan kacau sebati, biar reneh seketika. jika agak kering, masukkan skit air yek.
- pastu masukkan ayam, udang dan crab filamen dan kacau hingga agak masak.
- perasakan dgn garam dan gula.
- then masukkan makaroni dan daun kucai dan kacau sebati.
- last pecahkan telur dan kacau sebati yek. (putih telur aja pun ok)
- dah siap dah le ni...boleh hidang dan makan...nyum nyum
dah bertahun2 dok goreng makaroni ni, ku paling suka kalau ada crab filamen dgn isi ayam dan kucai. sayur lain padaku cam tak kena je.
ni plak gambar kek yg ku test, terai, cuba dan praktis hahahaha. test resipi moist coklat kek yg baru ku dpt. terai guna teknik steam buttercream, and praktis paip bunga ros. niway tak potong lagi so tak tau...ku suka ke tak kek ni. rasanya tak suka kot hahaha...coz ku suka kek yg cakey taip. kek ni agak padat.
ku bakar kek ni pagi semalam dgn rancangan nak deco malam tadi. rancangannya ari ni nak buat karipap je. tup tup tup semalam lunch time, k/dot call nak kek, karipap dan lompang pagi tadi. so kek yg utk dicuba ni...jadi projek tertunda lah. baru tadi je siap. tu pun kelam kabut ku siap kan. frills dia pun men campur2 je apa2 kaler buttercream yg ada...coz nak cepat2 siap dan kemas. coz jap lagi nak kena wat karipap lagi. minggu ni minggu karipap sedunia muahahahaha.
Monday, February 2, 2009
AYAM MASAK MERAH PAK AJI HASSAN
ni the original recipekek pisang ala english style
emmm suka resipi ni...dia tak manis sgt dan teksturnya gebu dan moist. tak rugi mencuba. tq le sesangat kat k/zai dan juga yatt finland yg sudi share gud recipe cengini.

ikan goreng, sambal belacan dan sayur lemak labu manis...fuyoooooo resipi kg yg dah berzmn ku tak masak. ikan goreng ngan smbal belacan tu dok buat le. cuma sayur lemak labu tu je tak buat. dulu dok ngan mak...sayur lemak ni tak kira le apa isinya memang kegemaran keluarga ku. tapi bila kawin hubby tak suka sayur lemak, terus jarang skali ku masak. so bila sesekali masak...makan nasi tak ingat dunia....kui kui kui...walhal badan dok tengah naik nih...
Sunday, February 1, 2009
lempeng kelapa & kuah durian
cara buat nya mudah je...durian - di asingkan dr biji
gula dan garam sesedap rasa
santan.
masak je seme bahan tu. cam buat pengat le. anyway ada orang panggil pengat kan . lagi satu style blend isi durian tu dgn susu uht then masak dan tambah gula dan garam sesedap rasa. fuyooo rasa cam eskrim tau.
lempeng kelapa
kelapa parut
tepung gandum
skit garam
air
cara ku wat...ku gaul dulu kelapa dgn tpg gandum. kalau suka kelapa byk tak yah le taruk tpg byk2 atau sebaliknya. masuk air...tahap lembut ala wat cekodok je. pastu tempek le kat kuali.
ni tempahan ari sabtu baru ni b'day cake dan cuppies dari anom dan baby cistat dgn various flavor dari fiza. kata fiza kwn dia yg ode. niway cistat ni fiza sms kata nak monday. tup tup mlm sabtu dia sms kat nak amik sabtu...mula ingat ku salah baca sms, rupa2nya dia yg salam taip ari. pe lagi kelam kabut le ku bancuh adunan pastri utk tat shell tu. coz tak ada stok tat shell. kol 12 midnite le gak baru settle dgn bakar cuppies sekali. pagi bgn baru deco dan juga isi cis utk cistat.ari ni anak2 sibuk nak tgk sifu dan tongga...so bawa le derang gi tgk kat cinema baru kat bangi utama tu. alahai...awat le cite nye cengitu. gamaknya kalau bagi nabil membebel tanpa skrip pun lebih lawak dari cite tu.
k lah nak chow gi bancuh kek pisang ala english...later kita update yek...
Thursday, January 29, 2009
balik kg
sedar2 kat tol bidor...terus ku soal napa kuar sini..."jam le hiway" kata hubby. "ooo jam ke? tak rasa pun" kata ku. so lepas tu dah tak tido...coz dah lega....lagipun sibuk menikmati kawasan sekitar yg tak penah ku lalu sebelum ni.
3 1/2 jam baru sampai ipoh kat medan gopeng. patut2 lama cengini dah sampai umah mak ku kat sungai acheh nun. tapi ni baru sampai ipoh. singgah bekpas kat mcdonald. dah kenyang baru le sambung perjalanan ke kg ku...nek hiway kali ni...emmm smbung tido lagi...1 jam je dah sampai umah mak...tu dia...F1 punya style driving le hubby ku nih. patut singgah jap je...anto mirna, dan terus nak ke bm umah mertua...tapi hubby ngantok dia tido dulu. kol 4 ptg baru gi bm lak. tido kat bm 2 malam.
nasi goreng daging merah kat food court jalan tuna, seberang jaya (ish tak sure jalan apa...men hentam je). nasi favorite ku dan hubby. dari zaman bercinta lagi dok makan kat kedai tu dan selalunya ni le pesanan kami berdua. sampai sekarang ku masih lagi rasa this is the best nasi goreng daging merah yg ku penah makan. malam tu dinner nasi goreng daging merah ni le kat umah mertua. memang masa kat bbb lagi dok ingat blk kg nak ajak hubby beli nasi ni. tak plak ku sempat ckp kat hubby tapi dia cam tau2 je...masa dia gi withdraw wit kat seberang jaya...dia terus singgah beli ni. emmm sedapnya....lupa segala diet miet kah kah kah.
ahad kami gi kenduri kat teluk air tawar, umah pengarah jpj pg. masa nak gi tu lalu kat kedai mee udang sg dua yg femes tu.... terus ckp 'jom makan kat sini nanti', hubby ckp 'emm ok gak' . balik kenduri lepak kat umah. lepas asar mertua ajak gi umah adik ipar kat bagan. so sebelum balik umah kami singgah makan mee udang kat sg dua tu...rasanya nama kedai yg ku masuk tu seri gading kot...ishhh lupa le plak hehehe. lepas kuar kedai ni...seme dok merungut...adoi kenyang giler... apa2 pun puas ati...tercapai hajat nak makan mee udang hehehe. niway ada lagi satu yg ku tak sempat makan...laksa campur kampung petani. tak pa...ni next time punya trip balik kg lak. lagipun laksa campur ni dekat area umah mertua ku je.
selasa...nye minum petang...cuba korang perhatikan...apakah gambar kat atas ni???? taraaaa ni le biskut bulat tu. mak ku nyer style makan dgn kelapa gula hehehe. sedap weh ...terai le. aceli asalnya mak ku wat ubi kayu rebus makan ngan kelapa gula tu. dan kebetulan ada biskut bulat tu kat umah. so ku pun teringat le mak selalu dok makan cengitu. so ku pun lepas le kempunan. Oh plak sibuk dok menikmati ubi kayu rebus. orang banjar ni makan memang pelik2 skit. mak ku byk menu yg pelik2 hehehe. tapi kami suka...dah dibesarkan cengitu mesti le suka kan. antara yg ku paling suka...murtabak nangka.tu lah cite makan2 kat kampung baru2 ni. ari rabu sesudah subuh kami dah bertolak balik ke bbb. tak leh dok lama2 kat satu2 tpt selain umah ku...ku jadi rimas hehehe. wpun hubby dan anak2 masih cuti...kami dah balik sini. kat umah pe lagi...projek basuh kain dan mengemas dan mencuci umah le. almaklumlah the previous week tu ku bz dgn tempahan, umah pun tak berkemas kan.
taraaaaaaa...dpt oven for lucky draw and vacuum flasks, mugs and towels for beach activities.