PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Tuesday, June 1, 2010

serimuka




Seri muka
1 3/4 cwn pulut
2 cwn santan
secubit garam

bhg atas:
2 cwn santan + air pandan
1/2 cwn gula
1/2 cwn tpg gandum
1 sdb tpg jagung
1sdb tpg beras
1biji telur
secubit garam

Kukus pulut dlm loyang hingga masak then kuarkan dan ditekan2 skit dan diratakan. Untuk lapisan bwh, campur santan + air pandan, telur, gula, tepung gandum, tpg beras, tpg jagung dan di blender or dikacau sebati. Kemudian tuang ke atas pulut tadi dan kukus selama 10-15 minit.

quantity/saiz plak bergantung pada jenis cawan digunakan kalau pot beras yg piyok nasi tu yg kecit tu...muat loyang 7". kalau cwn besar lagi loyang 8" le.

Monday, May 31, 2010

lagi jejak kasih - ex sggs


eee seronoknya...dapat jumpa my ex roommate kat sggs hostel. bani namanya. 5 thn kami dok sebilik kat bilik melur A. antara bilik yg paling nakal zaman tu hehehe. bani adalah teman sekatilku...dia dok bawah ku dok atas (katil double decker) and we shared locker juga. dulu ku selalu ikut bani balik umah dia kat kg jawa bila time outing. coz umah bani dekat je...kiranya semua ahli keluarga bani memang kenal sangat le dgn ku nih...hehehe...thank you bani coz sudi bawa rosma pi umah bani...really appreciate it. ingat lagi..sedapnyaaa masakan mak bani..and as always my favorite is sambal tumis...tak kira le bilis ke sardin ke hehehe. skarang bani tinggal kat kepala batas...so ari tu malam baru bani datang pick up tempahan kek hantaran ni. kek ni utk kazen dia.
yg bestnya bani dtg satu famili..bersama hubby dan 4 orang anaknya. sioknya ...bani ada 2 anak lelaki and 2 anak perempuan...very luck kan..2 pairs. masa bani and famili masuk lam umah hubby ku kat atas. so bila dia turun je tangga...terus husband bani kata...ish kenal ni...biasa jumpa ni...masa tu i was thinking kot depa ni ada jumpa time2 keja ke...lepas tu hubby bani terus tanya...'budak ukm' kan...hahahaha...rupanya sama2 belajar kat ukm dulu...bila dah kenal pe lagi rancak le depa berbual...bukan wife je jejak kasih rupanya hubby kami pun jejak kasih juga hehehe.
perkara yg agak terkilan...masa zaman ku dok bandar baru bangi dulu...rupa2nya bani pun dok kat bangi juga kat bangi perdana...alahai...punya le dekat....tapi tu lah tak ada rezeki...tak pernah jumpa pun. dan zaman tu kami belum ber facebook. ku banyak jumpa skool mate ni sejak join facebook le . apa2 yg lepas dah lepas...let's cherish apa yg ada sekarang kan...




Wednesday, May 19, 2010

may bday

bulan may tahun ni baru ku realize bahawa orang2 yg terdekat dgn ku dilahirkan pada bulan may. bila ku sedar akan ini...baru ku sedar juga bahawa these peoples memang ada persamaan on certain things. dan peliknya camna ku leh attach dgn org2 ni wpun persamaan mereka itu bukan lah sesuatu yg ku suka muahahaha. gamaknya ni lah yg dikatakan opposite attraction.



15th may...bday my darling hubby, azman. wahhhh see gambar ni...zaman muda giler...tak ingat bila gambar ni coz jumpa gambar ni kat album abang ku. ini mungkin zmn bertunang atau baru kawin. niway bday ni bday my hubby yg ke 20 kali since we know each other. dah lama rupanya ku mengenali umat ini...tapi masih byk yg ku seolah tidak tahu/tidak mengerti/tidak faham or the right word could be 'tidak mahu' tahu/tidak mahu mengerti/tidak mahu faham akan personality/character/attitude nya. definitely he will agree on the word 'tidak mahu' kik kik kik...whatever it is...we have gone through so much things together....and i pray semoga kami dapat mengharungi liku-liku hidup ini bersama dgn lebih tabah dan dgn penuh kasih sayang. HAPPY 43RD BDAY MY DARLING HUBBY. I LOVE U....


2 may bday kakak ku no. 3 out of 5 siblings. nama nya roslina but when i was young...i cld never said ros...so jadi 'OH' omit the word kak ...i call her OH sampai la ni wpun dah boleh sebut 'ros' hahaha. ini kakak ku yg termuda le...coz she no. 3 and the no. 4 is a brother. masa kecit2 skool time ku tido dgn dia, masa zmn sekolah and itm ku ...we communicate to each other by letter...ntah le napa kami rajin plak tulis surat dedulu even sampai zaman kerja dan zaman ku kat jepun pun once in a while OH akan tulis surat kat ku, i think she loves to write letters kot. she is 8 years older than me...but she look much younger...people used to say that ku kakak dia... now pun masih ada yg kata ku kakak dia..but ku tak kisah...coz dia kakak ku, tak kisah lah nampak tua ke muda ke, hehehe. OH happy 48th bday....may Allah bless u with happiness.

8th may bday my gud fren, fiza, kenalan ku masa di jepun. she's 8 years younger than me. we've met in japan masa ku ikut hubby gi wat postgrad and fiza was an undergrad masa tu. di tahun terakhir ku di sana, ku tolong babysit her firstborn, Adam, for a year. masa dia minta tolong ku jaga adam coz dia nak kerja ... adam baru umur 4 bulan. dari situ persahabatan kami berkembang. macam2 kami lalui bersama. fiza adalah antara org yg byk menggalakkan ku utk menjual hasil2 masakan ku. she helped me with the bento biz bulan ramadhan masa kat jepun. she helped me to promote my cheesetarts, cheesecake, cupcakes, raya cookies kat mesia. though she's younger than me...but she give me a lot of inspirations. we shared a lot of cerita2 suka dan duka, meluah apa yg terbuku...emm that's what we do once in a while hahaha. wpun skarang kami dok jauh...emmm whenever i go to bangi...we sure we'll meet up. thank you for the friendship. HAPPY 32ND BDAY FIZA, SEMOGA TERUS TABAH MENGHADAPI DUGAAN YG MENDATANG...CERIA DAN BAHAGIA SELALU YEK..

10th may, bday my gud fren juga... faridah. berkenalan in 2001. our husband is in the same service and known each other since 1994. our friendship berkembang masa kami di jepun. kami in the same batch ke jepun, lived in the same block for a year in chiba ken. then they moved to niigata but the friendship remain... we talked to each other by phone once in a while. balik mesia pun kami tinggal tak jauh antara satu sama lain, dia di putrajaya dan ku di bandar baru bangi. byk yg kami kongsi bersama...masalah anak2, keluarga, kenalan...dan macam2 lagi. though kami tak share same interest tapi persahabatan tetap erat. wpun faridah 5 years younger than me, kami boleh serasi. HAPPY 35TH BDAY FARIDAH, SEMOGA TERUS BAHAGIA BERSAMA SUAMI DAN ANAK2 HINGGA AKHIR HAYAT.
buat FARIDAH DAN FIZA, SEMOGA PERSAHABATAN KITA KEKAL SELAMANYA.

Sunday, May 16, 2010

family day bppb, icu jpm penang

our 2nd year join family day kat opis ni....and this is the best event ever....kutip gula2 utk anak2 kecil hehehe.


ni plak acara kepit bola.....haru biru semuanya hahaha

ni paradise hotel punya game organizer...last year pun wat kat sini and same people gak yg organize game nih. niway okay lah derang organize...

this year cuma 3 branak je gi family day. syairah tak ikut coz ada sekolah ganti. irfan ikut tapi tak nak main game apa pun...emmm mood tarak ok punya. ku pun main satu game je...tu pun game husband and wife..so kena lah join gak... hubby ku beriya nak main game memancing.., ingat pancing ikan...rupanya pancing botol..nampak cam senang..buat as hard as memancing ikan juga rupanya hehehe



anyway ...hubby ku ni kira quite good gak in this game wpun first time main.

ini ofis dia buat surprise bday kat dia...a day b4 the day his officer call ku nak minta tolong tolakkan kek ... so tolong je lah no big deal. family day ni memang jatuh on my husband bday. tu yang staff dia beriya nak surprise kan dia. and in may ni ada 2 org celebrate bday. that lady tu, k/minah and her bday was on 12th may. so skali le join.
bday hubby ku....kat umah tak ada celebration...i just bought him a gift. the gift is always smtg that he need hehehe.

for the luck draw, ada 2 kategori, staff and family. for staff, dapat blender & mill panasonic and for family draw my name was called and won juice xtractor. dua2 benda ni memang ku dok plan nak tebus tru citibank or bonuslink...tup tup menang lucky draw plak so tak yah le redeem. well i think since my husband joined this department...we're quite lucky ...dah 2 thn berturut lucky draw dpt apa yg ku tengah dok pk nak beli/redeem. last year..tengah dok plan nak beli handphone tup tup dpt masa lucky draw, kali ni pun sama juga. irfan bengang je coz seme dapat kat mama katanya hahaha.

Thursday, May 13, 2010

award mother's day dari k/rus

thank you very much k/rus...happy mother's day to u too.
HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL MY FRENS/VISITORS.







Wednesday, May 12, 2010

anak-anak ku

ni coach saja nak amik ati irfan kot...letak swimmer of the month kat notis bod pisa tu. tapi ye lah masa bulan march memang rajin betui pi training. tapi la ni...semangat utk swimming dah mula pudar. this week sekali pun tak pi lagi. ntah le...budak2 kan...kejap2 je minat dia berubah. skarang dok siok main rugbi plak kat sekolah petang, so mana nak larat pi latihan renang malam. harap weekend je lah baru gi.
foto seterusnya adalah kejadian masa gi majlis kerdipan bintang sek men jalan 4, bandar baru bangi pd 8hb may 2010 baru ni. majlis ni adalah majlis anugerah cemerlang utk pencapaian straight As bagi SPM dan PMR 2009 dan juga utk form 1, form 2 and form 4. semangat sekali nak pergi..ye lah anak pun 2 je kan..kalau tak attend...bila lagi ye tak. alhamdulillah, majlis berjalan lancar. terharu pula bila dengar pencapaian sekolah ni. sekolah ni agak baru tapi dah dianugerah kan sebagai sekolah harian cemerlang 2009 dan amat bangga coz my doter adalah salah seorang contributor hehehe. niway ku memang grateful sangat dgn usaha cikgu2 dan warga kerja smkj4 ni. pada ku tanpa usaha gigih mereka, bukanlah mudah untuk anak2 ini berjaya.










Sunday, May 2, 2010

chocolate cuppies with cheese filling / black bottom cupcake

ni kes tgk my niece cuba resipi lain dari that i'm used to do...so ku pun terpanggil nak cuba resipi lain juga...ku surf kat net and i found this recipe. bagus resipi ni tak pakai telur. tak payah pakai mixer pun for the chocolate cuppies very simple and easy. resipi nya kat bawah yek. cuba le.

my verdict: hahaha tak menepati citarasa ku. bukan pasal tak sedap...cuma ku dah ada rasa tersendiri utk black bottom cupcake ni...dah so used dgn rasa dari resipi yg ku dok guna selama ini, so this recipe just cannot beat that one. i love my old recipe for this cupcake rather than this one. resipi apa ku guna hahaha..rahsia...ku mix and match few recipes dari bloggers lain plus tambah itu ini and finally menghasilkan sesuatu yg begitu sesuai dgn citarasaku.

tapi this recipe memang mudah sangat nak disediakan. so cuba lah mana tau this will fit to ur taste wpun tak sesuai dgn ku. if i were to use this recipe again...i will adjust it by adding few things. texture kek nya cantik sgt.. tak tau plak ku yg kek wpun tanpa telur, tanpa good beating boleh jadi cantik cengini..jahilnya le ku ni kan. niway ku buat tadi setengah adunan je and ku dapat 10 cuppies papercup saiz 8.

black bottom cupcake
Cream Cheese Filling:
8 ounces (227 grams) cream cheese, room temperature
1/3 cup (65 grams) granulated white sugar
1 large egg
1/2 teaspoon pure vanilla extract

Chocolate Cupcakes:
1 1/2 cups (195 grams) all purpose flour
1 cup (200 grams) granulated white sugar
1/3 cup (30 grams) natural unsweetened cocoa powder (not Dutch processed)
1 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
1 cup (240 ml) water
1/3 cup (80 ml) corn or canola oil
1 tablespoon white vinegar
1 teaspoon pure vanilla extract

Cream Cheese Filling: In your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese until smooth. Add the sugar, egg, and vanilla extract and beat until creamy and smooth. Set aside while you make the Chocolate Cupcake batter.

Chocolate Cupcakes: In a large bowl sift together the flour, sugar, cocoa powder, baking soda, and salt. In a separate bowl mix the water, oil, vinegar, and vanilla extract. Make a well in the center of the dry ingredients and stir in the wet ingredients until nice and smooth. Evenly divide the batter among the 12 muffin cups. Then spoon a few tablespoons of the cream cheese filling into the center of each cupcake.

Bake in the preheated (170 C) oven for about 20 - 25 minutes, or until the cream cheese filling is a little brown and the cupcakes feel springy to the touch (a toothpick inserted into the chocolate part of the cupcake will come out clean). Remove from oven and place on a wire rack to cool.

Wednesday, April 21, 2010

spaghetti

semalam ku wat spagetti for lunch. emmm makan2 sedap le plak...coz kena dgn taste yg ku nak. kadang2 ku wat tak kena rasa nya. taste ni buat ku terkenang zaman dok jepun dulu. teringat makan spagetti kat umah mak angkat fiza di jepun...sedappp. aceli tak ada apa spesel pun...guna readymade sos je...cuma dia tambah cream masakan kat dlm sos tu. so semalam ku guna idea dia, readymade sos, daging cincang, sosej, dan juga cili. tekak org melayu sos spagetti pun mesti ada rasa pedas. ku tak suka sos ala orang itali yg masam2 tu.. so lebih kurang cengini le ku wat sos spagetti ku
daging cincang
sosej- potong le ikut suka
sos spagetti traditional/mushroom brand leggo's
bawang besar - dadu
2 sudu butter
2 sudu cili kering dikisar dgn bawang besar
2-3 sudu besar krim masakan
secubit lada itam
garam/gula secukup rasa.
  1. panas pan, cairkan/panaskan butter.
  2. masukkan bawang besar yg didadu, bior layu
  3. pastu masuk daging cincang and letak disebahagian pan tu sambil2 dialih2, di sebelah lagi letak cili kisar.
  4. agak2 cili dah masak, masukkan sosej baru le gaul semua skali dlm pan tu.
  5. then masukkan sos spagetti leggo tu..then kacau sebati, pastu masukkan krim masakan (ku guna whip cream brand emborg. boleh guna yg nestle dlm tin kecit tu juga. coz yg ni tak ada sugar, kalau whip cream hok buat topping cake tu ada rasa manis, tak sesuai)
  6. then perasakan dgn garam dan gula, kacau sebati..sedia utk dihidang...
ni cerita kami pi makan kat sushi king kat queensbaymall. it's a first time utk ku, hubby dan irfan. syairah dah biasa dok makan dgn kawan2 dia. aceli dok rindu nak makan unagi set macam kat restoran miyagi di bangi, so bila tgk kat sushi king pun ada set tu dan harga nya pun separuh lebih murah...so kami pun nak le terai.
kami 4 branak ni irfan sorang je peminat sushi. ku dan hubby memang kurang minat. kami lebih kepada set unagi aka belut (sea eel) atau tenpura (tapi tenpura kat mesia tak sedap mcm kat jepun). syairah plak apa2 pun dia ok. tapi dia selalu ikut menu mama dia hehehe. so masa kat sushi king irfan amik tenpura set + sushi, kami lagi 3 org amik set unagi.
so our verdict utk green tea dan unagi set:
tak sesedap dan seasli rasanya mcm kami makan kat restoran miyagi di bangi. dan saiz setnya separuh lebih kecil dari saiz set di miyagi. no wonder le reganya separuh jauh lebih murah. green tea yg sushi king tu serve...tak rasa cam green tea pun cair sangat. miso soup pun cair and kurang rasa, nasi tak cukup sticky, unagi tak fresh and moist.
kat miyagi satu unagi set RM42 ada nasi, unagi, buah, salad (samada telur/makaroni - ikut ari), cawan mushi, pickle dan miso soup . (memang mahal tapi bila dibanding dari segi rasa...sanggup kuar duit hehehe)

kat sushi king unagi set RM19.90 ada nasi (separuh dari saiz kat miyagi), unagi, cawan mushi dan miso saja.
ni le unagi set kat sushi king.

Wednesday, April 14, 2010

jejak kasih


last month on 17/3/2010 ku berjumpa kembali dgn classmate ku masa kat itm dulu, norhanirus (berdiri no. 4 dari kanan). lama kami tak jumpa rasanya sejak kami grad thn 1991...tak pernah jumpa dah si nor ni. kebetulan minggu tu minggu coti sekolah so nor datang coti2 dgn family ke penang. so nor terus le lajak singgah ke umah ku. tima kasih nor pasal ko sudi singgah jengok ku kat penang ni hehehe. sori nor tak dapat nak melayan nor sebaik mungkin. nor datang pagi, ari tu kebetulan ku bz sangat, pagi bz dok membaking tempahan dari org putrajaya/bangi dan petang tu plak after lunch kami bertolak ke bangi. anyway sonok dapat jumpa nor dan family ari tu wpun hanya seketika. thanks nor.

cuppies sempena 40th bday utk sitasuria jamaluddin.



ni last month on 22/03/2010 - di padang kota, berjumpa-jumpaan dgn my schoolmate sitasuria. last jumpa sita masa 1992 kot...masa tu coursemate sita jadi ku punya housemate so dari situ dpt contact sita balik.dpt le jumpa 2 kali kot. pastu terus masing2 menghilangkan diri. ni le baru dpt jumpa balik. ari yg kami jumpa tu ada lah bday sita yg ke 40...so ku bawa cuppies kat sita sempena bday dia. aceli cuppies tu norshakirah mohamed yg ode. nor yg let me know yg sita ada kat penang and she was the one who told me 22/3 tu bday sita. sonok borak dgn sita 2 jam cam tak terasa je...sita pulak bawa album lama zaman kami kat st george's girls' school (sggs) pe lagi gelak tak hingat le tgk gambar2 zmn tu hehehe. hopefully kita tak lost contact lagi kan sita. jom le dating lagi skali.





ni plak berjumpa2an dgn k/mas. tak sure bulan mac or februari. tapi memang menyeronokkan. k/mas , hubby and hakim datang ke rumah ku. lama kami sembang2. hubby kami pun macam kenal lama...sembang sakan... pastu we've met a few more times kat pisa plak. k/mas adalah senior ku kat sekolah dulu, sggs. kira 23-25 thn le tak jumpa.



Saturday, April 3, 2010

cerita irfan & PST

ni nak cite pasal irfan. kat penang ni..dia tak leh men futsal or bola pasal tak ada geng in our neighborhood. sekolah plak pemilihan pemain dia dah terlepas. so his next choice is swimming. utk mengumbirakan ati dia....masa mula pindah aritu b4 chinese new year ku pun mula le sent email to few swimming club in penang. and finally dapat respon dari PISA Swimming Team (PST) and the head coach mr andrew asked me to take irfan to PISA for efficiency test masa coti cny ari tu. alhamdulillah irfan diterima masuk ke club ni. so the training schedule is everyday except wednesday. the members should come for training at least 3 times a week. so we choose to go for friday, saturday and sunday.

mula2 irfan dimasukkan dlm grup junior but mr andrew dah awal2 cakap, he won't keep irfan long in this grup coz dia nak push him to intermediate/senior grup cepat2. and now irfan already in intermediate group...bagus lah. wpun his stamina/speed tak le hebat...tapi he picked up the skill cepat juga le. niway semua tu bukan le our main objective pun...as a parent...kami punya objective hanyalah nak mengisi masa irfan yg terluang tu dgn aktiviti yg berfaedah dan disamping tu nak biasakan dia dgn pergaulan pelbagai bangsa dan disiplin.

ni antara menu irfan sebelum gi swimming...ntah le napa suka benor dgn omelet ni. asyik2 nak omelet ....

ni irfan dgn junior grup dia ...


kadang2 balik dari swimming lapar...so dia dah siap menu dia...antaranya...sandwich kat subway...emmm kena le mr papa melayan kerenah anak jantan sorang nih.


Thursday, April 1, 2010

coti coti di bangi

lawak kan tajuk...cam pelik je...mana ada org gi oliday gi bandar baru bangi. org pi oliday kat penang ka...ni org penang gi oliday bangi kuang kuang kuang. niway tak plan pun...mula dok plan coti sekolah nak bawa anak2 merayap kat penang ni je, naik pg hill ka, pi mandi kat beach ka... tup tup...my hubby azman, ada meeting kat putrajaya 2 ari...so apa lagi...ku amik kesempatan ni bawa anak2 gi jumpa kawan2 depa la kat sana. kami bertolak rabu t/hari. sampai sana dah dekat maghrib, gi check in dulu kat equatorial bangi. then kami pi dinner kat miyagi japanese restaurant. ni kira pot tetap kami utk makan le... rindu nak makan unagyi jyo...wah makin mahal reganya rm42 kot per set skarang ni kat miyagi...dedulu rasanya tak sampai pun... niway memang kenyang gilos coz satu set tu ada miso soup, salad macaroni, cawan mushi, buah, nasi dan unagyi aka belut... and green tea.

ni le rupa nasi dan unagyi yg di gemari kami sekeluarga nyum nyum nyum

khamis plak agenda anak2...syairah gi outing dgn kawan2 sekolah dia smkj4 ke times square dan irfan plan ngan kawan2 dia kat seksyen 9 gi alamanda. ku bawa anak2 fiza, adam dan hani skali. adam ikut irfan jalan2...hani plak ikut ku le... lepas gi alamanda kami gi umah akak ku kat puncak jalil plak...lama tak tengok eva...rindu plak kat dia...emmm kebetulan dia demam so kurus le sikit.... petang bawa irfan balik otel coz dia n his fren nak mandi2 kat kolam equatorial. then ku gi pick up my hubby kat jpm then syairah kat komuter ukm.

malam plak fiza n anjang belanja kami dinner kat restoran stimbot baru buka kat seksyen 7. not bad juga....agak fresh juga le seafood dia. sedappppp.

jumaat dating dgn fiza...kami gi pavilion. first time pi sana...naik murano fiza le...wuishhhh berdesup si fiza ni bawa murano. kami makan2 dulu then round2 kejap. tak leh nak jalan lama, ada yg merengek nak balik and lagipun ku kena pick up hubby kat jpm kol 6 ptg. malam tu kami dinner kat restoran saba' cyberjaya...makanan arab...stended le gi situ kami mesti amik set chicken kabsah ngan lamb kabsah... pagi2 sabtu kami dah balik ke penang balik...penat tapi sonok....jom layan piccas

ni menu lunch ku...makan kat pavilion
ni plak masa dinner dgn fiza kat restoran stimbot seksyen 7.

ku ngan fiza kat pavillion


adam n hani ...posing kat putrajaya...ni kes lama sgt tunggu uncle...

adam n hani mandi manda kat equatorial


hani men game kat putrajaya
ku n syairah masa dinner kat miyagi

ishhh apa la papa ni dok wat...irfan kepenatan kot.

Tuesday, March 9, 2010

baking class

INSYAALLAH BERMULA APRIL 2010, ZANAZ HOME BIZ AKAN MENGADAKAN BAKING CLASS DI RUMAH. JIKA ADA YG BERMINAT SILA LAYARI http://zanaz70.blogspot.com UNTUK KETERANGAN LANJUT. JADUAL BELUM DIKELUARKAN LAGI. INSYAALLAH SKIT MASA LAGI JADUAL AKAN DIKELUARKAN.

HARAP MAKLUM, TERIMA KASIH

Monday, March 8, 2010

rich marble chocolate cake

jom tayang rich marble chocolate cake yg ku copy dari blog mamafami. nampak cam best je resipi tu so ku pun cuba le...memang tepat skali..tidak mengecewakan..better than resipi marble cake sebelum ni...lebih moist dan halus texture nya. yg sebelum ni texture wise ok tapi agak dry. yg ni memang moist. so korang nak tau camne rasanya...cubalah..tak susah pun. satu resipi kat bawah ni sesuai utk loyang bulat 6" atau 7". ku adjas skit resipi ni..ku tambah sunquick dan orange essence sebagai ganti vanilla essence. bab adjas ni memang stended aku le...


RICH MARBLE CHOCOLATE CAKE SHEILA MAMBO

125g dark chocolate - diced and melted
125g butter
125g castor sugar
2 eggs - slightly beaten
155g self raising flour
80 ml fresh milk
1 teaspoon vanilla essence

Method :

1. Cream butter and sugar till light.
2. Pour in the eggs, a little at a time. Add in vanilla essence. Continue beating.
3. Add in flour alternately with fresh milk, starting and ending with flour.
4. Divide the mixture into 2. Add one portion with the melted chocolate and leave the other one plain.
5. Grease well, a small baking tin. Spoon 2 tablespoons of plain mixture onto the middle of the baking tin. Top it with 2 tablespoons of chocolate mixture. Continue the proses until all the mixture is used up.
6. Bake in a preheated oven at 170 C for 45 minutes or till done.