PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Thursday, April 1, 2010

coti coti di bangi

lawak kan tajuk...cam pelik je...mana ada org gi oliday gi bandar baru bangi. org pi oliday kat penang ka...ni org penang gi oliday bangi kuang kuang kuang. niway tak plan pun...mula dok plan coti sekolah nak bawa anak2 merayap kat penang ni je, naik pg hill ka, pi mandi kat beach ka... tup tup...my hubby azman, ada meeting kat putrajaya 2 ari...so apa lagi...ku amik kesempatan ni bawa anak2 gi jumpa kawan2 depa la kat sana. kami bertolak rabu t/hari. sampai sana dah dekat maghrib, gi check in dulu kat equatorial bangi. then kami pi dinner kat miyagi japanese restaurant. ni kira pot tetap kami utk makan le... rindu nak makan unagyi jyo...wah makin mahal reganya rm42 kot per set skarang ni kat miyagi...dedulu rasanya tak sampai pun... niway memang kenyang gilos coz satu set tu ada miso soup, salad macaroni, cawan mushi, buah, nasi dan unagyi aka belut... and green tea.

ni le rupa nasi dan unagyi yg di gemari kami sekeluarga nyum nyum nyum

khamis plak agenda anak2...syairah gi outing dgn kawan2 sekolah dia smkj4 ke times square dan irfan plan ngan kawan2 dia kat seksyen 9 gi alamanda. ku bawa anak2 fiza, adam dan hani skali. adam ikut irfan jalan2...hani plak ikut ku le... lepas gi alamanda kami gi umah akak ku kat puncak jalil plak...lama tak tengok eva...rindu plak kat dia...emmm kebetulan dia demam so kurus le sikit.... petang bawa irfan balik otel coz dia n his fren nak mandi2 kat kolam equatorial. then ku gi pick up my hubby kat jpm then syairah kat komuter ukm.

malam plak fiza n anjang belanja kami dinner kat restoran stimbot baru buka kat seksyen 7. not bad juga....agak fresh juga le seafood dia. sedappppp.

jumaat dating dgn fiza...kami gi pavilion. first time pi sana...naik murano fiza le...wuishhhh berdesup si fiza ni bawa murano. kami makan2 dulu then round2 kejap. tak leh nak jalan lama, ada yg merengek nak balik and lagipun ku kena pick up hubby kat jpm kol 6 ptg. malam tu kami dinner kat restoran saba' cyberjaya...makanan arab...stended le gi situ kami mesti amik set chicken kabsah ngan lamb kabsah... pagi2 sabtu kami dah balik ke penang balik...penat tapi sonok....jom layan piccas

ni menu lunch ku...makan kat pavilion
ni plak masa dinner dgn fiza kat restoran stimbot seksyen 7.

ku ngan fiza kat pavillion


adam n hani ...posing kat putrajaya...ni kes lama sgt tunggu uncle...

adam n hani mandi manda kat equatorial


hani men game kat putrajaya
ku n syairah masa dinner kat miyagi

ishhh apa la papa ni dok wat...irfan kepenatan kot.

Tuesday, March 9, 2010

baking class

INSYAALLAH BERMULA APRIL 2010, ZANAZ HOME BIZ AKAN MENGADAKAN BAKING CLASS DI RUMAH. JIKA ADA YG BERMINAT SILA LAYARI http://zanaz70.blogspot.com UNTUK KETERANGAN LANJUT. JADUAL BELUM DIKELUARKAN LAGI. INSYAALLAH SKIT MASA LAGI JADUAL AKAN DIKELUARKAN.

HARAP MAKLUM, TERIMA KASIH

Monday, March 8, 2010

rich marble chocolate cake

jom tayang rich marble chocolate cake yg ku copy dari blog mamafami. nampak cam best je resipi tu so ku pun cuba le...memang tepat skali..tidak mengecewakan..better than resipi marble cake sebelum ni...lebih moist dan halus texture nya. yg sebelum ni texture wise ok tapi agak dry. yg ni memang moist. so korang nak tau camne rasanya...cubalah..tak susah pun. satu resipi kat bawah ni sesuai utk loyang bulat 6" atau 7". ku adjas skit resipi ni..ku tambah sunquick dan orange essence sebagai ganti vanilla essence. bab adjas ni memang stended aku le...


RICH MARBLE CHOCOLATE CAKE SHEILA MAMBO

125g dark chocolate - diced and melted
125g butter
125g castor sugar
2 eggs - slightly beaten
155g self raising flour
80 ml fresh milk
1 teaspoon vanilla essence

Method :

1. Cream butter and sugar till light.
2. Pour in the eggs, a little at a time. Add in vanilla essence. Continue beating.
3. Add in flour alternately with fresh milk, starting and ending with flour.
4. Divide the mixture into 2. Add one portion with the melted chocolate and leave the other one plain.
5. Grease well, a small baking tin. Spoon 2 tablespoons of plain mixture onto the middle of the baking tin. Top it with 2 tablespoons of chocolate mixture. Continue the proses until all the mixture is used up.
6. Bake in a preheated oven at 170 C for 45 minutes or till done.

Sunday, February 28, 2010

sotong goreng tepung

ni menu kegemaran irfan. sotong goreng tepung cicah sos cili dgn nasi panas dah cukup buat irfan makan dgn berselera. tapi ku ni tak pandai sgt wat sotong goreng tepung...selalu tak jadi samada guna tepung ready mix or bancuh sendiri...kadang2 tak cukup coat tpg dia, tak rangup lah...macam2 lah. baru ni ku try lagi satu cara. ni cara kakak ku yg ku panggil 'Oh' (singkatan pd ros bgi budak2 yg pelat nak sebut ros hahaha). ku call dia tanya. so resipi dia, rub skit marjerin pada tepung then proses yg lain adalah sama. kalau nak rangup campur tepung gandum dgn tpg beras. nak lebih rasa maybe boleh letak rempah kari, jintan manis and jintan putih. gaul sebati tepung tu dan rempah tu. then mcm biasa...celup sotong pd telur then gaul ke tepung...ku buat dua kali supaya lebih dia punya coating tu. sukatan tak ada men agak2 je. Oh kata skit je marjerin tu jgn le sampai cam buat karipap plak. ku wat campur rempah kari je...so korang tau rasa cam apa...rasa cam ala2 kuih siput le plak. syairah kata sedap wat cengini. ni kira ku agak2 le sukatan utk pedoman korang.

SOTONG GORENG TEPUNG

  • 3/4 cwn tpg gandum

  • 3/4 cwn tpg beras

  • 1 sudu besar (paras) marjerin

  • 1/2 sd bsr rempah kari

  • 1 sd teh jintan manis + jintan putih

gaul tpg dgn rempah2 dulu then baru le masuk marjerin dan gaul rata.

  • 1 biji telur

  • skit garam

dipukul skit bg sebati.

  • sotong digaul dgn skit garam dan boleh juga perap jap dgn bwg putih tumbuk.

  • celup sotong ke telur then gaul dgn tepung (boleh ulang proses ni...ku buat 2 x so that coating dia byk)

  • then goreng dlm minyak panas hingga kekuningan.



ni plak gambar ku dgn kwn ku zauyah amiruddin. dah berpuluh tahun kami tak jumpa. maybe 26 years kot. dulu kami sama2 masuk sekolah men st george (sggs, penang) dan dok hostel plak satu bilik..bilik yg femes dgn kenakalan dan kebisingannya hahaha bilik MELUR A. bising dan nakal agak tahap gaban le bilik kami nih..belakang bilik kami betui2 depan main entrance hospital bersalin hehehe. dulu ku pandang zauyah aka kami panggil wie ala2 kakak gitu..coz dia ni anak sulung so her leadership tu memang terasa sgt...garang gak wie ni dulu2...ku plak anak bongsu. masa nak nek form 3 kot...wie pindah ke johor coz bapa dia transfer. so since then tak pernah jumpa dia. sejak ber facebook ni...jumpa le balik. then baru ni coti maulidur rasul wie blk kg, so dia amik kesempatan menempah cuppies & kpap dari ku...so kami jumpa kat Pisa yesterday. plan awal dia nak mai umah..tapi dia dah kelewatan and ku plak kena bawa irfan gi training renang...so kami jumpa kat pisa je. tak sempat sembang coz wie in a hurry nak pergi umah sil dia plak. tak pa wie next time kita jumpa lagi yek. datang umah plak yek. sonok balik penang this time around..coz dok jumpa kawan2 sekolah sggs dulu balik. ari rabu aritu jumpa my senior kat sggs, k/mastura salleh..nanti kita cite lain plak yek..tunggu k/mas upload gambar dulu.

cuppies chocolate moist tempahan wie utk ain. alhamdulillah wie sms kata seme sedap and she likes karipap very much.

Friday, February 19, 2010

me and my friend....

ni le kawan lama ku...my x opismate masa zmn keja bbmb & bcb. shieta namanya...emm dari mula zaman ku repot duty kat bank..seme org ingat ku ngan shieta ni adik beradik. mana2 kami pi kalau bersama pasti org tegur..masa zmn tu sama2 tak pakai tudung hehehe. ni dah lama tak jumpa, ingatkan nobody will tell us that we look alike. rupanya ada lagi...baru ni kenduri aqiqah kat umah shieta. so ku dan family pun pi la. tup tup masa kat dlm bilik dok tgk baby shieta...nephew dia masuk...dgn muka yg blur tengok kat kami berdua and he asked "aik yg mana satu ni aunty" hahahaha... pastu kuar dari bilik bertembung dgn neber dia...dah neber dia ingat ku ni adik dia plak... emmm sama ke???

ingat lagi masa wedding ku kat umah hubby, shieta jadi peneman ku..dia siap bermalam kat umah mil ku...dah semua org kat situ ingat dia ni samada kakak atau adik ku le plak hehehe. niway kami kira kawan rapat le...shieta is a friend that no one will forget, dia baik, friendly and very helpful. tak penah berkira. byk benda shieta tolong ku sejak kami mula berkenalan back in June 1992. since ku berenti bank in march 2001, shita le antara yg a few of my frens from banks yg masih keep in touch. i am grateful dikurniakan seorang sahabat macam dia. dan skarang ku dah balik penang....lagi le slalu jumpa. tadi pun pi singgah bank anto xtra cuppies for her.


ni buah tangah ku utk dia masa kenduri aritu. sonok anak shita, nabil tima cuppies nih..ku pun sonok bila org sonok kannnn

Wednesday, February 17, 2010

makan- makan

ni agenda makan2 sebelum berpindah ke penang. ni kami makan kat miyagi, pusat bandar baru bangi. ni le tpt kami dok makan japanese food. irfan ni peminat sushi so mesti order set yg ada sushi. kat sini setiap set dia, memang mengenyangkan...byk...a very big set. syairah ngan azman plak ode set unagi jyo. ku ode tempura. tapi tempura tak best cam kat jepun. udang dia tak fresh. set unagi jyo tu memang oishiiiiiiiiii. ni tak tau le bila plak nak ke bandar baru bangi.....
ada lagi satu our favorite spot for dinner...restoran saba kat cyberjaya...ni masakan org arab. tapi kami pergi tak plak penah ode yg lain...tiap kali pergi mesti makan nasi..lamb kabsah ngan chicken kabsah. dua ni memang bestttttttttttt. chicken tu ada menu lain...grill, roast and satu lagi tak ingat nama...tapi chicken kabsah is the best to my taste. dia punya kebab pun best. kedai tu dari satu pindah...skarang dah renovate jadi dua pintu siap corner lot lagi. memang tiap kali pergi ramai orang...samada our local ataupun foreigner.. gambar tak ada...selalu kelaparan jadi tak ingat nak snap gambar hehehe...nasi dia ni...medium plate pun leh share 2-3 org. kalau tahap lapar sederhana large plate satu pun dah boleh makan 4 orang...medium plak leh makan 3 orang....tapi kalau tahap lapar tahap gaban hahahaha...1 large plate ...abis le irfan dgn papa dia makan and ku plak dgn syairah 1 medium plate.


ni plak our dinner masa baru2 pindah ke penang. irfan sibuk nak makan ikan bakar. so hubby bawa gi makan kat hammerbay di bayan bay nun...dekat dgn queensbay mall. dah few times kami makan ikan bakar kat sini...ada byk kedai...tapi tiap kali pergi kami mesti makan kat kedai yg tepi laut sebelah kanan. so tak tau le kedai lain sedap ke idak...tapi kedai ni sedapppppppppp



Tuesday, February 16, 2010

cakui & pau

sejak pindah ni...rajin le plak. this morning wat pau inti sambal udang kering ngan inti kaya gardenia...emmm sedapnya. resipi ni kira ok le...niway resipi ni ku dah adjas dari resipi yg ku tgk sana sini. lembut dan gebus. cuma tak boleh perap lama...kalau ter over perap..bila buka tutup kukusan ia akan mengecut dan berkedut sikit. resipi dah penah letak dulu. so browse le yek.



ni pun antara kuih yg dah lama ku tak wat. ku wat ni last week kot. cakui ni belajar dgn my sis in law. ingat lagi arwah my father suka sangat bila my sil wat kuih ni. a day or two (kurang pasti) masa kat sepital taiping, my sil bekalkan arwah my father dgn cakui ni. masa tu my sil kirim kat ku. coz masa tu public holiday so ku nak gi lawat dia kat sepital. suka dia dpt makan kuih kegemaran dia.

cakui
400 gm tpg gandum
4 gm yis segera
1/2 sdb shortening
1 sdb marjerin
1 biji telur
1 sdb susu pekat/ gula
secubit garam
+ - 1 1/2 cwn air

ku cairkan marjerin then sejukkan, pastu masukkan telur dan kacau sebati. yis di larutkan dlm air dengan 1 sdt gula dan biar kembang. Satukan tepung dengan garam, shortening dan susu. gaul sebati. kemudian masukkan campuran telur dan marjerin and masukkan yis dan air. kacau sebati dan perap lebihkurang 3-4 jam. Bentukkan dan goreng dlm minyak panas.

kuah kacang

5 btg cili kering - digoreng dlm minyak
1 labu bwg besar - dipotong kasar dan digoreng hingga layu tak perlu hingga garing
sengengggam kacang tanah - digoreng tanpa minyak
gula, garam dan air asam jawa - sesedap rasa

blend cili kering dan kacang tanah bersama air dlm blender. blend atau tumbuk bawang yg digoreng tadi. panaskan minyak tumis bawang dahulu dah naik bau dan agak garing masukkan kacang dan cili yang dah diblend. tambah air jika perlu. kemudian biar didih seketika dan masukkan gula, garam dan air asam sesedap rasa.

Friday, February 12, 2010

umah gomen

we moved to penang on 28th january 2010. pagi2 lagi bertolak. emmm terharu plak seawal 5 am jiran sebelah ku bangun untuk jumpa kami buat kali terakhir sebelum bertolak ke penang. halfway driving...ngantuk le plak...almaklumlah badan dah naik lunyai dok packing barang selama seminggu. we reached penang around 10 am. by that time, lori yg bawa barang dah lama sampai. this is my first time sampai kat tpt ni. though ku belajar and kerja di penang, but i was not familiar this area. lalu saja kat main road tu tak pernah masuk jalan2 kat sini. rupanya ada few goverment houses kat sini. and this is ours.
laman umah ni besar gilos....rumah pun besar le...kalau compared dgn umah teres ku tu kan.. pastu windy plak...sioknyaaa....nyaman je. tapi ni umah lama...tak tau le dah berapa puluh tahun. tengoklah tingkap dan sliding door dia..masih lagi kayu.



ni rupa dari sisi. garaj, dapur then yg blakang tu maids quarters. kami tak clean up pun bilik2 tu. guna bilik2 tu utk letak perabot2 yg kami tak nak guna ( perabot that comes with the house). kami tak suka byk furniture...serabut hubby ku kata... umah ni ada 3 bilik tido kat atas and 3 bilik air. kat bawah plak ada satu toilet, pantry, stor, 2 bilik maids and 2 toilets.
last weekend, kontraktor datang baiki mana2 part yg rosak, lantai, syiling, pintu sliding yg dimakan anai. terus wat pest control sekali. dah siap unpack barang??? hahaha...there are 8 kotak kayu yg belum dibuka...dan kat dlmnya ada berpuluh2 kotak lagi hahaha...setakat ni yg dah keluar cuma daily use je kain baju, pinggan mangkuk yg enough for my family je hehehe. kali ni take it slow...lagipun tak lari gunung dikejar hahaha yg penting semua barang baking dah ada dlm pantry

Wednesday, February 10, 2010

hari2 terakhir di bdr baru bangi

nilah barang2 yg telah kami pack. masa ni lum angkat nek lori lagi. 95% siap di pack. wah kali ni lagi byk hubby buat kotak kayu..ada 11 kotak kayu and about 40 kotak biasa yg tak dimasukkan dlm kotak kayu. lost count how many boxes semua skali..coz yg masuk kotak kayu tak sempat nak wat numbering.
ni menu hari2 terakhir di bbb. masak tempoyak ikan merah. lepas gian...nak resipi??? ni resipi tak berguru...buat berdasarkan rasa makan kat R&R je...betui ke idak wallhualam...janji tekak ku sukaaaaaaaa hehehe

masak tempoyak ikan merah
2-3 slices of ikan merah
bhn tumbuk:
2 biji cili merah (boleh tambah cili api kalau mau pedas)
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1-2 inci kunyit idup atau 1 sdt serbuk kunyit.
2-3 sdb tempoyak - ikut selera..nak pekat ke tak
1 batang serai diketuk
garam dan gula - ni adjas ikut selera yek.
1. masukkan bhn tumbuk dan serai dlm piyok dan letak air agak dlm 350 ml - 500 ml.
2. agak2 dah panas, masukkan ikan tadi...then boleh masukkan tempoyak.
3. bior didih dan ikan masak then perasakan dgn garam dan gula. garam tak perlu byk kot coz tempoyak dah masin. asam pun tak letak coz tempoyak dah masam.
4. dah didih lagi sekali...dah masak le tu....nyum nyum sedapnya.

ni plak char koey teow seksyen 4 tambahan bandar baru bangi...memang beza skali dari char koey teow penang. komen dari ku dan syairah...nama tak kena dgn rupa dan rasa. macam koey teow goreng biasa je. udang pun tak ada. so jawabnya...memang skali je le ku beli koey teow ni. tapi kan...org bbb ni memang tak cerewet makan....coz ramai peminat char koey teow ni... bagus lah...kalau org bbb cerewet macam aku dan anak2 ku...memang tak leh idup le peniaga makanan kat bbb tu hahahaha.


ni plak home made rolled sushi for irfan. malas nak masak lauk segala ...and bila check dlm fridge ada beras jepun, nori (seaweed) and ada sushi no ko (apa yek dlm melayu..serbuk vinegar utk wat sushi kot), pastu check kat lemari ada tuna...so terus buat sushi. bila lama tak wat...beriya le dua orang anak ku tu makan. simple, kenyang dan sedap hehehe.

Monday, February 8, 2010

farewell

2 minggu lepas...masih di bangi. dlm kesibukan dok pack barang...sempat juga memenuhi undangan dari kawan2 yg nak buat farewell lunch, brunch and dinner utk kami sekeluarga. terima kasih tak terhingga buat nik, yati, ita, zaidah, mazni dan keluarga dan juga fiza dan keluarga. ni antara few photos yg sempat amik. brunch kat rumah nik, tak ada gambar...coz bz le sesangat hahaha...bz makan dan bergossip sampai lupa nak bergambar kui kui kui.

adam & hani bz dgn hp...dinner dgn derang sekeluarga kat d one steak kat bdr baru bangi.
ni plak fiza & anjang...mama & abah budak berdua tu le.

ayam boxing ni adam yg punya


ni lak mixed steak yg ku ode...ada daging, lamb dan udang. honestly...ku tak faham napa orang ramai kat kedai tu...for me...sekali tu je le kot ku pergi. steak dia rasa sungguh plain, rasa daging cam tu je...tak ada rasa spices ke apa2 ke dah tu liat le plak... lamb pun rasa plain juga. gravy terlalu cair dan kurang rasa. fish chip yg syairah ode pun tak mengancam. ayam boxing yg adam ode je nampak best. yg lain...not to my taste. buat sendiri kat umah sedap lagi...
ni masa lunch kat umah mazni...adoiii silap duduk nih...duduk sebelah mazni yang slim tu...sah le nampak kegemukan ku...uwarrghhh...tapi tu lah takat mengeluh gemuk but do nothing to lose the weight kuikuikui. masa lunch tu ada faridah, chema and nani with all their famil members. tq frens... gambar blur...amik dari hp dah tu kelam kabut...

Thursday, January 21, 2010

FAREWELL BRUNCH

wah apakah ini?? nama minuman ni...smtg Volcano le..tak ingat dah ordered by my fren nik. nampak cam menarik tu yg amik gambar tu. rasa wa pu ci tau, lupa nak tanya nik. aceli ni kwn2 ajak brunch kat bangi kopitiam. aritu Zaidah ngan Ita yang belanja hehehehe ku ngan nik...menikmati kik kik kik. tq very much zaidah and ita...terharu gituk....
niway bukannya sesi nak menikmati makanan tapi lebih kepada sesi bergelak ketawa hahahaha.
tak puan bergelak ketawa kat situ...ada ati lagi nak bergelak ketawa kat umah nik plak the following week hehehe. kejadian ni berlaku last sunday 17/01.
ni yg ku ode...ntah le...nama nya apa , tak ingat. tp mee kicap pun sesuai gak le...ni pun dlm kategori...tak teringat langsung dah nak makan lagik hahahaha.

ni lah umat2 yg bergelak ketawa kat bangi kopitiam tak hingat nak balik2 nih hahaha. lihatlah betapa tembamnya pipi ku...uwarrghhhh bila zaman le ku nak slim sikit... dlm dok penat pack barang pun...makan ok je... got to do smtg ni...

Wednesday, January 20, 2010

restoran chico seksyen 9, bdr baru bangi




ni dinner ku ngan anak2 few weeks ago. restoran ni nama chico kot kalau tak silap. dekat je ngan umah...sederet dgn kedai Manjaku kat seksyen 9 ni. kedai ni ada masakan melayu dan cina. kedai ni owner dia org islam le so halal le kan.
anyway...to our taste..tak cukup kaw lagi...penangan tak cukup kuat...tak rasa nak gi lagi pun hehehe. nak tau camna rasanya korang gi le rasa sendiri. taste ku ni tak leh amik kira....cerewet tahap gaban hahahaha... susah nk cari makanan or kedai yg ku betui2 suka kik kik kik masak sendiri pun pun tak suka gak kekadang kui kui kui

Sunday, January 17, 2010

lunch for syairah's frens

lunch ni requested by syairah's frens especially athirah...ari2 tumpang dok sebut2 koey teow ladna...since kami dah nak pindah so ku pun wat le lunch ni untuk derang.. tapi koey teow ladna sudah tukar...jadi koey teow hailam le plak...luckily they still liked it. and syukur alhamdulillah...they asked for smtg as easy as this for me to cook for them kik kik kik. side dishes ku wat cream puff dgn chocolate custard and potato salad...seme yg simple2 je...
ni keadaa meja sebelum di terjah kah kah kah

ni le rupa kanak2 riang ...yg belang tu syairah, then hezrina and nawal. yg berbaju sekolah amirah, then athirah dan yg nak tonggang ribena sebotol tu syakira. dan ni le rupa meja setelah dilanggar todak kuang kuang kuang

remaja2 ni memang riang beraksi dengan makanan dan minuman....

yg tiga sebelah sana tu sibuk membincangkan sesuatu yg lagi 3 ni plak suka beraksi depan kamera hahaha... congrat to all of them..seme berjaya dgn 8As, 7As and 6As in PMR. semoga persahabatan mereka berkekalan...
to all the girls...nanti datang le lawat syairah kat penang yek...kita makan2 kat penang plak tauuuuuuuu

Friday, January 15, 2010

RUMAH & APARTMEN UNTUK DISEWA

HARAP MAKLUM KEDUA2 BUAH RUMAH KAT BAWAH NI TELAH DI SEWA.

salam,

RUMAH DAN APARTMENT UNTUK DISEWA - BDR BARU BANGI & PENANG

BANDAR BARU BANGI, SELANGOR
double storey house -end lot
4 bilik tidur
3 bilik air
berdekatan dgn masjid al hasanah bandar baru bangi
terletak di pusat bandar, Bandar Baru bangi
dekat dgn tol plus sg besi-seremban (exit kajang atau exit bangi - about less than 10 mins drive
)


BUKIT GEDUNG, PENANG
3 Bedroom apartment
2 baths
near to wet market, surau, Giant, hospital, clinics, banks etc


pada yg berminat sila hubungi ku ros@zana di 0129102655 atau emel zanaz70@yahoo.com

Monday, January 11, 2010

bday adam

emmm kejap je..dah 7 tahun umur adam. dulu masa ku babysit dia umur dia baru 3 bulan, masa tu kami kat jepun. masa tu fiza, mama adam, baru mula nak kerja, abah adam plak anjang masih belajar lagi. ku pula ikut hubby sambung belajar kat jepun. so ku sempat le jaga adam lebih kurang setahun...dari baby ke toddler tu...ku lalui seme proses pembesaran adam...he was a handsome baby.

ni je satu gambar yg ku sempat amik masa kat umah derang semalam. puas ati le adam, fiza pun legaa le kot, coz utang dh berbayar hahaha...bukan utang apa le...adam has been complaining to fiza , yg mama ngan mak ros, bila bday hani (adik adam) buat kek banyak, panggil kawan2 segala, tapi bday adam sebelum ni cuma beli bday kek skit je kat kedai lepas mama balik keja. macam2 budak2 skarang, demand hebat2. ni pun bday present dia hp desktop computer lagik...
ni black forest yg ku saja terai wat...not to my taste/satisfaction lagi... bawa gi umah fiza gak cuppies ni.

antara juadah yg fiza hidang ...domino pizza, kfc and bihun goreng.


fiza ode baby cistat gak.

kek ben 10 untuk adam.

Sunday, January 10, 2010

PROMOSI BABY CISTAT & TIRAMISU CUPPIES

PROMOSI SEBELUM KU PINDAH KE GEORGETOWN PENANG HUJUNG JANUARI 2010.

PROMOSI BERMULA DARI 12 JAN - 16 JAN 2010
SILA BUAT TEMPAHAN SEBELUM 10 JAN 2010.
SELF PICK UP ONLY AT SEKSYEN 9 BANDAR BARU BANGI.
FOR MORE INFO KLIK HERE

tq.

Friday, January 8, 2010

apa cite nih...

not much to tell...ni kami gi outing ngan eva dan eli. gi jenjalan kat time square.
daging black pepper...perghhh lagi byk black pepper lagi sedap wei. kena dgn nasi panas2 memang lupa segala diet.... niway ku jarang skali beli daging, sebulan sekali pun lum tentu. especially sejak hubby tak ada...coz sejak hubby tak dok skali nih, ku jarang gi pasar tani, pasar malam or wet market. ku gi beli ikan, ayam dan udang kat kedai runcit yg jual benda2 ni seme. ku slalu wat marketing kat kedai cempaka kat seksyen 8. seme ada, lauk2, sayur2 cuma daging segar je tak ada...so sebab tu le jarang beli daging.
resipi??? emmm campak je... niway lebih kurang cengini le... sori le yek..ku masak malas nak sukat.

daging black pepper
1/4 kg daging - dihiris nipis
2 sdb - 3sdb besar lada hitam yg telah di tumbuk kasar
1 1/2 ulas bawang besar - 1 ulas di potong bulat atau wedges
2 cm halia - diketuk
2 ulas bwg putih - diketuk
4 biji cili api - diketuk (optional)
3 sdb sos tiram
1/2 biji lada benggala - ptg le camne suka
caranya:
1. ku blend 1/2 ulas bwg besar dgn 1 sdb lada hitam
2. perap daging 1-2 jam dgn bhn blend - (1 & 2 ni optional)
3. panas kan minyak dlm kuali, tumis bwg putih, halia dan cili api yg diketuk hingga layu
4. dah layu masukkan sos tiram dan lada hitam dan kacau sebati.
5. masukkan daging yg diperap dan masak hingga daging empuk.
6. bila daging dan empuk dan air dah agak kering baru le perasakan dgn garam
7. last skali baru masuk bawang besar dan lada benggala, kacau sebati dan tutup api. ku suka ladang benggala tu masih rangup...so kejap je la dimasak.

potato salad ni ku wat masa balik dok kat kubang semang dgn hubby. dinner kami anak branak masa tu potato salad dgn lamb chop. resipi lamb chop dah penah letak kan...so kali ni kasi resipi mudah untuk potato salad. sedap makan potato salad ni. kalau letak sausage pun sedap, tambah dgn fresh fruit macam apple ke pun ok gak. tambah kismis ke...dulu ku wat letak hirisan kurma segar...sedappp. niway letak le apa korang suka..brokoli ke, carrot ke...

potato salad
1. kentang dicuci kulitnya dan direbus hingga empuk.
2. dah empuk buang kulit dan dipotong mengikut citarasa tersendiri
3. celur brokoli dan baby carrot sekejap.
4. satukan seme bhn yg korang nak taruk dlm bowl.
5. tuang aja mayonis dan plain yogurt dan kacau sebati....taraaaaaaa dah siap, senang kan..