PENGUMUMAN

ZANAZ HOME BIZ is now located at JALAN LAHAT, GEORGETOWN, PENANG. layari http://zanaz70.blogspot.com/


Monday, February 23, 2009

bz minggu ni

korang layan je lah gambar makanan kat bawah ni, wpun cite dia tak kena mengena. minggu ni ku bz...nanti dah free ku cite apa ku buat minggu ni yek hehehehe.
maggi ni ku punya brunch di satu hari beberapa minggu yg lalu hehehe.
roti tuna goreng bread crumb...ni plak jamu masa tea time ngan bekpas beberapa weekend yg lepas.

Friday, February 20, 2009

vadai

petang khamis ku buat vadai utk minum petang. mula tu blur nak buat apa utk minum ptg...nampak kacang dal so terus rendam. tapi tu lah...kali ni ntah kenapa...tak laku plak vadai ni...seme pakat makan sorang seketui je. sampai malam pun tak ada sapa nak ulang. sayang je. selalu laku gak kuih ni...kali ni tak plak. walhal dah lama tak buat. tapi lately ni...kuih2 minum petang dh tak laku. anak2 dah jarang minum petang. hubby plak tgk menu dulu. ni le buat ku lagi malas nak buat kuih muih ni.

resipi nya senang je...

4 oz kacang dal - direndam dgn air suam selama 4 jam
1 biji cili ijo atau merah
1 tangkai daun kari
1/2 biji bawang besar
1 cmt jintan manis
1/2 cmt garam atau secukup rasa
skit hirisan halia
  1. tapis kacang dal yg direndam.
  2. tumbuk 3/4 bhg kacang dal hingga lumat dan bakinya agak kasar
  3. dadu halus2 cili dan bawang besar
  4. mayang daun kari (tak potong pun tak apa)
  5. campurkan kesemua bahan dan gaul sebati.
  6. panaskan minyak dlm kuali utk menggoreng
  7. bentukkan adunan leper2 dgn tapak tangan atau lapik dgn daun pisang yg berminyak.
  8. goreng hingga keemasan.
ni kek tempahan ellina, customer baru ku. las menet dia ode coklat kek utk hubby. lepass subuh pagi tadi ku gi anto kat umah dia di semenyih nun. terpaksa kuar awal, coz hubby ku ada hal lain hari ni. ku gi umah dia asalnya nak survey jalan utk anto ode dia utk kek hantaran wedding adik dia next friday. ellina kata, dah alang2 nak survey, baik la deliver kek sama . tq ellina.
muffin bluberry dan stroberi, tempahan pertama dari aishah, student ukm. lepas blk dari umah ellina terus pasang mesin beat muffin 50 biji. nasib bahan2 seme dah sukat dan masuk bowl sesiap. sambil buat air utk hubby bekpas...mesin pun dok godek butter ngan gula. janji dgn aishah kol 9 dia dtg amik. kol 9.20 baru ku kuar umah gi anto ke ukm, aishah tak jadi dtg amik coz ada problem transportation. panas2 lagi anto muffin ni kat aishah. kalau sedap ode le lagik yek...tq aishah.

mixed fruit cake

ku ni bukan peminat fruit cake. ntah kenapa ku tak suka fruit cake. tapi atas sebab nak menambah pengetahuan dan produk...ku pun cuba le resipi yg ku amik dari fp jun yummilicous. rasa kek ni macam butter cake biasa je dgn tambahan mixed fruit. tak best le mixed fruit ni...terlalu bnyk ceri kot...next time ku nak mix my own faveret fruits lah hehehe...tambah blackcurrant ke, orange peel ke... tapi utk yg nak cuba...okay...kek ni texture pun gebus elok je.

ni rupa kek yg telah dipotong. satu adunan tu dpt 2 biji, 7" round and 6" square dgn ketebalan dlm 1.3" je


mix fruit cake...(copy and paste dari blog jun yummylicious)
Ingredient A:
500 gm mixed fruit (add 2 tablespoons flour and mix well) - ku guna 250 gm je...tu pun dah byk
Ingredients B :
250 gm butter
1 tablespoon ovalette
150 gm castor sugar -
ku guna 170 gm brown sugar
5 nos large eggs
Ingredients C :
230 gm top flour -
guna tpg red rose
1 teaspoon baking powder
1 I/2 teaspoon bicarbonate soda -
yg ni dikurangkan pd 1/2 tsp je. tak ada liquid kek ni cam tak perlu je
1 tablespoon Sunquick orange -
ku guna orange flavor
1 teaspoon mix fruit paste - tak ada, so tak yah boh le


1. Cream butter, ovalette and sugar till fluffy. Add in eggs, one at a time.
2. Add in Sunquick orange and mix fruit paste. Mix well.
3. Sift together flour, baking powder and bicarbonate of soda.
4. Fold dry ingredients into the butter mixture.
5. Fold in the mixed fruits.
6. Pour the mixture into a prepared tin, lined with baking paper.
7. Bake in a preheated oven at 180 C for 45 minutes or until golden brown

ni plak yg ku rajin pi mekap dgn mencuba fondant coklat atau coklat plastique (1st attempt)... masih tahap mencuba lagi buat fondant guna coklat ni. masih byk yg perlu difahami....yg salut tu je fondant coklat. bunga2 tu fondant biasa je. mungkin perlu pi berguru dgn cik linda at kaoricake kot hehehe.

ps to linda: lindaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, akak pun dah buang sebesen coklat for my 2nd attempt kui kui kui

Wednesday, February 18, 2009

tag pertama dirumah baru

uwaaaaaaaaaaaa cheq kena tag....wuishhh banyaknya nak kena cerita ceriti...tak dak ide le...

1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda -
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda )

  • Nampaknya dah buat kat atas tu.
  • Award ni diberi oleh ieda
  • Ok .... ini dia 10 fakta/hobi tentang diri sendiri....


1. hobi ku makan ala2 dessert selepas makan nasi, ie. biskut, kek, brownies...apa aja yg ada

2. hobi paling hebat.... makan hahahaha....sebab tu le cheq menten tembam dari remaja sampai la kui kui kui...uwaaaaaaaaaaaaa cheq dah overweight ni....
3. hobi yg perlu di kurangkan atau diberentikan, minum kopi, tak kira le nescafe ka, indo cafe ka, kopi kg ka...kalau kena kopi maxim dr jepun lagi suka hehehe...tapi mesti dgn krimer.
4. suka masak jamu orang...tapi lama dah tak wat cengitu....ala2 bz konon
5. bila ada free time...cheq suka baca buku cerita love story.....judith mcnaught, amanda quick, jude deveraux dan macam2 lagi.
6. ni lagi satu hobi yg perlu direntikan...nap diwaktu pagi. sanggup buat keja kelam kabut after bgn tido asalkan dpt tido muahahaha.

7. paling seronok kalau dpt bergather2 dgn ahli keluarga tak kira le keluarga ku atau mertua.
8. suka makan kukis dan kek yg baru masak je ...except ciskek suka yg dah 2 hari hehehe.
9. suka bila ada kerja nak wat...boing le dok saja....jenis tak leh dok diam.
10. aduyai...apa lagi hobi cheq....pikiaq dulu sat...break sat noooo nak pi amik anak dr tuition jap kih kih ...sambung balik...salah satu hobi...membelek hasil kerja tokei2 cake kat alam cyber....mau berjam2 ku dok.....depan tenet

OK, UNTUK JAWAPAN NO 4 TU .... Penerima award seterusnya ADALAH
jeng jeng jeng

Tuesday, February 17, 2009

blueberry cheese brownies

emmm pe macam terlioq dak tengok blueberry cheese brownies nih???? ada ceri lagi kat atas tau...emmm sedap. tapi tak tau le napa...tak plak anak2 ku nak makan. boing dah kot. tapi derang ni kalau brownies memang tak jalan le. pd ku...ok gak. ada slight je beza rasa brownies tu bila dimasukkan blueberry ke dlm adunan brownies. tp tak rugi cuba.

ni resipi yang copy and paste dari fp k/tun boxhousestudio. dah lama dok terlioq tgk brownies ni kat fp k/tun. so jumaat yg lepas baru le dpt buat. tu pun coz fiza minta buat kan apa2 kek yang sedap katanya. so ku pun amik kesempatan tu cuba wat brownies ni. ku olah resipi ni ...ku wat adunan guna 4 bj telur je dan adunan cis guna cuma 250 gm so ku dpt 1 loyang square 8" x 8" ngan 1 loyang round 7". untuk raspberry jam...ku ganti dengan blueberry fruit filling. dan ku tabur dgn canned cherry brand snorkist tu.

Raspberry Cheese Brownies
Sumber: Amy Heng
Brownies
315g unsalted butter (dice) ( I used salted butter )
125g chocolate powder ( I used coco powder)
270g castor sugar 300g raspberry jam ( I used Strawberry jam)
5 eggs (lightly beaten)
1 1/2 tsp vanilla essence
230g plain flour
1/4 tsp baking soda

Cheese topping
325g cream cheese ( at room temperature)
90g castor sugar
1 egg
1 egg yolk
1/2 tsp vanilla essence
160g fresh raspberries (optional, I omit this)

Method: Brownies
1. In a saucepan, melt butter over low heat.
2. Add in chocolate powder and cook until mixture bubbles.
3. Removes from heat and stir sugar and jam.
4. Gradually, add in eggs and essence and stir until well combined.
5. Fold in flour and soda.
6. Pour batter into prepared cake tin.
Meanwhile, prepare cheese topping. Cheese Topping
1. Beat cheese and sugar until light and creammy.
2. Add in essence and eggs.
3. Place batter into a piping bag. Pipe batter over no.6 ( brownies batter).
4. Drop in raspberries/ strawberries ( optional).
5. Use a skewer or satay stick to swirl cheese mixture into the chocalate mixture to create a marble effect.

6. Baked for 40 minutes or until baked through.
7. Cut and serve brownies while still warm. Place a dollop of ice cream on top of brownies and top with sauce and almond flakes. Brownies can be stored in a air-tight container and kept chilled. Heat up in a microwave before serving.

eeeee...napa le berkilat benor muka tu..tembam nya pipi..sah sah dah gemuk ..tulunnnn.

mesti kawan2 tertanya2 siapakah makcik jepun kat sebelah zanaz ni??? ku pun tak tau nama dia hahahaha...tapi dia ni mak angkat pada fiza, kwn yg dah serupa adik dgn ku hehehe. dulu masa kat jepun kami sekeluarga serta 2 family kwn suami ku...pernah dibawa ke ibaraki, ke rumah makcik kat atas tu (boleh layan gambar kami kat ibaraki disini). nama suami dia Mr Sakai. last week dia datang umah fiza. datang sorang je. so masa gi anto brownies kat umah fiza sempat le jumpa dia. hehehe...bila nak communicate dgn dia...baru lah ku sedar...betapa byknya kotoba (perkataan) jepun yg telah ku lupa. nak2 plak nak kena cakap...dari ingat pun terus lupa kah kah kah...nasib le fiza ada...dia le dok jadi translator. obasan ni cakap pun byk gak yg ku tak faham esp bila dia cakap laju dan guna dialek. yg jadi masalah lagi...obasan ni tak eti english sgt. tak macam ku sembang dgn mr sakai..mr sakai ni fasih english so senang cakap dgn dia...boleh campur nihongo ngan eigo.. tapi mr sakai tak datang. obasan ni dtg sorang je. dia dtg utk survey peluang utk berniaga makanan jepun kat sini.

ni plak omiyage (buahtangan) dr mrs sakai. arigato gozaimashita..

Friday, February 13, 2009

ayam panggang

t/hari tadi ku panggang ayam je for lunch. nasib ayam ni dah ku perap siap dari malam tadi. kalau tak harus kena beli je lauk utk lunch arini. coz ada last minute change of plan.

resipi ayam panggang yg simple je
blend:
bwg besar
bwg putih
halia
serai
daun kari
mayonis
kunyit
cili kering
garam dan gula

ayam belah 4 je. perap ayam semalaman utk lebih sedap. bakar pada suhu 200C selama 20 minit each side and another 10 minit guna api grill utk hanguskan kihkihkih

Kukis dlm pek 25 pcs tu...my regular customer and my fren sejak dr jepun lagi...Puan Lina. dia minta buat bebola kristal dan minta mekap cam door gift. so gitule hasilnya. kukis ni lina dtg amik ari khamis. thanks lina.

ari ni plak. t/hari, ramona dtg amik cistat dgn pelbagai fillings ni. mula ramona nak after opis hour, tup tup last menet dia kata nak amik time lunch...pe lagi kelam kabut le ku godek pastri utk tat shell dan juga adunan cis nya. masa dok press doh ke shellnya..ku bakar ayam sesiap. elok msk je ayam, just nice utk bakar tart shell tu. then continue dgn filling nya. siap just nice utk ku gi amik anak balik dr sekolah.

after lunch ku kelim karipap pusing lak untuk yus. dah siap karipap, bakar blueberry cistat lak. Yus dah ode ni 2-3 ari sudah. tq yus yg terus sudi membuat tempahan dgn akak.

















cuppies ni tempahan dari kwn fiza melalui fiza. last minit gak nih. blur kepala otak ku nak design apa coz tak ada specification, dah tu kepenatan seharian menyiapkan ode dr noraini. so ku hentam je lah cengini.. harap2 kwn fiza tu ok je cengini pun. anto kat umah fiza pepagi khamis baru ni.

Wednesday, February 11, 2009

menu semalam


Ni lah menu semalam. ari2 ku blur je nak masak apa. lunch ku wat tomyam ngan udang goreng tpg je untuk irfan. petang lak hubby balik keja dia singgah pasar malam so beli le kerang dan pucuk paku. emmm cam tau2 je hubby ku nih...apa yg ku tingin makan hehehe. memang dah byk ari dok tingat nak makan kerabu. so pucuk dicita pucuk paku mari kah kah kah. dlm kekalutan menyiapkan tempahan petang semalam, sempat juga ku buat kerabu pucuk paku ngan kerang, goreng ikan dan goreng telur dadar. memang keja cam charlie chaplin. punya le kalut takut tak sempat sampai tersadong jari keliking ke kabitnet, bengkang jari ku ari ni. malam kol 8 gi anto anak tusyen trus anto ode noraini yg dok kat puncak jalil nun...
noraini, kira regular customer ku. kali ni dia nak kek pengantin katanya. ish first time orang ode kek pengantin. kecut perut gak...bunga ros kali ni kurang menjadi, ntahlah mana tak kena...so tara ni je lah dpt ku hasilkan. nasib dh belajar teknik stim btrcream kalau x, x tau le sampai bila baru nak licin btrcrm kat kek tu hehehe.

bukan kek je noraini ode tapi memacam, baby cistat, fudge brownies, karipap frozen dan juga bebola kristal. aceli ada lagi satu item dia ode...tapi ku cari bahan tak cukup...dia nak rolled sushi...tp tak ada rezeki dia...ku tak jumpa nori yg saiz A4. abis satu bdr baru bangi round. malas lak nak ke putrajaya. so next time le sushi tu yek.

Sunday, February 8, 2009

mayang sari resort port dickson feb09



Friday baru ni kami sekeluarga plus adam and hani ke port dickson sekali lagi. kali ni hubby ada taklimat utk skt dan juga family day utk dept dia. nginap kat mayang sari resort. emm excited skali anak2 kecil yg 2 orang tu. almaklumlah dah quite some time derang tak lepak ngan kami sekeluarga.

terlena seme anak2 masa dlm perjalanan. kami sampai sana agak lewat dah nearly 7 pm pun. tp irfan...nak gak mandi kat pool...dah tak boleh tunggu esok hari. cepat2 amik kunci, nek bilik dan tukar baju. as usual ku le kena jadi tukang tunggu. at that time cuma derang 3 orang je kat pool. ye lah dah nak maghrib, mana le ada org nak main air lagik... 7.30 seme naik bilik, tukar baju, gi dinner kat bawah. malam tu hubby dah start program. so tinggal le ku dgn anak2 kat bilik..byk le plak nyamuk. tak leh jadi, ajak anak2 kuar gi cari kedai...nasib kedai masih buka lagi. balik dari kedai...lepak kat bawah bior derang main2 jap.

kol 11 kami seme nek. ready2 nak tido...emmm tup tup..ada sorang tu..cam monyok je. sapa lagi hani le. ingatkan nak tido ngan kakak syairah...rupanya nak tido ngan mak rose. so ku ajak le tido...elok nek je katil terus tersedu sedan nangis...alamak...ni mesti kes ingat mama le nih. tadi main sonok...tak ingat apa...nak tido baru ingat mama. almaklumlah hani ni memang selama ku jaga pun tak penah tido ngan ku....kecuali tertido. so ini le 1st time sejak dia dah beso...tido ngan ku...cian dia...lama gak ku dok tepuk dan peluk dia...baru tertido. malam ke 2, fiza, mama derang dtg, so hani ikut le mama dia balik, tinggal adam dgn kami. adam pula...memang dah biasa tido kat umah ku...so no hal le. janji ada abg irfan..ok le tu... kami panggil irfan, mr babysitter adam hahaha.



layan le gambar anak2 ni mandi kat pool dan kat pantai selama 2 malam 3 hari kat sana. macam2 aksi derang dlm pool. enjoying themselves.








hari kedua, ari sabtu petang ada aktiviti utk staff dan keluarga. kami seme turun pantai le, join sekaki. cuma syairah je tak nak join. adam dan irfan amik part dlm 2-3 games juga. hani amik part dlm games kutip gula2. tak menang pun, tak apalah just for fun.


ku dan hubby amik part on few games gak. ku dan hubby berpasangan dlm 2 games, bowling kelapa ngan baling belon. menang bowling kelapa tapi kalah utk baling belon. team hubby menang utk games buat line paling panjang dan 2nd place utk volleyball. irfan plak menang utk game masukkan air dlm botol guna sponge. dan masa dinner malam tu...hubby ku memang luckly le malam tu utk cabutan no. bertuah coz he won grand prize. (jarang skali lucky utk this kind of thing).

taraaaaaaa...dpt oven for lucky draw and vacuum flasks, mugs and towels for beach activities.

Thursday, February 5, 2009

chocolate cheesecake

ni le rupa coklat ciskek yg dah dipotong. sedap le...kombinasi coklat dan cis...sesuai utk penggemar cis dan coklat hehehe. ku selama ni dah selalu wat ciscupkek yg ku layer dgn coklat dan bakar...so rasa coklat ciskek ni sama je cam tu. and ku dan syairah rasa..it would taste much better kalau ku mix it with hazelnut ke atau badam. so pada yg nak mencuba sila lah. rupa ciskek ku ada padat coz ku letak xtra tpg dan juga adunan tak mengikut resipi hahaha.
to my fren ida...ni le rupa cokelat ciskek nigella yg telah ku adjas mengikut kesesuaian masa dan barang2 nya hahahaha.

ni kat bawah ku kasi original resipi dari nigella yek. jgn tanya aku camne rasa yg ori resipi...coz ku wat men tambah kurang sana sini. ku tak ada sour cream, so ku men tuang je blueberi yogurt sebagai ganti, telur plak 1/2 adunan patutnya 1.5 telur and 1.5 egg yolk tapi ku hentam 2 biji telur. pastu kat dlm peti ais ada lebihan adunan cis untuk cistat...ku tuang je sekali . dan nigella kata masak 45 minit biar kat bwh nampak still have a wobble to it. ke masak sampai set semuanya just like i like it.

niway masa update ni lum rasa lagi keknya coz...ni nak bawa bekal gi PD petang karang. nanti dah potong ku update lagik yek.

FOR THE BASE
125g digestive biscuits
60g butter
1 tablespoon cocoa
FOR THE FILLING
175g dark chocolate, chopped small
500g Philadelphia cream cheese
150g caster sugar
1 tablespoon Bird’s custard powder
3 large eggs
3 large egg yolks
150ml sour cream (or just use a 142ml pot)
1/2 teaspoon cocoa, dissolved in 1 tablespoon hot water
FOR THE GLAZE (OPTIONAL)
75g dark chocolate, finely chopped
125ml double cream
1 teaspoon golden syrup

METHOD
1. To make the base, process the biscuits to make rough crumbs and then add the butter and cocoa.
2. Process again until it makes damp, clumping crumbs and then tip them into a 23cm springform tin. Press the biscuit crumbs into the bottom of the tin to make an even base and put into the freezer while you make the filling.
3. Preheat the oven to gas mark 4/180ÂșC. Put a kettle on to boil. Melt the chocolate either in a microwave or double boiler, and set aside to cool slightly.
4. Beat the cream cheese to soften it, and then add the sugar and custard powder, beating again to combine. Beat in the whole eggs and then the yolks, and the sour cream. Finally add the cocoa dissolved in hot water and the melted chocolate, and mix to a smooth batter.
5. Take the springform tin out of the freezer and line the outside of the tin with a good layer of clingfilm, and then another layer of strong foil over that. This will protect it from the water bath.
6. Sit the springform tin in a roasting pan and pour in the cheesecake filling. Fill the roasting pan with just-boiled water to come about halfway up the cake tin, and bake in the oven for 45 minutes to an hour. The top of the cheesecake should be set, but the underneath should still have a wobble to it.
7. Peel away the foil and clingfilm wrapping and sit the cheesecake in its tin on a rack to cool. Put in the fridge once it’s no longer hot, and leave to set, covered with clingfilm, overnight. Let it lose its chill before unspringing the cheesecake to serve.
8. To make the chocolate glaze, very gently melt the chopped chocolate, cream and syrup. When the chocolate has nearly melted, take off the heat and whisk it to a smooth sauce. Let it cool a little, and then Jackson Pollock it over the chocolate cheesecake on its serving plate. Use the remaining glaze as an accompanying sauce


nasi daging

wah sibuk gak ku nak letak menu nasi daging ku nih. wat hari isnin baru ni. ni makanan kegemaran hubby ku. kat kg dia pun kalau ada kenduri2 kat masjid ke apa ke...ni le menu yg regular. tapi ayaq asam ku tetap style pak aji hassan hahaha. mau tau dulu2 kat kg...ayaq asam pak aji hassan ni tak ada tandingnya kihkihkih...biasa je bhn dia cuma cara dia adun tu memang ada kelazzzz...kah kah kah sapa lagi nak puji kalau bukan anak sendiri. niway skarang kenduri kat kampung lauk pauknya dah tak sesedap masa zaman arwah dulu... alamak terlebih sudah...

back to nasi daging ang air asamyek....ku nye resipi ...sori le takat boleh bagi bahan je...sukatan ...pepandai le sendiri adjas.




utk sup nya

rebus daging dengan sup bunjut dan hirisan halia dan skit garam. ku masuk pressure cooker je.

nasi
2 pot beras basmati
3 pot sup + susu cair (1/2 pot susu cair + 2 1/2 pot sup)
2 sdb susu pekat
garam secukup rasa
d. pandan

bhn tumis
minyak sapi
1/2 labu bawang besar - di dadu atau mayang
2 ulas bawang putih dan skit halia - ditumbuk
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis

Panas minyak sapi dan tumis b. pelaga, b. cengkih, b. lawang dan kulit kayu manis hingga wangi then masuk bawang tumbuk , kacau seketika then masuk bawang besar dan tumis hingga agak garing. then masukkan sup, susu dan d.pandan dan perasakan dgn garam dan 2 sdb susu pekat.
finally masuk beras then letak le dlm rice cooker, masak le cam biasa.

air asam pak aji hassan
cili merah
belacan
asam jawa
kerisik
santan
bawang besar di mayang nipis
buah tomato di potong nipis or suka ati le camne mau.
garam dan gula secukup rasa.

tumbuk cili merah + belacan cam wat sambal belacan. then dlm bekas lain satukan bawang, tomato, kerisik, dan cili tumbuk tadi. masukkan skit santan, air asam, garam dan gula dan gaul sebati.

menantu bongsu pak aji hassan (laki ku le tu) pun pandai adun air asam ni gak...tapi dia nyer tak ada santan but still sedappp.


tempahan last minit dari awin. tq awin. hope u like it. sonok rupanya men tekap2 fondant ni...pastu sonok plak lekap kat kek...sampai tak sedar dah naik semak jadi keknya hahahaha. thanks a lot tu k/tun bagi zana, alphabet cutter tu...sungguh berguna sekali.
- komen dr customer -
Ni Awin ni Kak Zana. Nak kata tima kasih sebab sudi ambik order Awin tu. Semua orang kata kek akak sedap. Budak² pon suka sebab comel. Saya pon suka jugak, memang sedap tak manis sangat dan tak plain sangat - just nice. Nanti boleh order lagi ye! Thank u again!

minggu ni minggu karipap sedunia muahahaha pepandai je declare. ya la minggu ni dari ari rabu sampai khamis, keja aku gentel k'pap je.yg dlm gambar ni kpap yg di tempah oleh kwn kita anna putrajaya tokey kapis yg kreatip tu. selalu gak lately ni anna amik kpap frozen dari ku. tq anna. dah siap anna punya...gentel kpap pusing plak utk hadila. dila nak tunang kot esok...mula dia nak amik esok yg goreng siap...tapi ku tak dak kat umah esok so kena le dila amik yg frozen. tq dila.


kek ultraman ni dgn kuih kat bawah ni deliver ari rabu ari tu. pepagi dah gi putrjaya anto kat k/dot. tq k/dot.



cistat ngan bluberi muffin ni, fiza ode bawa gi opis monday baru ni. muffin ni ku ubah skit resipi dia. later ku update ek. layan gambar dulu.





Wednesday, February 4, 2009

MAKARONI GORENG KARI

kali ni nak kasi resipi makaroni goreng kari. simple le sesangat ku buat. tapi ada peminat request plak hahahaha (perasan bagus le tu)

sori tak ada gambar. last skali ku buat masa k/tun boxhouses, datang ari tu. tapi masa tu tak sempat le snap gambar. sebelum ni ada gambar dlm hard disk...tapi tu lah hard disk kong...dah tukar hard disk lain...punah le seme gambar...padan muka ku coz tak penah serik2....tak save dlm thumbdrive.

MACARONI GORENG KARI
1/4 peket makaroni (rebus ngan air garam dan tos)
5 crab filamen
10 ekor udang sederhana besar
1/2 dada isi ayam yg didadu
30 sen daun kucai
3 sdb rempah kari daging (ku guna babas) - jadikan pes yek
2 sdb sos tomato
1 biji telur
garam dan gula secukup rasa

bhn tumbuk (mayang pun ok gak)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
  1. panas kan kuali dan tumis bhn tumbuk hingga wangi dan agak kekuningan.
  2. masukkan pes kari tadi dan kacau hingga wangi.
  3. masukkan sos tomato dan kacau sebati, biar reneh seketika. jika agak kering, masukkan skit air yek.
  4. pastu masukkan ayam, udang dan crab filamen dan kacau hingga agak masak.
  5. perasakan dgn garam dan gula.
  6. then masukkan makaroni dan daun kucai dan kacau sebati.
  7. last pecahkan telur dan kacau sebati yek. (putih telur aja pun ok)
  8. dah siap dah le ni...boleh hidang dan makan...nyum nyum

dah bertahun2 dok goreng makaroni ni, ku paling suka kalau ada crab filamen dgn isi ayam dan kucai. sayur lain padaku cam tak kena je.

ni plak gambar kek yg ku test, terai, cuba dan praktis hahahaha. test resipi moist coklat kek yg baru ku dpt. terai guna teknik steam buttercream, and praktis paip bunga ros. niway tak potong lagi so tak tau...ku suka ke tak kek ni. rasanya tak suka kot hahaha...coz ku suka kek yg cakey taip. kek ni agak padat.

ku bakar kek ni pagi semalam dgn rancangan nak deco malam tadi. rancangannya ari ni nak buat karipap je. tup tup tup semalam lunch time, k/dot call nak kek, karipap dan lompang pagi tadi. so kek yg utk dicuba ni...jadi projek tertunda lah. baru tadi je siap. tu pun kelam kabut ku siap kan. frills dia pun men campur2 je apa2 kaler buttercream yg ada...coz nak cepat2 siap dan kemas. coz jap lagi nak kena wat karipap lagi. minggu ni minggu karipap sedunia muahahahaha.


Monday, February 2, 2009

AYAM MASAK MERAH PAK AJI HASSAN

napa ku ulang entry kat fp ni...saja je...kot2 ada yg baru je mengenali ku di blog. so ku share le lagi sekali. anyway satu sebab lagi...semalam ku masak ayam ni lagi...tp ntah le agak blur skit minda ku semalam...ku konpius antara resipi ayam masak merah pak aji hassan dgn resipi versi menantu dia hehehe abg ipar aku le.... arwah bapa ku nyer resipi tak ada serbuk kari. my arwah bro in law punnya ada serbuk kari ngan serai...so resipi dah mixed up kat my mind....
so ni lah hasilnya...merah skali rupanya dan rasanya pun berbeza. nanti next entry ku letak resipi ayam masak merah versi abg duan lak yek.

ni the original recipe

AYAM MASAK MERAH PAK AJI HASSAN
1 1/2 ekor ayam
A- bhn tumis (ni men agak2 je)
bwg merah dihiris bwg putih dihiris
halia dihiris
1/2 inci kulit kayu manis
3 bj buah pelaga sekuntum bunga lawang
3 bj cengkih
B - bhn mesin dan di adun sekali jadi pes
5 biji buah keras (tak ada buah keras ganti ngan kacang tanah pun ok gak)
10 biji buah badam
2 sdb kaskas (optional - ku jarang letak)
1 sdt jintan manis
1 sdt jintan putih
1/3 tin tomato sup brand heinz (arwah guna brand ni je)
1/3 tin susu cair
1/2 botol sos tomato (arwah guna brand del monte je)
10 ulas bwg merah
5 ulas bawang putih
2 sdb serbuk cili (ni ikut tahap pedas memasing - nak taruk extra atau kurang)
C -
santan (optional - tak boh pun tak apa)
susu pekat
garam bawang besar - potong bulat
daun sup dan daun bawang - dipotong
1. ayam dibersihkan dan di gaul dgn garam & kunyit dan digoreng sebentar.
2. masuk minyak dlm piyok secukupnya utk menumis.
3. tumis bhn tumis hingga naik bau dan agak kekuningan
4. pastu masukkan seme bhn2 mesin dan yg dah diadun sekali tu. dan masak hingga pecah minyak.
5. bila rempah dah pecah minyak baru masukkan ayam yg telah digoreng. kacau sebati
6. biar seketika dgn api sederhana, pastu baru masukkan air mengikut kepekatan yg disukai.
7. reneh kan dlm 5 -10 minit. then masukkan susu pekat, santan dan garam secukup rasa.
8. biar didih sebati dan sebelum tutup api masukkan hirisan bawang besar dan daun sup/bawang.
ayam ni lebih sedap kalau makan dengan nasi minyak atau yg sewaktu dengannya. ku kalau ada kuah ayam ni lebih...ku suka rebus telur dan curah kuah ni atas telur rebus...nyum nyum.

kek pisang ala english style

taraaaaa hahaha ni le kek pisang yg ku amik resipi dari fp k/zai, dapur impian tu. tergoda tgk kt fp k/zai terus ku pun beli pisang dan petang semlm gak ku godek kek ni.


emmm suka resipi ni...dia tak manis sgt dan teksturnya gebu dan moist. tak rugi mencuba. tq le sesangat kat k/zai dan juga yatt finland yg sudi share gud recipe cengini.


KEK PISANG ALA ENGLISH STYLE
180 gm tepung gandum
70 gm butter
2 biji pisang di lenyek ( besar satu jengkal jari, kalu pisang pendek tambah satu lg)
1 biji telur
3 sudu besar gula putih
2 besar gula merah
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu esen vanilla
sedikit pisang potong
serbuk kayu manis
sedikit gula pasir- sy tabur gula icing

Cara-caranya;

Pukul butter dan gula sehingga kembang , masukkan gula merah pukul lagi, kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg. akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat . Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar, susun kan pisang seperti gambar di atas dan taburkan serbuk kayu manis di atasnya. Bakar selama 45 minit. Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru di potong.
resipi kat atas ni copy and paste dari fp dapur impian. ku ada adjas skit. ku tambah 1 sdt ovalet (kebetulan ada kt umah, guna je lah) dan ku tambah 2 sdb susu uht. pisang lak...cuma ada pisang montel kat bintang. so guna pisang montel je lah. loyang lak ku guna 8" round so dpt lbh krg 1" je dia nye tinggi kek. kalau nak tinggi tambah adunan atau guna loyang kecil le yek.

ikan goreng, sambal belacan dan sayur lemak labu manis...fuyoooooo resipi kg yg dah berzmn ku tak masak. ikan goreng ngan smbal belacan tu dok buat le. cuma sayur lemak labu tu je tak buat. dulu dok ngan mak...sayur lemak ni tak kira le apa isinya memang kegemaran keluarga ku. tapi bila kawin hubby tak suka sayur lemak, terus jarang skali ku masak. so bila sesekali masak...makan nasi tak ingat dunia....kui kui kui...walhal badan dok tengah naik nih...

Sunday, February 1, 2009

lempeng kelapa & kuah durian

emmm sedapkan nih. dulu kecit2 mak selalu wat cengini bila arwah baba beli durian. bila dah tak terlarat nak ratah durian. ni le plak alternatifnya. kuah durian pastu boleh cicah dgn lempeng nyok. dgn roti benggali pun sedap. la ni susah dpt roti benggali, roti gardenia pun ok le. dengan serabai pun terangkat. tapi ku tak pandai wat serabai. lagi satu makan dgn cream crackers pun sodap tau...cuba le.
cara buat nya mudah je...

durian - di asingkan dr biji
gula dan garam sesedap rasa
santan.

masak je seme bahan tu. cam buat pengat le. anyway ada orang panggil pengat kan . lagi satu style blend isi durian tu dgn susu uht then masak dan tambah gula dan garam sesedap rasa. fuyooo rasa cam eskrim tau.

lempeng kelapa
kelapa parut
tepung gandum
skit garam
air

cara ku wat...ku gaul dulu kelapa dgn tpg gandum. kalau suka kelapa byk tak yah le taruk tpg byk2 atau sebaliknya. masuk air...tahap lembut ala wat cekodok je. pastu tempek le kat kuali.


ni tempahan ari sabtu baru ni b'day cake dan cuppies dari anom dan baby cistat dgn various flavor dari fiza. kata fiza kwn dia yg ode. niway cistat ni fiza sms kata nak monday. tup tup mlm sabtu dia sms kat nak amik sabtu...mula ingat ku salah baca sms, rupa2nya dia yg salam taip ari. pe lagi kelam kabut le ku bancuh adunan pastri utk tat shell tu. coz tak ada stok tat shell. kol 12 midnite le gak baru settle dgn bakar cuppies sekali. pagi bgn baru deco dan juga isi cis utk cistat.

ari ni anak2 sibuk nak tgk sifu dan tongga...so bawa le derang gi tgk kat cinema baru kat bangi utama tu. alahai...awat le cite nye cengitu. gamaknya kalau bagi nabil membebel tanpa skrip pun lebih lawak dari cite tu.

k lah nak chow gi bancuh kek pisang ala english...later kita update yek...